Teori Kewujudan Negeri Punt-Tanah Para Dewa Di Nusantara(Bag-2 akhir)

Teori Kewujudan Negeri Punt-Tanah Para Dewa Di Nusantara(Bag-2 akhir)
http://fortunamedia.blogspot.com/2014/08/teori-kewujudan-negeri-punt-tanah-para.html
FortunaMedia.blogspot.com- Hey Dude,!
Artikel ini adalah lanjutan dari thread sebelumnya bertajuk

;Misteri Negeri Punt Tanah Para Dewa Di Nusantara (Bag-1)
D
isebabkan konten artikel ini agak panjang,maka saya buat dua bahagian dengan tajuk kedua akhir :

Teori Kewujudan Negeri Punt Tanah Para Dewa Di Nusantara(Bag-2akhir)
Ok, Dude,! Agar jangan terlalu banyak basa-basi mukadimahnya,baik kita langsung saja ke topiknya,


Kuil Ratu Harshepsut,

Ketiga; Ukiran  yang terdapat di dinding kuil ratu Hatshepsutt,  ada memaparkan barang dagangan dari Tanah Punt , antaranya ialah kemenyan dan emas. Punt dikatakan kaya dengan ‘asem’ . Asem adalah panggilan orang Mesir purba terhadap sejenis bongkah emas yang berbentuk bulat seperti kue donut yang merupakan produk Punt sendiri.

Hal ini bermakna Punt adalah sebuah pusat perdagangan yang besar dan penting pada zaman tersebut. Selain itu perkataan ‘asem’ atau gegelang emas Punt lansung tidak dapat dikaitkan dengan teori-teori lain kerana setelah dikaji, Prof Charles Robert Jones mendapati tidak ada perkataan asem dalam bahasa-bahasa lain, namun perkataan asem ada dalam bahasa Melayu.

'Asem' merujuk kepada sifat logam iaitu asid atau berasid yakni masam. Menurut Charles Jones emas pada zaman dahulu juga dipanggil sebagai asem oleh masyarakat Nusantara kerana sifat logam tersebut (E-mas+sam=masam).

Sehingga hari ini dalam bahasa indonesia perkataan asid diganti dengan asam contohnya asam nitric ,asam hidrokloric dan sebagainya.

<Buku History Of Java by Sir Stamford Rafles)

Pembakaran Kemenyan oleh masyarakat Mesir Purba,
Keempat :Teori Tanah Punt berada di Nusantara  lebih kukuh adalah kerana faktor masa. Maksudnya  masa perjalanan ekspedisi perdagangan kapal Ratu Hatshepsut ke tanah Punt.

Mengikut catatan Mesir purba, tujuan utama pelayaran tersebut adalah untuk menjelajahi kawasan-kawasan luar Mesir dan juga untuk berdagang. Ratu Hatshepsut telah mendapat arahan daripada tuhannya Amon melalui Oracle atau perantara.

(Secara kebetulan persamaan dalam upacara "Oracle Consultation" atau Meditasi Roh Makhlus Halus - di Malaysia disebut “menurun”  antara ritual utamanya adalah pembakaran kemenyan.Kebiasaan ini bisa kita temui pada prilaku dukun dan bomoh dalam memulakan upacara ritual mereka dengan membakar kemenyan)
T(t)uhannya Amon melalui Oracle memerintahkan untuk menjalankan eksplorasi perdagangan sebagai menunjukkan ketaatannya kepada tuhannya sebagai pemerintah baru. Setelah sampai ke tanah Punt , wakil utusan Ratu Hatshepsut iaitu Nehesi telah bertemu dengan pemerintah Punt yang bernama PEREHU. Pernah dengar nama ini? Adakah kebetulan nama Perehu ini sama dengan panggilan orang Melayu terhadap kenderaan air mereka yaitu Perahu?

Kapal dagang ratu Harshepsut Mesir Purba itu telah kembali semula dengan selamat pada tahun ke Sembilan pemerintahan baginda. Tempoh waktu begitu lama diambil oleh pasukan ekspedisi untuk berlayar pergi dan balik dari tanah Punt adalah mustahil sekiranya tanah Punt adalah di Afrika seperti satu teori yang menyatakan bahawa ianya berada di Somalia atau Eritrea.

Somalia dan Eritrea adalah sebuah negeri yang amat dekat dengan Mesir. Malahan Hatshepsut tidak perlu bersusah payah hendak menyediakan kapal dagang yang serba canggih pada zaman tersebut untuk berlayar ke Somalia atau Eritrea, cukup sekadar berjalan kaki atau berkuda dan berkeldai sahaja boleh sampai.

(!) Justru tidak perlu sampai bertahun-tahun perjalanannya.Dan  jika benar teori tanah Punt adalah Somalia atau Eritrea adalah tidak memerlukan  sebuah upacara khas konsultasi daripada Oracle, kerana hubungan perdagangan diantara Mesir dengan negara-negara Afrika yang lain adalah perkara biasa dan memang sentiasa berjalan sejak zaman berzaman sebelum pemerintahan Hatshepsut lagi.

Tamat,

Silahkan baca juga artikel menarik ini disini;
Misteri Kisah Arjuna Dalam Mahabharata, Pernah Datang ke Nusantara

Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser