#Rome Statute:"Apa Muslihat Menteri PH 'Signature of Rome Statute'? Effects DYMM Agong & Raja-Raja Melayu Hilang Kuasa,!

#Rome Statute:"Apa Muslihat Menteri PH 'Signature of Rome Statute'? Effects DYMM Agong & Raja-Raja Melayu Hilang Kuasa,!

KUALA LUMPUR,FORTUNA NETWORKS.COM | Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Wisma Putra pada (5 Mac-2019) menyatakan bahawa Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah telah menandatangai dokumen penyertaan Negara Malaysia ini sebagai Negara Ahli/Anggota bagi Statut Rom (Rome Statute).

Pada 15 Februari 2019 ini juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diberitahu oleh Menteri Luar Negeri Malaysia berkenaan dengan keputusan Kabinet berkenaan dengan penyertaan Malaysia sebagai Negara Ahli/Anggota Statut Rom.

Yang menjadi persoalannya disini, adakah DYMM Seri Paduka Baginda Yang  Dipertuan Agong juga diberitahu oleh Menteri Luar berkenaan dengan implikasi terhadap kedudukan Baginda sebagai Ketua Negara dan juga Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia seperti yang termaktub didalam Perkara 32 (1) dan 42 Perlembagaan Persekutuan dengan penyertaan Malaysia sebagai Negara Ahli?

<img src="#Rome Statute.jpg" alt="#Rome Statute:"Apa Muslihat Menteri PH 'Signature of Rome Statute'? Effects DYMM Agong & Raja-Raja Melayu Hilang Kuasa,! ">



Statut Rom (Rome Statute).

Statut Rom, Adalah satu perjanjian di peringkat antarabangsa (Undang-undang Internasional) yang telah dipersetujui oleh Wakil-wakil Negara di dunia pada Julai 1998 dan telah dikuatkuasakan pada Julai 2002 bagi penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court, ICC) yang terletak di The Hague, Belanda.

Perkara 6 hingga 8 Statut ini memperuntukkan bidang kuasa ICC untuk mendegar dan memutuskan kes-kes jenayah yang terhad kepada jenayah pembunuhan beramai-ramai (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan (crimes against humanity), jenayah perang (war crimes) dan jenayah pencerobohan (crimes of aggression).

Namun, bidang kuasa Mahkamah ini adalah tertakluk kepada Prinsip Saling Melengkapi (Complementarity Principle) di mana pihak berkuasa tempatan atau mahkamah sesebuah Negara akan terlebih dahulu menyiasat/menyelidiki atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut.

Antara aspek-aspek penting yang perlu diberikan perhatian yang mendalam sebelum menjadi sebuah negara anggota atau Ahli Statut Rom ialah Perkara 27, Perkara 28(a), Bahagian Kesembilan serta Perkara 120 Statut Rom.

Perkara 27 dan Perkara 28 Statut Rom, Memperuntukkan bahawa Ketua Negara dan Komander Tentera adalah tertakluk kepada bidang kuasa ICC ,Jika mana-mana jenayah tersebut dilakukan oleh mana-mana orang bawahan atau pihak berkuasa negara tersebut.
Bukan itu sahaja, sebarang imuniti atau kekebalan yang diperuntukkan kepada mereka, baik di dalam Undang-Undang Negara mahupun Undang-Undang Internasional, tidak akan terpakai jika mereka dibicarakan di hadapan ICC, bila mana pihak berkuasa tempatan atau Mahkamah dalaman negara tersebut tidak mampu atau tidak mahu (unable or unwilling) untuk menyiasat atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut.

Jika pihak berkuasa tempatan atau Mahkamah dalaman Negara tersebut tidak mampu atau tidak mahu untuk menyiasat atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut, Maka ICC akan meminta pihak berkuasa Negara tersebut untuk bekerjasama bagi menangkap dan menyerahkan mereka-mereka yang berkemungkinan telah melakukan jenayah tersebut, termasuklah Ketua Negara dan Komander Tentera seperti termaktub di dalam Bahagian Kesembilan Statut Rom.

Tidak seperti Perjanjian-Perjanjian Internasional yang lain yang memperuntukan bahawa sesebuah negara ahli boleh menghadkan pemakaian beberapa peruntukan didalam negara mereka, Perkara 120 Statut Rom secara jelas tidak membenarkan mana-mana peruntukan yang termaktud didalam Statut Rom dihadkan penggunaannya didalam Negara Ahli/ Anggota.

Ini bermakna, Perkara 27, 28(a) dan Bahagian Kesembilan Statut Rom akan dikuatkuasakan sepenuhnya oleh Negara Ahli.

Be Smart,Read More;


Inilah V-Turn Terbaru Lim Guan Eng"Perang" Tak Jadi,!
Di Malaysia Harga Telur Ayam Makin Melambung Tinggi, Ada Apa Sebenarnya?
#YADIM;"Pelantikan Ahli Politik Kontroversi" Akan Undang Masalah Kepada Institusi Islam & Negara
TUN MAHATHIR Hanya Cetus Polemik Dan Kekeliruan Tentang "Sekolah Kebangsaan Telah Berubah Menjadi Sekolah Agama"
<img src="#Rome Statute.jpg" alt="#Rome Statute:"Apa Muslihat Menteri PH 'Signature of Rome Statute'? Effects DYMM Agong & Raja-Raja Melayu Hilang Kuasa,! ">

Agong dan Mahkamah Khas

Sungguh pun Malaysia mempunyai Mahkamah Khas yang tertubuh di bawah Bahagian 15, Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan semenjak tahun 1993 bagi mendakwa Agong (atau mana-mana Raja Melayu) bagi mana-mana kesalahan jenayah (termasuk kesalahan atau saman sivil), terdapat beberapa halangan dan implikasi yang wujud dari segi perundangan untuk membicarakan Agong bagi sebarang pertuduhan.

Sebarang tindakan atau pertuduhan jenayah (atau saman sivil) keatas Agong (atau mana-mana Raja Melayu) hanya boleh dilakukan jika mendapat persetujuan awal daripada Peguam Negara seperti yang termaktub dibawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan.

Namun, pertuduhan jenayah (atau saman sivil) ke atas Agong (atau mana-mana Raja Melayu) hanya boleh dilakukan atau berjalan atas kapasiti persendirian (personal capacity) dan bukan atas kapasiti atau jawatan rasmi (official capacity) Agong (atau mana-mana Raja Melayu).

Sejak penubuhan Mahkamah Khas ini pada 1993, kes-kes yang telah dihadapkan di hadapan Mahkamah Khas ini kesemuanya adalah berkenaan tuntutan sivil sama ada ke atas Agong atau mana-mana Raja-Raja Melayu yang lain.

Ini kerana Seri Paduka Baginda atau mana-mana Raja-Raja Melayu akan hilang kedudukan mereka sebagai Agong dan Raja pemerintah bagi Negeri-Negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu, jika disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah.

Justeru, kekebalan Seri Paduka Baginda (dan Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang lain) atas kapasiti atau jawatan rasmi adalah tidak tergugat.

Jika ini berlaku, pihak berkuasa tempatan atau Mahkamah dalaman Negara ini akan dilihat sebagai tidak mampu atau tidak mahu (unable or unwilling) untuk menyiasat atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut.

Maka, Malaysia akan diminta oleh pihak ICC untuk menangkap dan menyerahkan Ketua Negara dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia kepada ICC, seperti mana yang berlaku kepada Presiden Sudan dan Libya.

Negara-negara jiran yang lain yang mempunyai Sistem Pemerintahan Beraja atau Raja Berpelembagaan seperti Negeri Brunei dan Thailand dan juga Negara-negara lain seperti Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan sebagainya tidak menganggotai atau menjadi ahli Statut Rom.

Tambahan pula, Filipina telah keluar daripada menjadi Negara ahli Statut Rom, termasuk keputusan Negara-negara lain seperti Gambia, Burundi dan Afrika Selatan yang cuba untuk keluar daripada menjadi Negara ahli tetapi telah menarik balik keputusan tersebut.

Adalah tidak sangat-sangat wajar bagi Malaysia untuk menjadi Negara Ahli / Anggota Statut Rom buat masa ini. Ini kerana beberapa Undang-Indang, terutama Perlembagaan Persekutuan harus diperhalusi dan dipinda sebelum Malaysia menjadi Negara ahli kepada Statut Rom ini bagi mengelakkan sebarang ketidakmampuan atau ketidakmahuan Malaysia bagi menangani jenayah-jenayah tersebut dalam negara, terutama bagi memelihara kedudukan dan keistimewaan Seri Paduka Baginda (dan Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang lain).
=============

Penafian: Artikel ini datang dari webmedia. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam.

Editor by Admin FortunaNetworks.Com
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser