Misteri Kisah Lelaki Ghaib Wariskan Ratusan Ribu Ringgit Kepada 'Pakcik Pencen Bomba'

Misteri Kisah Lelaki Ghaib Wariskan Ratusan Ribu Ringgit Kepada 'Pakcik Pencen Bomba'

FortunaMedia.blogspot.com --- Misteri Kisah Lelaki Ghaib Wariskan Ratusan Ribu Ringgit Kepada 'Pakcik Pencen Bomba'

Alangkah terkejutnya pakcik dan istrinya kerana dalam draft bank tertulis nama beliau yang tertera punya simpanan wang ratusan ribu ringgit.Sungguh kelam kabut pasangan suami istri yang hidup sederhana ini.Jangankan ada simpanan di bank lain.Simpanan duit di Tabung Haji pun belum lagi cukup untuk menunaikan ibadah haji untuk mereka berdua.

<img src="pakcik pencen bomba.jpg" alt="Misteri Kisah Lelaki Ghaib Wariskan Ratusan Ribu Ringgit Kepada 'Pakcik Pencen Bomba' ">
                                     Ilustrasi Image by Google


Assalamualaikum wb.Salam sejahtera semua,


Halo Sahabat,Mungkin para pembaca semua tertunggu-tunggu kesudahan episod 'pakcik pencen bomba' ini kerana sebelum ini sudah tiga bagian saya tulis postingan yang berkaitan yaitu;


- Misteri Kisah Wanita Muda Mengandung Muncul Di Pintu Rumah 'Pakcik Pencen Bomba'

- Misteri Kisah 'Pakcik Pencen Bomba' Didatangi Lelaki Aneh Dalam Mimpinya.



- Misteri Kisah Lelaki Berserban Dalam Mimpi Muncul Didepan Mata 'Pakcik Pencen Bomba'

Sengaja saya tulis kisah ini jadi beberapa bagian episod agar para pembaca setia blog ini tidak bosan membacanya kerana terlalu panjang kisahnya.terimakasih.

Setelah beberapa malam pakcik ini menunggu dengan sabar agar munculnya lelaki yang datang dalam mimpinya.Datanglah takdir malam bertuah bagi pakcik pencen bomba itu.

Entah darimana datangnya,pakcik pun tak sempat berfikir dan terkejut bercampur ketakutan.Tanpa bicara lelaki itu memegang tangan kanan pakcik dengan tangan kirinya sementara tangan kanan lelaki itu meletakkan sesuatu seperti batu kecil - kira-kira sebesar biji kacang hijau ketangan kanan pakcik.

Dan dia memberi kata-kata isyarat,sepertinya menyuruh pakcik meletakan batu kecil itu dibawah lidah atau diatas lidahnya dan diringi suara dan bahasa yang langsung tidak pernah didengar dan difahami beliau.

Begitu lelaki itu datang, demikian juga ketika dia pergi,menghilang dengan sekelip mata.Tanpa berlengah lagi pakcikpun segera meninggalkan pantai Lido yang begitu sunyi sepi mencekam didini hari.

Maklumlah kejadian ini terjadi sekitar akhir tahun 70an atau awal 80an,dimana Pantai Lido dan Tambak Johor tidak sesibuk seperti sekarang ini dengan berbagai projek pembangunan infrastruktur moden dan bangunan-bangunan baru di sepanjang pantai Selat Tebrau yang kini sudah semakin sempit ini.

Sesampai dirumahnya pakcik nampak sekali perobahan penampilannya dan istri beliau juga merasa gembira akan keadaan ini.Setelah menceritakan semuanya kepada istrinya yang hanya mengangguk-angguk tanda faham.Padahal semua itu bagi istrinya tidak menjadi penting.Yang lebih difikirkannya adalah agar pakcik-suaminya kembali ceria dan gembira sebagaimana sebelum peristiwa ini.

Sementara itu pakcik pencen bomba ini memang seorang yang jujur,ikhlas serta lurus bendul.Apa yang diarahkan oleh lelaki misteri itu diikutinya dan dilakukannya tiap-tiap hari.Dimana lelaki itu mengarahkan agar batu kecil itu selalu diletakkan dibawah atau diatas lidahnya-hanya itu yang dia fahami.
Prilaku pakcik meletakkan batu dimulutnya tiada seorangpun yang tahu,walaupun adik iparnya.Kerana pakcik sudah berpesan kepada istrinya jangan diceritakan dahulu kepada sesiapapun kerana tidak tahu apa yag akan berlaku selanjutnya dan agar tidak menjadi fitnah bagi masyarakat sekeliling.

Tidak dinyatakan juga oleh guru saya berapa lama beliau mengamalkan meletakan batu kecil tersebut dimulutnya.Cuma hal itu terhenti begitu saja saat pakcik ini menerima satu surat register dengan nama dan alamat lengkapnya dari sebuah Bank Jepun yang berpejabat di Johor Baharu yaitu Mitsui Bank.

Setelah membuka surat tersebut dihadapan istrinya.Mereka berdua dalam kebingungan kerana mereka tidak pernah ada hubungan apa-apa dengan Bank Jepun ini.

Alangkah terkejutnya pakcik dan istrinya kerana dalam draft bank tertulis nama beliau yang tertera punya simpanan wang ratusan ribu ringgit.Sungguh kelam kabut pasangan suami istri yang hidup sederhana ini.Jangankan ada simpanan di bank lain.Simpanan duit di Tabung Haji pun belum lagi cukup untuk menunaikan ibadah haji untuk mereka berdua.

Akhirnya pakcik setelah menghubungi adik iparnya agar datang segera kerana ada hal penting katanya.Diringkaskan kisahnya,lalu adik iparpun bukan saja hairan malah hampir pingsan bila melihat jumlah wang sebanyak itu.Dan mereka sepakat pergi berdua esoknya ke Johor Baharu kepejabat bank tersebut.

Sesampainya dikaunter pertanyaan bank,pakcik pun menunjukkan surat dari bank itu,sambil berkata-kata seperti merungut dengan menyatakan ini mungkin satu kesilapan pihak bank mengantar surat kepadanya.

Lalu kerani di kaunter menyuruh pakcik duduk menunggu sebentar kerana dia akan membawa surat itu kepada pegawai bertugas.Dan tidak lama kemudian pakcik dan adik iparnya dibawa masuk kedalam ruang pejabat yang bertugas dalam kes ini.

Setelah pegawai bank itu mempersilakan kedua mereka duduk,belum sempat pegawai itu berkata-kata,pakcik sudah mendahului dengan berkata:

"Bank dah silap ni..mana ada saya punya simpanan sebanyak itu,dan saya tak pernah buka akaun simpanan di bank ini..dalam nada seperti orang yang rasa bersalah"

"Sabar pakcik,..pakcik memang tak pernah ada menyimpan wang sebanyak ini di sini.Namun wang simpanan ini telah disahkan pakcik adalah pemiliknya" ujar pegawai bank dengan penuh ramah.

" Mana mungkin..silap orang ni" kata pakcik agak meninggikan suaranya.

"Begini pakcik,beberapa minggu lepas,ada seorang lelaki berjubah dan berserban mengarahkan kami pihak bank untuk memindahkan dan mewariskan wang sebanyak ini kepada pakcik" kata pegawai itu dengan nada meyakinkan.

Mendengar kata-kata pegawai bank tersebut.Rasanya bumi yang saat dipijaknya bagai bergoyang melayang dan menerbangkan sekujur tubuhnya.Memang saat itu pakcik jadi separuh pingsan dan tersandar di kerusi tempat beliau duduk.Sementara adik ipar beliau hanya mampu memandang muka pegawai bank dan merangkul tubuh pakcik-abang iparnya dengan penuh haru dan sedikit senyuman tersungging dibibirnya.

Setelah suasana tenang,pegawai bank memberikan sehelai kertas borang atau formulir untuk ditanda tangani yang menyatakan pakcik setuju atau tidak menerima amanah wang yang ratusan ribu ringgit ini (dalam kisah yang beredar tidak pasti berapa jumlah wang itu sebenarnya)

Sekembalinya kekampung di Melaka,pakcik sekeluarga mengadakan majlis keyukuran dengan menjemput sanak saudara,kenalan dan orang sekampung.

Dan yang membuat kejadian ini menjadi heboh di tahun itu.Sesiapa yang datang semasa kenduri itu semua mendapat habuan wang ringgit.Dan bagi masyarakat kampung pemberian hadiah itu bagaikan durian runtuh.Maka tersebarlah ke seantero pelusuk negeri hingga ke Johor dan ke Negeri Sembilan.Sesiapa yang datang tidak dihampakan oleh pakcik sekeluarga dengan hadiah wang ringgit.

Tentu anda pembaca kisah ini tertanya -tanya .mengapa cerita kejadian ini bisa diketahui ramai jalan kisahnya bagaikan siri cerita drama atau sinetron pula.

Menurut almarhum guru saya yang diperolehi maklumatnya dari sahabatnya yang boleh dipercayai.Tersebar dan terbongkarnya jalan cerita sebenar ini adalah bermula di kisahkan oleh adik ipar pakcik pencen bomba kepada saudara dan rakan-rakannya.Disebabkan dia merasa kasihan dan bertanggung jawab untuk untuk menjelaskannya.Kerana selepas majlis kenduri kesyukuran tersebar berita-berita fitnah terhadap pakcik yang menyebarkan berita dan kisah berbagai ragam.

Disebarkan kisah oleh orang-orang yang dengki-irihati tersebut misalnya ada cerita yang menyatakan pakcik ini kaya mendadak kerana menang zoedi n***** e***(maaf saya tak boleh tulis selengkapnya kalimat tsb kerana menyalahi tos google adsense)

Bahkan pakcik ni dituduh memelihara tuyul dan yang lebih parah pakcik difitnah mendapat duit tarek dari alam ghaib-memang pada tahun itu sedang marak dan hebohnya orang-orang pergi menurun,memuja duit tarek kerana mahu cepat kaya cara senang dan cepat,namun bukan duit tarek yang wujud justru duit mereka-mereka yang mnyertai parti duit tarek yang kena tarek oleh balaci dan macai duit tarek).


Nah,setelah adik ipar pakcik menyebarkan kisah sebenar,maka berkurang dan agak reda kisah-kisah fitnah atas diri pakcik pencen bomba itu.Cuma selepas kejadian fitnah itu tersebar,beliau tidak mahu lagi berjumpa sesiapapun-apatah lagi bila bersangkutan nak jumpa pasal duit atau nak tahu cerita sebenar.

Itulah salah satu penyebab saya dan guru saya tidak ada rezeki berjumpa beliau dirumahnya.Ditambah lagi memang takdir Allah Ta'ala berlaku begitu agar kami tak dapat berjumpa.Kerana ada terdetik dan terkeluar cakap dari antara kami sewaktu akan berjumpa pakcik pencen bomba untuk meminta sekeping duit itu,kononnya untuk dijadikan 'ibuduit'..Nah,inilah suatu amalan khurafat yang masih berlaku dan diamalkan oleh masyarakat kita khusus bangsa melayu.

Alhamdulillah saya dan guru serta anak-anak murid beliau telah Allah Ta'ala lindungi dari terperangkap dengan amalan khurafat 'ibu duit' tersebut.

Penutup,


Demikianlah saya akhiri episod kisah misteri ini.Saya berharap anda jangan mentah-mentah mudah percaya akan cerita ini.Samada cerita ini benar,syukurlah kita ambil yang baik lagi positif sebagai tauladan.

Sesungguhnya Allah SWT itu benar dan pasti akan segala janjiNya dan limpahan rezeki yang tak terduga serta balasan didunia atas kebaikan yang kita lakukan kepada sesama makhluk di dunia ini.

Jika sekiranya kisah ini adalah terbukti bohong,dusta atau rekaan semata-mata :Saya sebagai penulis kembali kisah ini dan almarhum guru saya yang menceritakan kepada saya segalanya akan berlepas diri dari fitnah bohong,dusta tersebut baik didunia atau di hari pembalasan nantinya.Subhaanallah,!

Kerana niat saya kembali melakarkan kisah ini adalah untuk mengambil sisi positifnya yaitu untuk menyebarkan dakwah secara prilaku murni yaitu membantu sesama insan yang memerlukan dan bersedekah untuk melepaskan kesulitan orang lain TANPA mengharapkan balasan dan pujian manusia sekeliling kita.
Wallahua'lam.

Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser