#Krisis & Konflik MB Johor; 'Kuasa Melantik Menteri Besar Johor Adalah Kuasa Mutlak Sultan Johor'

#Krisis & Konflik MB Johor; 'Kuasa Melantik Menteri Besar Johor Adalah Kuasa Mutlak Sultan Johor'
<img src="#Krisis & Konflik MB Johor.jpg" alt="#Krisis & Konflik MB Johor; 'Kuasa Melantik Menteri Besar Johor Adalah Kuasa Mutlak Sultan Johor'">

KUALA LUMPUR - FORTUNA NETWORKS.COM | PERLETAKAN JAWATAN DAN PELANTIKAN MB BARU PERLU PERKENAN SULTAN JOHOR: UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI

Desas desus kuat di peringkat Persekutuan menyatakan bahawa Dato Hj Osman Bin Hj Sapian, telah meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Johor kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, 

Namun begitu, mengikut Perlembagaan Negeri Johor, perletakan jawatan tersebut tidak akan efektif dan berkesan selagi mana ia tidak dipersembahkan kepada DYMM Sultan Johor yang kini masih berada di luar negara.

PERTUKARAN MB PERLU IKUT PROSEDUR

Mengikut prosedur dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, peletakkan jawatan Menteri Besar Johor perlu diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan Johor sebagai Raja Pemerintah.

Berdasarkan Tweet DYAM Tunku Mahkota Johor semalam, Baginda mengingatkan Putrajaya bahawa kuasa melantik Menteri Besar ialah Hak Mutlak Sultan.

Mengikut sumber, Kebawah Duli Tuanku Sultan Johor akan hanya berkenan perletakan jawatan Osman Sapian dengan syarat dikepilkan bersama-sama dengan 3 nama pilihan untuk jawatan Menteri Besar Johor.

Tuanku Sultan Johor dikatakan akan hanya berkenan dengan 3 nama daripada kalangan Exco Negeri Johor yang sedia ada bagi memastikan bahawa perubahan Kerajaan dapat dilakukan secara tersusun dan teratur di samping calon yang akan dipilih sudah mempunyai pengalaman berada dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.

Tindakan Dr Mahathir dan Parti Bersatu seolah-olah seperti sudah mempunyai pilihan Menteri Besar Johor yang tersendiri boleh dianggap mendahului Sultan Johor sebagai Raja Pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak untuk memilih sesiapa bakal Menteri Besar Johor yang baharu seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Johor.

Tingkah laku Dr Mahathir seperti ini saling tak tumpang seperti 'vintage dictator' yang kelihatan sangat terdesak. Beliau perlu ingat, beliau bukan bertambah muda, malah sudah terlalu melewati usia.

Usah sampai Rakyat Malaysia menghukum beliau sebagai ‘vintage dictator’ yang memahat sejarah hitam Negara Malaysia tercinta ini.

<img src="#Krisis & Konflik MB Johor.jpg" alt="#Krisis & Konflik MB Johor; 'Kuasa Melantik Menteri Besar Johor Adalah Kuasa Mutlak Sultan Johor'">


#Krisis & Konflik MB Johor; 'Kuasa Melantik Menteri Besar Johor Adalah Kuasa Mutlak Sultan Johor'

1. Saya merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir termasuklah di Media MKi**, yang mana menyatakan bahawa Sultan Johor tidak ada peranan dalam melantik Menteri Besar, dan ia hanya ditentukan oleh parti politik yang menang.

2. Saya percaya bahawa kenyataan ini sedikit angkuh dan mengelirukan.

3. Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Johor, Perkara 3 (1) menyatakan bahawa Sultan Johor mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Menteri Besar Johor. Dalam isu pelantikan Menteri Besar ini, Sultan Johor tidak perlu bertindak atas nasihat mana-mana pihak.

4. Namun begitu, secara 'convention', Parti yang menang akan menghantar beberapa nama calon Menteri Besar kepada Sultan Johor untuk pertimbangan Baginda. Dalam hal ini, Pakatan Harapan perlu menghantar nama-nama calon tersebut.

5. Dalam keadaan tersebut, Sultan Johor akan meneliti calon-calon tersebut, dan hanya akan melantik jika calon tersebut dipersetujui oleh Tuanku sendiri.

6. Jika sekiranya calon-calon yang dihantar itu tidak dipersetujui oleh Sultan Johor, parti tersebut perlu menghantar cadangan nama calon yang lain kepada Sultan Johor sehingglah mendapat persetujuan dan perkenan Sultan Johor untuk melantik calon tersebut sebagai Menteri Besar.

7. Maka, kenyataan untuk mengatakan bahawa Sultan Johor tidak mempunyai peranan dan kuasa untuk melantik Menteri Besar Johor adalah sangat tidak tepat, terpesong dan sengaja mengelirukan masyarakat mengenai tugas dan peranan Tuanku dalam sistem bekerajaan terutamanya di Negeri Johor.

Semoga Allah SWT, Berkati Negeri Johor. Allah SWT Selamatkan Sultan
Ahmad Solehin Abd Ghani
Peguambela Peguamcara
Mahkamah Tinggi Malaya


[Resource ;HRH Crown Prince of Johor]

Be Smart,Read More;


Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser