#LaporanPAC: "TIDAK ADA KEHILANGAN WANG GST Dan Siapa Sebenarnya yang Merompak WANG PETRONAS RM19.4 billion ?"

#LaporanPAC: "TIDAK ADA KEHILANGAN WANG GST Dan Siapa Sebenarnya yang Merompak WANG PETRONAS RM19.4 billion ?"
<img src="#LaporanPAC.jpg" alt="#LaporanPAC: "TIDAK ADA KEHILANGAN WANG GST Dan Siapa Sebenarnya yang Merompak WANG PETRONAS RM19.4 billion ?">

FORTUNA NETWORKS.COM | #LaporanPAC: "TIDAK ADA KEHILANGAN WANG GST Dan Siapa Sebenarnya yang Merompak WANG PETRONAS RM19.4 Billion ?"

Siapa Sebenarnya yang Merompak Wang PETRONAS RM19. 4 Billion Atas Alasan Hendak Bayar Rebat GST RM19.4 billion?
Sedangkan Segala Bukti, Data dan Fakta Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen mengesahkan Wang Rebat GST TIDAK HILANG?
Apakah Tun Mahathir begitu bodoh bertanyakan soalan "Jika wang tersebut tidak hilang, di mana ianya?" Sedangkan dia adalah Perdana Menteri dan Joseph Lim Guan Eng sendiri adalah Menteri Kewangan?
Malangnya Rakyat Malaysia diperintah oleh golongan yang sebegini, MEROMPAK TERANG-TERANGAN tetapi akhirnya bertanya soalan bodoh pada Rakyat.

Ada seorang yang kata nak tengok duit baru percaya wang GST tak hilang.
Saya cadangkan Guan Eng withdraw RM19.4 bilion dari akaun disatukan kerajaan dalam bentuk cash.
Letak dalam bilik di Putrajaya.

Bagi dia tengok dengan mata sendiri cash RM19.4 bilion itu.
Boleh sentuh. Boleh kira sehelai demi sehelai.
Baru dia percaya wang GST tak hilang dan tak dirompak.

Sila baca muka surat 350 dari Laporan PAC Wang tuntutan balik GST. (gambar bawah)

Akauntan Negara memaklumkan kepada PAC bahawa duit GST dalam akaun disatukan memang cukup untuk bayar semua tuntutan RM19.4 bilion GST.
Ada dalam akaun bank. Cukup, katanya.
Cuma tak dipindahkan kepada Akaun GST kerana sasaran bajet defisit untuk tahun itu akan lari.
Lagipun tak ada keperluan membuat pindahan begitu kerana tuntutan GST yang disahkan boleh dibayar balik cuma RM1.5 bilion pada akhir bulan Mei 2019.

Setelah satu tahun menyiasat pun, tuntutan GST yang disahkan untuk dibayar balik masih hanya RM6 bilion dari RM19.4 bilion setakat bulan Jun 2019.
Yang telah ditolak pula adalah RM2 bilion.
Jika benar-benar semua RM19.4 bilion disahkan perlu dibayar, Kerajaan BN dahulu boleh ambil RM19.4 bilion dari PETRONAS.
Sasaran bajet defisit tak pecah pun.
PH boleh ambil RM82 bilion dari PETRONAS dengan alasan nak bayar balik GST.
Tapi kerajaan BN tak boleh ambil RM19.4 bilion JIKA benar-benar diperlukan ke?
<img src="#LaporanPAC.jpg" alt="#LaporanPAC: "TIDAK ADA KEHILANGAN WANG GST Dan Siapa Sebenarnya yang Merompak WANG PETRONAS RM19.4 billion ?">

Mari kita bandingkan:

ISU 1. Wang GST RM19.4b dituduh telah dirompak oleh BN masa saya PM
(DS Najib Razak).
- Laporan PAC kata tak ada kehilangan atau telah dirompak.

- Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang dilantik kerajaan PH kata " Tidak Mungkin... Pada ketika ini wang itu tiba-tiba dicuri, disalahgunakan atau apa saja."

- Akauntan Negara memberi testimoni kepada PAC bahawa wang GST RM20 bilion dalam akaun disatukan cukup untuk bayar seluruh tunggakan RM19.4 bilion jika perlu.

- Klausa 54 (5) Akta GST jelas membenarkan wang GST disalurkan kepada Akaun DiSatukan Kerajaan dan bukan hanya untuk akaun GST.

- Syor-syor Laporan PAC tidak memanggil pihak berkuasa untuk menyiasat sebarang salah-laku atau jenayah.

TAPI PH tak puas hati.!!

Tetap kata Wang GST telah dirompak, BN telah melanggar Undang-Undang serta BN patut bertanggungjawab.

ISU 2. Wang BNM (BankNegara Malaysia) RM33 bilion (bersamaan dengan RM100 bilion sekarang telah lesap dalam skandal FOREX zaman PM ke-4 Malaysia dan bakal PM ke-8 Malaysia.

- Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) (bukan sekadar siasatan PAC sahaja) jelas menunjukkan wang telah lesap dan ada salah laku.

- Wang benar-benar hilang. Bukan masuk akaun kerajaan lain. (masuk akaun siapa, kita tak tahu lagi kerana siasatan telah dihentikan)

- Laporan RCI mengesyorkan pihak berkuasa untuk menyiasat salah-laku jenayah.

NAMUN, kerajaan PH okay je.

Siap menghentikan Siasatan Polis untuk kes ini dan diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA).

Dikatakan pula oleh kerajaan PH bahawa tidak ada seorang pun yang patut bertanggungjawab untuk kehilangan RM33 bilion yang telah terbukti itu.
ANDA Nampak tak?
============
Adaptasi dari Sumber

Editor ; HSZ/FortunaNetworks.Com
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser