π“π„π‘π‰π„πŒπ€π‡π€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π ππ„π†π”π€πŒππ„π‹π€ 𝐃𝐒 ππ€π‰πˆπ, 𝐓𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐅𝐄𝐄 πƒπˆ πŒπ€π‡πŠπ€πŒπ€π‡ [πŸπŸ“ π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ—]

π“π„π‘π‰π„πŒπ€π‡π€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π ππ„π†π”π€πŒππ„π‹π€ 𝐃𝐒 ππ€π‰πˆπ, 𝐓𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐅𝐄𝐄 πƒπˆ πŒπ€π‡πŠπ€πŒπ€π‡ [πŸπŸ“ π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ—]
Saya ingin membuat sidang akhbar ini kerana perjalanan kes ini akan menjadi panjang. Kita belum pun sampai separuh dari perjalanan.

Statement yang telah direkodkan oleh saksi setakat ini adalah hampir 600 perenggan, kita belum pun sampai separuh.
Keduanya adalah kerana hakim belum membuat keputusan berkenaan kenyataan ‘hear say’ saksi. Dan disebabkan ini para wakil media tidak mempunyai garis-panduan tentang apakah bukti-bukti boleh diterima dan cerita yang tidak boleh diterima Mahkamah.
Hasil dari kesulitan ini, media tidak ada pilihan melainkan melaporkan segala-galanya termasuk segala sampah sarap yang keluar dari mulut saksi ini yang kebarangkaliannya besar adalah merupakan ‘hearsay’.
Sebagai contoh, Anda pasti perasan yang saksi ini (Datuk Shahrol) telah berkali-kali mengatakan dalam hampir setiap perenggan kenyataannya...Apabila ada sesuatu salah laku yang berlaku, dia akan mengatakan bahawa, “saya dengar ini dari Jho Lo, saya terima arahan dari Jho Lo dan Jho kata begini dan begitu..”
Kesemua kenyataan berupa ini, seperti yang telah kami berhujah semalam adalah merupakan kenyataan yang tidak boleh diterima sebagai bukti oleh mahkamah!

Jika demikian, bermakna segala apa yang dilaporkan oleh media berkenaan anak-guam kami (hasil kenyataan hear say Shahrol) adalah tersasar.
Kerana seperti Saya telah terangkan sebelum ini kepada Anda dan juga Mahkamah tentang apa itu 'hearsay' dan mengapa hearsay tidak boleh diterima oleh Mahkamah adalah kerana apabila Anda mengatakan si polan mengata sebegini dan sebegitu, Anda tidak bertanggungjawab.
Ia bukan kenyataannya dalam sumpah kerana orang yang dipetik itu tidak berada di Mahkamah untuk dicabar sama ada benar dia mengatakan demikian atau tidak. Kita bercakap tentang Jho Lo. Dia tidak berada di Mahkamah untuk disoal balas.


Jadi, Saya ingin memohon kepada Anda semua (warga media) sedikit keadilan dalam menilai apabila Anda melaporkan berita...Anda perlu melaporkan cerita kedua-dua belah pihak. Ini adalah kerana ini adalah apa yang DIDAKWA oleh Datuk Shahrol dikatakan oleh Jho Lo. Dan perkara ini tidak dapat disahihkan kebenarannya dan akan kekal tidak dapat disahihkan kebenarannya (selagi tiada kehadiran Jho Lo).
Seterusnya Saya telah katakan bahawa sekiranya pihak berkuasa waras...IGP (Ketua Polis Negara) pernah katakannya, PM (Perdana Menteri) dan TPM (Timbalan/Wakil Perdana Menteri) juga pernah katakan bahawa Jho Lo akan ditangkap dalam beberapa minggu. Malah mereka katakan mereka tahu secara tepat di mana Jho Lo berada. Hari ini Saya dengar IGP telah katakan yang sebelum akhir tahun ini Jho Lo akan ditangkap. Tetapi sebelum hujung tahun ini perbicaraan kes ini sudah berakhir bagi pihak pendakwaan. Jadi mengapa IGP buat begini?
Kami (pihak pembelaan) telah katakan bahawa Anda patut membawa Jho Lo sebagai saksi kerana sekiranya Anda mahukan perbicaraan ini adil, kita juga mahu tahu dari Jho Lo apa sebenarnya yang berlaku. Terdapat begitu banyak dokumen yang kita boleh tampilkan kepada kedua-dua (Shahrol dan Jho Lo) bagi melihat sama ada Dato' Sri Najaib Razak (DSN) terlibat di dalam konspirasi menipu 1MDB.
Anda juga pasti perasan bahawa ada sesetengah dokumen itu yang Shahrol sendiri pun tidak boleh gunakan lebih jauh.

Shahrol tidak mampu katakan bahawa DSN telah berikannya arahan. Sepanjang masa dia hanya katakan bahawa, “Saya tidak diarahkan PM tetapi saya fikir apa yang Jho Lo ceritakan kepada saya tentang PM adalah kebenaran.” πŸ€¦πŸΌ‍♂️

Saksi ini telah mengulangi kenyataan ini dan Saya kira jumlahnya adalah sebanyak 76 kali...sekalipun dia tidak pernah menerima arahan langsung dari DSN.
Saya ingin memohon kepada Anda semua untuk fahami perkara ini iaitu,
Sebab sebenar TIA menjadi 1MDB adalah kerana DYMM,Yang DiPertuan Agong ketika itu yang juga Sultan Terengganu berasa kecewa dengan cara operasi TIA dijalankan.
Baginda kecewa kerana syarikat dana Negeri yang sebenarnya adalah petroleum telah diletakkan dalam keadaan berisiko kerana tidak ada pengurusan yang teratur, tidak ada perlindungan dari ancaman dan tidak ada wakil yang mencukupi bagi menjaga kepentingan Negeri Terengganu.
Inilah antara elemen yang menyebabkan Baginda kecewa dan baginda telah menitahkan supaya hentikan penerbitan bon Islamik. Hentikannya dengan menggantungnya. Baginda tidak katakan untuk membatalkannya, tetapi baginda mahu menangguhkannya sebelum isu itu bergerak lebih jauh kerana Kerajaan Negeri Terengganu semakin terdedah.
Fakta ini adalah kritikal kerana Tuanku tidak murka kepada DSN. Baginda murka kepada mereka yang berada di dalam TIA.
DSN kemudiannya telah dimaklumkan bahawa bon itu telah diterbitkan. Anda tidak boleh membatalkan atau menangguhkannya kerana bon sudah diterbitkan.
DSN telah dinasihatkan bahawa kerajaan tidak boleh membatalkan atau menangguhkan bon ini kerana keseluruhan maruah negara dari segi bon dan kewibawaan kewangan dan juga rating di dalam pasaran antarabangsa akan musnah.
Atas sebab inilah maka DSN telah katakan bahawa kita akan teruskan, tetapi Saya akan mengadap bagi menerangkan kepada DYMM,Yang DiPertuan Agong tentang apakah impak terhadap negara sekiranya kita menggantung urusan bon ini.
Murka yang disebut adalah bukan kemurkaan DYMM,Yang DiPertuan Agong  terhadap DSN, ingat tu. Dan murka itu juga bukan seperti yang telah dilaporkan oleh pihak media secara salah akibat tersalah tafsir. Ia bukanlah situasi yang mana DSN telah mengadap DYMM,Yang DiPertuan Agong  yang sudah berada dalam keadaan murka dan telah mengatakan, “Aku tak peduli, Aku tetap nak teruskan.”
Anda perlu melaporkan perkara sebenar yang menyebabkan situasi ini terjadi. Ia terjadi kerana, sekiranya bon itu digantung, kita (negara) akan mengalami masalah yang lebih besar dari apa yang kita sudah sedia ada.
Inilah 3 elemen yang ingin Saya tonjolkan secara jelas kepada Anda supaya apabila Anda membuat pelaporan perbicaraan selepas ini, ingatlah apa yang telah Saya katakan ini.
Perkara terakhir yang ingin saya katakan adalah ini....
Anda semua ingat Amhari bukan? Apabila dia berikan kenyataannya saksinya selama 7 hari, ia sangat menjahanamkan reputasi anak guam Saya. Sangat teruk bukan? Saya boleh komen (tentang Amhari) kini kerana urusannya telah selesai.
Namun setelah Saya soal balas Amhari, Anda semua sedar betapa terlibatnya dia dengan Jho Lo. Dia telah terima USD$ 840,000 dan kemudian tambahan USD$ 200,000, dia rembat semua handphone yang diberi Jho Lo...model-model phone terkini. Dia hadir di rumah Jho Lo seolah-olah ia adalah pejabatnya, berjumpa dengan Jho Lo (yang dia dakwa bersama arwah Datuk Azlin) di Prince Hotel. Dalam banyak-banyak tempat hotel mewah juga dipilih sedangkan Anda dari Pejabat PM tetapi mesyuarat di hotel mewah dan Anda mengaku terima dan ikut arahan Jho Lo.
Dan Anda semua sudah tahu yang Amhari telah kata setiap satu dokumen dan arahan dari Jho Lo kepadanya telah dimusnahkan (termasuk delete email lepas bebas dalam jaminan kerana kata tak nak inbox email penuh πŸ˜).
Setelah Amhari selesai disoalbalas oleh Saya jelas bahawa gambaran yang cuba ditonjolkan oleh Amhari sepanjang 7 hari dia memberi kesaksian telah terbalik sepenuhnya!
Jadi Saya mohon Anda untuk tangguhkan pandangan Anda dan laporan negatif Anda terhadap anak-guam Saya (DSN) dalam perihal saksi ini (Shahrol) kerana saksi ini sedang berikan kesaksian dan belum disoal balas. Soal balas adalah merupakan satu-satunya cara kita mengesahkan kenyataannya.
Negara kita menggunakan sistem perundangan British (Anglo American system). Kebijaksanaan sistem ini adalah telah direka sistem soalbalas saksi. Tidak ada sistem lain yang mempunyai perkara ini. Ini bermakna jika Anda berkata benar atau palsu, Saya boleh membongkarkannya ketika sesi soal balas.
Hanya selepas soal balas peguam pembelaan, Anda akan nampak apakah saksi ini (Shahrol) berkata benar ataupun tidak.
Satu soalan yang Saya ingin tujukan kepada anda semua (wartawan) tanpa memberikan sebarang komen....kerana saksi belum disoal balas, Saya tidak mahu dikenakan dakwaan menghina Mahkamah....
Saya perlu berhati-hati kerana ramai telah kata bahawa Peguam Negara sangat berminat dengan posting-posting facebook DSN. Dia kelihatan seolah-olah suka pergi ke facebook anak-guam Saya dan mencari alasan untuk mengenakan dakwaan menghina Mahkamah ke atas Dato'Sri Najaib Razak (DSN)πŸ˜†


Tapi kini dia sendiri-AG-Peguam Negara  (Tommy Thomas) sudah menghina Mahkamah. πŸ€£
Point yang ingin Saya ingin tekankan dalam persoalan Saya tadi adalah, Anda perasan bukan yang saksi ini (Datuk Shahrol) bukan saksi cikai, telah dilatih dengan tinggi, seorang jurutera lulusan Stamford University. Stamford University adalah setara dengan Harvard dalam ranking Universiti-universiti elit terbaik di US. Seorang jurutera yang telah bekerja dalam dunia korporat...namun dia katakan bahawa hampir kesemua surat yang dia tandatangan telah didraf oleh orang lain.
Apabila kami lakukan soal balas, kami akan dedahkan berapa banyak gaji yang saksi ini terima dan Anda mungkin akan pengsan. Sebagai CEO, jika Anda hanya katakan bahawa saya hanya mendengar kata Jho Lo dan ikut arahan Jho Lo dan tidak mempunyai akses kepada PM yang merupakan immediate boss Anda, yang Anda dakwa adalah merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat Anda!
Dalam keadaan ini, Saya ingin Anda fikirkan apakah statement saksi seperti ini boleh dipercayai bahawa dia tiada akses kepada PM Najib? Sedangkan dia sebagai CEO mempunyai alasan yang cukup kuat untuk berjumpa dan bermesyuarat dengan Dato' Sri Najaib Razak (DSN) atas alasan mesyuarat bersama Lembaga Penasihat.
Banyak lagi yang Saya ingin cerita kepada Anda terutamanya berkenaan Artikel 117. Anda sudah tahu dalam perbicaraan Kes SRC tentang Artikel 117 ini beroperasi dan Amhari juga telah bersetuju, kebanyakan saksi-saksi lain juga bersetuju termasuk saksi di kalangan ahli bank. Kami akan bersemuka dengan saksi ini nanti tentang perkara ini kerana tafsirannya tentang Artikel 117 adalah boleh dicabar secara mutlak.
Dia (Shahrol) katakan bahawa Lembaga Pengarah tidak dapat mengawal syarikat. πŸ€¦πŸΌ‍♂️   Jadi siapa lagi yang boleh kawal syarikat? πŸ€£
Lembaga Pengarah syarikatlah yang mengawal dan menjalankan operasi mana-mana syarikat di dunia!

Lembaga penasihat syarikat pula ada fungsi spesifik seperti yang telah termaktub dalam Artikel 117 yang kami akan bangkitkan ketika sesi soal balas. Ok.
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser