11 Khasiat Garam Dan Tips Perubatan Islam & Alternatif

11 Khasiat Garam Dan Tips Perubatan Islam & Alternatif

Garam putih adalah berasal dari lautan ataupun batu dari gunung.Seperti di Wieliczka Salt Mines,Poland Eropah.Ianya diperolehi dengan cara melombong seperti Lombong Arang Batu yang masih wujud di negara China dan Rusia.


11 Khasiat Garam Dan Tips Perubatan Islam & Alternatif

Assalamualaikum,Warahmatullaahi Wabarakaatuhu.

Selama ini banyak maklumat terutama dalam perkara makanan dan pemakanan kita orang Islam telah diputarbelitkan faktanya oleh kaum Yahudi.Secara nyatanya kita umat Islam telah disogokan dengan pelbagai fakta palsu.Misalnya tentang "Garam" bahan yang sangat penting dalam resipi masakan kita.

Fakta palsu ini yang disebut sebagai
'protokol yahudi ' diantaranya  adalah "Jika Anda mengambil garam lebih dalam pemakanan anda akan diserang darah tinggi" Fakta palsu ini ditutupi dengan kalimat 'lebih'. Dan lama kelamaan masyarakat Islam meninggalkan sama sekali garam dalam pemakanan mereka.Benarkah fakta tersebut?
Nah, tentu saja dalam kehidupan ini baik cara pemakanan apapun jika anda mengambil lebih atau berlebihan sudah pasti akan memudaratkan kesihatan.
Padahal Rasulullah SAW mengajar kita untuk hidup dalam serba kesederhanaan.

Oleh yang demikian kita umat Islam ada ikutan dan teladan dalam apa saja dalam kehidupan ini yaitu mengikut cara hidup@Sunnah Rasulullah SAW..

Dalam perkara garam ini kebiasaan Nabi Muhammad SAW,sebelum makan baginda akan meletakan secubit garam dilidah beliau untuk menapis makanan yang akan dimakan. Dan mencegah atau mengelakan dari terkena racun jahat seperti dalam budaya kita yang disebut santau.


Alkisah Nabi SAW,bila bepergian dan sampai ditempat yang baru,beliau akan mengambil sedikit garam untuk menyesuaikan hormon tubuh di kawasan baru.


<img src="Garam/Salt.jpg" alt=" 11 Khasiat Garam Dan Tips Perubatan Islam & Alternatif? ">
                                        Petani Garam di Indonesia.



Benarkah Santau atau Pelet Boleh Dihalang Dengan Mengamalkan Garam?

Allah Ta'ala telah menciptakan garam ini untuk manfaat yang sangat besar untuk manusia.Garam sejatinya dapat untuk penarik-nyahkan bahan toksid/asid/racun dalam darah dan tubuh manusia.

Dan dalam bidang
pengamalan Pengamal Perubatan Islam dan Alternatif,garam digunakan untuk menarik atau membuang unsur-unsur negatif.Misalnya untuk membersihkan rumah dari unsur negatif ataupun juga disebut sebagai pagar rumah,biasanya garam akan ditaburkan disekitar rumah.

Dan pengalaman penulis sendiri sewaktu ada gangguan ular masuk rumah ditengah malam.Kesesokan siang harinya ditaburkan garam kasar disekeliling rumah dengan iringan bacaan aya-ayat AlQuran,terutama dibahagian belakang rumah.Alhamdulillah sudah 20 tahun peristiwa itu berlaku hingga kini tidak pernah lagi"gangguan ular" demikian memasuki rumah..

Perlu Anda ketahui juga,garam adalah mempunyai unsur yang bisa
meneutralkan keseimbangan (neutralize balance) sistem tubuh kita.Ini memang Sunnah kita.misalnya untuk mengubati penyakit gangguan rohani,garam akan dicampurkan kedalam air obat terutama yang terkena gangguan sihir dan santau.

N
amun garam akan menjadi rosak,apabila dimasak atau bertindak balas dengan kepanasan,suhu tinggi.Justru untuk mengekalkan khasiat garam dalam makanan anda,elakkan meletakan atau bubuh garam pada masakan yang sedang menggelegak panas diatas dapur anda,matikan dulu api dan biarkan suhu panas masakan turun dulu baru letak garam dalam masakan anda.
Seperti kata orang-orang dahulu "bubuh garam atas darat" seperti kebiasaan orang Arab buat.


Dan yang lebih baik masukan atau bubuh garam dalam masakan anda semasa hendak makan Kenapa? Kerana garam mengandungi
sodium dan potassium..Tubuh manusia memerlukan potassium lebih.Namun sebab anda meletakan garam disaat makanan yang sedang panas maka garam hanya tinggal zat sodium.Sementara itu zat potassium telah rosak kerana suhu panas masakan anda.Cara ini yang menjadikan sebahagian pengamalnya terkena darah tinggi (..mungkin")


Solusinya; Ikutlah Sunnah Rasulullah SAW,baginda akan
mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakan ke lidah bahagian depan. Fungsinya adalah untuk mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.Sebaiknya untuk tidak lupa supaya membiasakan mengamalkannya letakan dimeja makan atau di tempat makan senantiasa ada mangkuk kecil garam .

Baca juga;


<img src="Garam/Salt.jpg" alt=" 11 Khasiat Garam Dan Tips Perubatan Islam & Alternatif? ">
 Garam mineral ditemui di sepanjang 300 km dengan lebar 10 km hingga 30 km pada ketinggian purata 2250 kaki di atas paras laut di Pergunungan Himalaya antara seluruh utara Pakistan..


<img src="Garam/Salt.jpg" alt=" 11 Khasiat Garam Dan Tips Perubatan Islam & Alternatif? ">

                                  Garam Bukit/Pink Salt Himalayan

Khasiat Garam Dan Petua Dalam Perubatan Islam

 Berikut  beberapa petua penggunaan dan khasiat garam...

 1. Merendam kerang supaya hilang tahinya.Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurangkan tahap kemasinan ikan masin
. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat Gout. "Gout atau Asam Urat" disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam atau merendam badannya dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan dituangkan di tempat sakit ketika garam masih panas

4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.

6 .Garam boleh digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perobahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8 .Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu dahulu yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi.
Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu Lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah

<img src="Garam/Salt.jpg" alt=" 11 Khasiat Garam Dan Tips Perubatan Islam & Alternatif? ">

Wieliczka Salt Mines,Poland,Eropah adalah lombong garam  yang kini menjadi muzium tapak warisan UNESCO menjadi kebanggaan Poland mewakili generasi pelombong yang diukir ciri-ciri yang mengagumkan dan etika kerja mereka. Ia adalah salah satu tarikan yang paling popular di Poland dan salah satu daripada lombong garam tertua dalam menghasilkan kewujudan garam dari abad ke-13 sehingga tahun 2007!

Info Tambahan:

Apakah sebenarnya perbedaan  Garam Putih, Garam Bukit dan Garam Alamiah.(natural salt)?

Dan juga perbedaan
di antara Garam Bukit yang didakwa garam 'asli' dan Garam Alamiah(
natural salt) dari Pergunungan Himalaya serta Garam Laut.

Disebabkan garam adalah bahan utama yang senantiasa sangat diperlukan dalam kehidupan kita ini,maka pelbagai jenis garam kita temukan berada dipasaran.
Namun ramai yang terkeliru dengan jenis-jenis garam yang terdapat di pasaran hari ini dan  disebabkan kurangnya mendapat maklumat tentang mana satu yang terbaik untuk keperluan tubuh kita.

Garam ialah sejenis mineral. Dalam bahasa kimia, ia dipanggil sodium klorida(
sodium chloride) Garam boleh menambah perisa kepada makanan dan sebagai bahan pengawet. Garam juga adalah satu-satunya jenis 'batu' yang boleh dimakan oleh manusia.

Sesungguhnya apa saja jenis garam sama ada garam bukit, garam laut atau garam putih datang dari alam sekitar kita(
nature).Disebabkan kaedah peroses pengeluaran selepas itu menjadikan garam-garam ini jadi pelbagai bentuk kewujudannya.

Garam putih adalah berasal dari lautan ataupun batu dari gunung.Seperti di
Wieliczka Salt Mines ,Poland Eropah (gambar atas) ianya diperolehi dengan cara melombong seperti Lombong Arang Batu yang masih wujud di negara China dan Rusia.

Dan
Garam putih tersebut sebenarnya sudah diproses dan 'dibersihkan' agak keterlaluan. Sama seperti memproses gula tebu untuk dijadikan gula putih. Garam putih boleh didapati di kedai-kedai runcit biasa. Walaupun ia berasal dari alam sekitar ( nature), ia sudahpun melalui proses kimia dan menjadikan ia semakin tidak sesuai untuk tubuh manusia. Tetapi disebabkan hanya garam putih jenis demikian yang berada dipasaran,mau tidak mau kita sebagai pengguna di negara ini terpaksa menggunakan garam jenis ini untuk masakan.

Garam laut pula berasal dari lautan. Warnanya agak kelabu tidak seperti garam putih yang berwarna putih 'bersih'. Garam laut didapati dari lautan dan dikeringkan melalui proses evaporasi cahaya matahari untuk mendapatkan kristal. Ia hampir 100% asli dan lebih baik dari garam putih.

Dan di Indonesia,rakyatnya beruntung kerana mempunyai pilihan untuk menikmati beberapa jenis garam laut asli ini ,kerana masih adanya aktiviti petani garam yang mengusahakan ladang-ladang garam seperti di Pulau Jawa dan Pulau Madura.


Garam bukit (seperti gambar) pula berasal dari pergunungan. Warnanya ialah kemerahan atau pink. Yang terbanyak di pasaran ialah garam Himalaya - iaitu digali dari batu mineral di pergunungan Himalaya.


Garam ini adalah adalah seratus-peratus asli dan hampir tidak diproses. Ini adalah jenis garam yang terbaik untuk manusia. Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain.

Pergunungan Himalaya boleh dikatakan masih bebas dari pencemaran alam dan garam di sini adalah jenis yang terbaik. Garam bukit asli ini juga boleh diperolehi di kawasan pergunungan negara-negara Eropah tetapi di sini terdapat banyak pencemaran.

Terdapat satu senario jenis garam yang terdapat di pasaran yang didakwa 'garam asli' atau 'garam bukit' tetapi yang peliknya ia berwarna putih bersih hampir tiada perbedaan dengan garam putih biasa. Dan mereka penjualnya mendakwa ia adalah garam asli. Sebenarnya ia bukan jenis yang berbeda tetapi sama dengan garam putih.

  Perlakuan bisnis sebegini adalah salah satu strategi pemasaran (penipuan produk) kerana semua garam putih berasal sama ada dari lautan atau gunung. Disebabkan ia diperolehi dari gunung, maka dengan mudahnya pengeluar meletakkan label sebagai 'garam bukit' dan 'garam asli'. Jika ia benar-benar garam asli yang diambil dari kawasan pergunungan, warnanya tidak seputih sedemikian rupa. Jadi, ia sudah pasti diproses secara keterlaluan.

Oleh sebab demikian, pada zaman ini berbagai helah telah digunakan oleh pengeluar untuk menarik perhatian pelanggan dan sebagai pengguna, kita perlu bijak mendapatkan informasi terkini dan menyelidik apa agenda mereka di sebalik semua dakwaantersebut.
(Wallahumusta'an)
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

1 Comment

F4ns Bett1ng Aman dan terpercaya
Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

Balas
Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser