Tentang SE,SEO dan SERP perlu dipelajari juga.Supaya mudah untuk memahami penjelasan para webmaster dan blogger di blog mereka.
Fortuna Media.com - TIPS Bina Blog- Back To Basic
Permulaan saya mengenal apa itu blog dan website,sangat melelahkan otak.Apa tidaknya dengan pengetahuan yang sangat minim dengan ilmu IT saya melangkah terus.Tetapi disebabkan saya seorang yang hobi membaca dan belajar dengan blogger-blogger sukses.Maka Alhamdulillah sedikit demi sedikit ada perobahannya.Walau masih dibawah tahap bagus dan cantik.
Baca juga;
Disini saya coba sharing dengan pembaca setia blog ini asas-asas blogging yang saya pelajari dari blogger-blogger- webmaster sukses!
Pertama kita bahas tentang perbedaan antara weblog dan website secara ringkasnya boleh dibedakan melalui cara berhubung antara blogger dan reader.
WebSite tidak menyediakan ruangan komen (comment) manakala bagi weblog(blog),komen adalah nyawa blog tu sendiri.
Sejauh mana kesuksesan blog dapat dilihat dari banyak sebab dan sisi positifnya.Tetapi komen adalah yang terpenting.Secara mudahnya boleh kita katakan,sebuah blog melibatkan hubungan 2 hala dalam satu-satu waktu yang sama.
Kedua setelah anda bangun sebuah blog.Kenapa blogspot bukan wordpress atau pun bukan domain sendiri?
Dunia-blog-blogger.blogspot.com dipanggil sebagai subdomain iaitu sub kepada domain asal,blogspot.com.
Begitu juga sekiranya anda memilih wordpress.com.
Sekiranya ingin memilik domain sendiri seperti contohnya, dunia-blog-blogger.com, anda perlu membeli domain ini terlebih dahulu dengan domain provider atau parking sekiranya telah dibeli dan anda juga memerlukan hosting sendiri.
Blogspot seolah-olah linux dan wordpress seperti window sebagai perbandingan untuk kebebasan mengedit.
Dan Wordpress tidak membenarkan iklan diletakkan di blog percuma,manakala di blogspot anda bebas.
Template blogspot juga bebas diedit sesuka hati tetapi wordpress tidak boleh.Hanya boleh menggunakan template yang sedia ada begitu juga dengan wordpress.org.
Tetapi,umum mengetahui wordpress lebih mesra SEO berbanding blogspot.(klik baca tentang SEO disini)
Apakah itu SEO? SEO = Search Engine Optimazation (Pengoptimum Enjin Carian) yang berkait rapat dengan SERP = Search Engine Ranking Pages, kedudukan sesuatu blog dalam carian di Search Engine (SE).
Ok jadi SE,SEO dan SERP perlu difahami supaya mudah untuk memahami penjelasan para webmaster dan blogger di blog mereka.
Sebagai contoh SERP, taip perkataan blog terkenal di google.com.my, akan keluar seperti dibawah iini;
http://www.google.com.my/search?gcx=c&sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=blog+terkenal.
Nah,Ini lah yang dikatakan dengan SERP, keyword untuk SERP ini ialah blog terkenal, jadi untuk mendapat kedudukan di 10 terawal di setiap carian.
Sesebuah website itu perlulah mesra SE-Search Engine dan memerlukan SEO.(Lupakan iklan berbayar, kadangkala ada yang duduk diatas bagi sesetengah carian kerana mereka membayar kepada google untuk berada di atas sesetengah carian bagi kata kunci (keyword) tertentu)
Jadi begitulah sedikit input yang saya dapat dari para webmaster dan blogger sukses.Walaupun ada yang kontennya berupa re-write dari thread mereka.
Semoga bermanfaat dan Terimakasih.
(Terimakasih juga kepada para webmaster/ blogger-blogger sukses yang telah memberi tunjuk-ajar kapada saya.Dan maaf tidak dapat saya tuliskan nama anda satu-persatu.Semoga Allah SWT selalu merahmati Anda semua.Aamiin!)
~ Enjoy Blogging-Enjoy Writing~