Misteri Negeri Punt-Tanah Para Dewa Di Nusantara (Bag-1)

Misteri Negeri Punt-Tanah Para Dewa Di Nusantara (Bag-1)
FortunaMedia.blogspot.com-Misteri Negeri Punt-Tanah Para Dewa Di Nusantara (Bag-1)
Tanah pusaka warisan leluhur kita yang bernama kepulauan Nusantara ini,tak akan pernah habis mitos-unik sejarahnya yang panjang.Apalagi kini banyak penemuan-penemuan baru seperti artifak di beberapa daerah di pulau Jawa dan perbukitan dan pergunungan di pulau Sumatera misalnya jejak-jejak bukti baru tentang kewujudan syiar dakwah Nabi Ibrahim Alaihissalam dan artifak bukti kewujudan kerajaan Sriwijaya di Pagaralam berdekatan bandar Palembang Sumatera Selatan.

Anda boleh baca kembali disini;
Misteri Pagaralam- Gunung Dempo Pusat Kerajaan Sriwijaya

Pada episod Misteri Nusantara ini,saya ingin menukilkan sebuah sejarah misteri yang masih terbungkus penuh rahasia,dan rangkaian perjalanan sejarahnya kini sudah mula hampir terungkap walau masih penuh diliputi teka-teki persoalan. Sejarah penuh misteri itu dengan tajuk: Misteri Negeri Punt Tanah Para Dewa Di Nusantara(Bag-1) yang ada kaitan dengan sejarah tamadun purba Mesir,sebelum ini teori para sejarawan Barat menulis Tanah Punt itu berada di Afrika yaitu di Somalia atau Eritrea.



http://fortunamedia.blogspot.com/2014/08/misteri-negeri-punt-tanah-para-dewa-di.html
http://fortunamedia.blogspot.com/2014/08/misteri-negeri-punt-tanah-para-dewa-di.html

Namun penemuan bukti terbaru yang menolak teori Tanah Punt di Afrika,salah satunya berdasarkan sebuah buku hasil karya Sir Thomas Stamford Raffles, "The History of Java".
(Sir Thomas Stamford Raffles adalah Gobernor British di Temasik -kini Singapura)


Pertama: Raffles menulis dalam bukunya  bahawa  ada petunjuk yang menyatakan bahawa terdapatnya jejak-pertapakan masyarakat Mesir purba di kawasan kepulauan Melayu atau Nusantara. Melalui kajiannya  dengan mengumpul sumber-sumber lisan daripada berbagai suku kaum rumpun Melayu di Nusantara ini, ada diantaranya yang menyatakan bahawa leluhur-nenek moyang mereka telah berlayar dari Laut Merah dan mengembara ke Alam Melayu beribu-ribu tahun dahulu.

Raffles menyatakan dengan tegas ianya mungkin berlaku dikala Alam Melayu atau Nusantara ini masih sebuah daratan besar dan bercamtum. Justru jika penghijrahan ini benar-benar berlaku kemungkinan besar ia berlaku pada penghujung zaman Pleistosien sekitar  8 ke 10 ribu tahun-Sebelum Masehi(SM).

Selain itu menurut Raffles masyarakat yang berhijrah dari Mesir Purba melalui Laut Merah tersebut adalah daripada pelbagai jenis suku yang masing-masing ada pegangan atau kepercayaan yang berbeda diantara satu sama lain.

Di Nusantara mereka berpecah dan membentuk pelbagai suku rumpun Melayu yang mempunyai pelbagai corak kehidupan atau adat yang berbeda.

 Dan mereka ini juga mempunyai satu bahasa yang sama pada asalnya. Dan bahasa inilah yang dikelaskan sebagai bahasa Austronesia atau Melanesia  yang masih wujud sekarang.

Secara peribadi saya setuju dengan teori ini, kerana sebagai seorang Muslim kita seharusnya sudah tahu bahawa "The Cradle of Human Civilization "adalah di Timur Tengah. Di situlah Adam dan Hawa beranak-pinak dan dari sana juga keturunan mereka menyebar keseluruh dunia.

Teori Tanah Dewa di Nusantara,

 Kedua;Teori Tanah Punt di Nusantara adalah lebih kukuh berbanding teori lain. hasil daripada kajian Prof Charles Robert Jones. beliau menulis catatan tentang Mesir purba. menyatakan dengan jelas bahawa Tanah Punt terletak dibahagian timur Mesir. Untuk lebih jelas lagi anda boleh membaca sendiri The Egyptian Book Of The Death yakni sebuah buku sihir Mesir purba yang merupakan salah satu barang ritual terpenting dalam upacara pemakaman Firaun.

Dalam buku ini ada menyatakan bahawa Punt bukanlah sebuah negeri sahaja tetapi adalah sekumpulan beberapa buah negeri atau kawasan di sebelah timur.

Namun begitu tidak dijelaskan secara tepat dimana letaknya Punt tersebut.
Sebuah lagi karya Mesir purba yang ada menyebut tentang Punt adalah "The Shipwrecked Sailor" Dalam karya ini ada dinyatakan bahawa raja Punt adalah pemerintah kawasan Pulau dan bukan sebuah daratan besar seperti Afrika mahupun Amerika.

Dan ukiran di dinding kuil ratu Hatshepsut ada menunjukkan bahawa Punt terletak dikawasan persimpangan jalan perdagangan beberapa tamadun besar dunia. Kenyataan ini mengukuhkan lagi teori Nusantara kerana Nusantara sememangnya berada di persimpangan jalan perdangangan beberapa tamadun besar seperti India dan China!


Bersambung ke artikel berikut;
Teori Kewujudan Negeri Punt Tanah Para Dewa Di Nusantara(Bag-2 akhir)

Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser