Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menjelaskan, namun pihaknya telah mengemukakan permohonan agar kouta haji itu ditambah memandangkan jumlah penduduk rakyat Malaysia kini meningkat sebanyak 31 juta.
"Perkara itu saya maklumkan dalam kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi sewaktu dalam Mesyuarat Tahunan Menteri-Menteri Haji yang berlangsung di Jeddah semalam.
"Sekiranya jumlah pertambahan penduduk Malaysia itu diambil kira, kita sepatutnya dapat kouta 31,200 jemaah," katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.
(SEPANG 13 Dis-2018 UtusanOnline)

"Dengan membaca ulasan diatas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, bermakna beliau telah gagal untuk berunding dalam tempoh lebih 5 bulan, dengan pihak Kerajaan Arab Saudi tentang kouta tersebut." 

"Namun kita salut dengan kerja keras Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang sentiasa berusaha tiap tahun untuk berunding dengan pihak Kerajaan Arab Saudi untuk menambah kota Haji Umat Islam Malaysia." 
 


Be Smart,
Read More;


#Case Of Tabung Haji:"Apa & Siapa Yang Patut Disiasat"?
#YADIM;"Pelantikan Ahli Politik Kontroversi" Akan Undang Masalah Kepada Institusi Islam & Negara
Di Malaysia Harga Telur Ayam Makin Melambung Tinggi, Ada Apa Sebenarnya?
MENGAPA ROYAL THAI ARMY KUDETA THAKSIN SHINAWARTA DAN RAKYAT THAI YANG SEMULA MEMUJA-MUJA THAKSIN BERUBAH MENJADI MARAH ?


Mari simak ulasan DS Najib Razak yang saya petik hari ini di facebook beliau.(4/5/2019)
Saya diberitahu bahawa kuota tambahan yang dirunding dengan Arab Saudi oleh kerajaan BN dahulu telah ditamatkan tahun lepas.

Bermula tahun 2010, Malaysia mendapat kuota tambahan sekurang-kurangnya 10,000 tempat setiap tahun selepas rundingan saya.

Tahun 2017, kita mendapat kuota tambahan 12,000 orang menjadikan jumlah kuota 42,200 jemaah.
Tetapi pada tahun 2018, Malaysia hanya dapat 30,200 tempat. Tiada kuota tambahan.
Tahun 2019 juga 30,200 orang.

Kerajaan PH digesa untuk mengesahkan jika ianya benar bahawa kuota tambahan tahun lepas tidak lagi diberi oleh kerajaan Arab Saudi.

RELATED POST