Kontroversi Undi Budget Kementerian Wanita, DAP/PH Hendak Cari Salah Siapa?

Kontroversi Undi Budget Kementerian Wanita, DAP/PH Hendak Cari Salah Siapa?
<img src="FortunaNetworks.Com.jpg" alt="Kontroversi Undi Budget Kementerian Wanita, DAP/PH Hendak Cari Salah Siapa?">
Percubaan Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) @Hannah Yeoh untuk mengalih perhatian dari fakta Ahli Parlimen dan Menteri DAP/PH ponteng beramai-ramai semasa undi bajet ini memang tak masuk akal.

Dia 
@Hannah Yeoh tuduh 28 Ahli Parlimen dari BN dan PAS yang menolak Bajet 2020 untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah pengkhianat kepada penerima bantuan dan kebajikan.

Saya memberi beberapa fakta:

"Yang ditolak itu bukan hanya Bajet Kebajikan tetapi Bajet Keseluruhan tahun 2020 untuk Kementerian termasuk elaun-elaun untuk Hannah Yeoh dan Menteri".
"Jangan nak putar-belit pulak
.!"

   READ MORE


#BubarParlimen; Dulu, Regime PH Bantah Pelaburan Dari Negara China
Projek Kereta Terbang Tak Guna Wang Rakyat?


1. Pada 26 November lalu, Dewan Rakyat kecoh apabila kerajaan nyaris kalah dalam Undi Belanjawan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Keputusan, Sokong: 32, Tolak: 28, Berkecuali: 2.

2. Timbalan Menteri KPWKM, Hannah Yeoh (Segambut-DAP) semalam mendakwa 28 Ahli Parlimen yang menolak belanjawan kementerian itu, sebagai pengkhianat kepada penerima bantuan dan kebajikan.

3. Yang mengkhianati ibu tunggal, keluarga miskin, OKU, warga emas dan lain-lain ialah Menteri dan Ahli Parlimen DAP/PH sendiri. Mereka gagal hadir ke parlimen untuk menyatakan undi sokongan. Kawan-kawan Hannah sendiri yang buat hal.

4. Seramai 107 Ahli Parlimen (MP) PH tidak hadir.
5. Seramai 37 daripada 50 MP PKR tidak hadir.
6. Seramai 30 daripada 42 MP DAP tidak hadir.
7. Seramai 24 daripada 26 MP PPBM tidak hadir.
8. Seramai 9 daripada 11 MP AMANAH tidak hadir.
9. Seramai 7 daripada 9 MP Warisan tidak hadir.
10. Menteri KPWKM, Wan Azizah Wan Ismail sendiri tidak hadir.
11. Seramai 42 Menteri dan Timbalan Menteri daripada keseluruhan 47 Jemaah Menteri tidak hadir.
Inilah Alasan Mengarut Mengapa Ahli Parlimen Regime D4P/PH Tidak Hadir Di Parlimen

12. Selain cubaan PH menyalahkan pembangkang atas keterukan ini, muncul juga dakwaan KPWKM disabotaj oleh pasukan 'daulah terpendam' (deep state), berkait dengan perang kem Anwar vs Mahathir.

13. Ia tidak masuk akal kerana ramai orang Anwar sendiri tidak hadir.
Ini termasuklah Anwar dan anaknya sendiri, Nurul Izzah.
Foto infografik, membariskan sebahagian daripada orang kuat Anwar yang tidak hadir. Begitu juga dengan sejumlah besar MP daripada DAP dan AMANAH yang pro-Anwar, juga tidak hadir.

Senarai Alasan Mengapa Ahli Parlimen Regime D4P/PH Tidak Hadir Di Parlimen

14. Dulu, ketika kaki-kaki ponteng di atas jadi pembangkang, menolak usul belanjawan adalah acara wajib mereka setiap tahun.

15. Belanjawan 2020 yang dibentang ini banyak lompong dan kesangsian. Antaranya, peruntukan dipotong untuk Belanja Pemulihan Dalam Komuniti (PDK OKU), Wang Saku Kanak-Kanak dan Warga Emas, Agenda Sosio-Ekonomi Keluarga Miskin, Taska OKU dan lain-lain, sebaliknya ditambah secara mendadak pada perbelanjaan aset dan dilambakkan dalam satu dua program khusus (rujuk B48).

16. Memberi alasan bahawa pembangkang (BN-PAS) mengkhianati kebajikan rakyat adalah teknik lazim DAP/PH untuk menutup kelemahan sendiri dengan menyalahkan pihak lain.

17. Hakikatnya, DAP/PH sudah banyak memotong bantuan kebajikan rakyat. Malah berbangga dengan usaha yang sebenarnya sekadar menyambung dan menjenamakan semula gerak kerja kerajaan Barisan Nasional terdahulu.
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser