Chronology Tarikh Pembinaan & Isu Panas,Sri Maha Mariamman Temple Hicom, Selangor Malaysia

Chronology Tarikh Pembinaan & Isu Panas,Sri Maha Mariamman Temple Hicom, Selangor Malaysia
<img src="#Sri Maha Mariamman Temple Hicom.jpg" alt="Chronology Tarikh Pembinaan & Isu Panas,Sri Maha Mariamman Temple Hicom, Selangor Malaysia ">
Kasus dan Isu pemindahan Kuil [Temple]Sri Maha Mariamman di Selangor oleh "housing developer" yang kini memiliki status "hak bangunan" terhadap tapak Kuil tersebut yang dinyatakan telah berdiri kira-kira 100 tahun lebih itu, kini menjadi tambah "panas dan heboh", dengan adanya postingan status profil Facebooknya Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, V Ganabatirau Veraman yang bernada "sentimen perkauman dan boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama" 
   Anda baca disini tentang status tersebut;
Kenyataan Exco PPSE Negeri Selangor V.Ganabatirau Veraman 'Kaitkan Orang Islam, Exco 'Gelabah' Edit Semula Status FB'

Ada apa yang sebenarnya tentang kasus Kuil tersebut yang menjadi heboh dan panas dan berlarutan hingga kini. Mari kita simak selanjutnya dari status yang kami share dari media thepatriots.asia yang dirilis pada [26 November 2018]

1. Tanah terletaknya Kuil berkenaan asalnya dimiliki oleh Consolidated Plantations Bhd yang merupakan adalah pemilik kepada Seafield Estate.

Ada 2 teori mengenai tarikh asal pembinaan kuil tersebut:

1974: Kuil tersebut dibina pada tahun 1974 oleh seorang individu yang bernama Sabathy Perumal.

1891: Ia dibina pada tahun 1891 di sebahagian tanah yang didedikasikan oleh pemiliknya untuk kegunaan pekerja Hindu di Estet tersebut.
2. Pada tahun 1987, SIME UEP membeli tanah tersebut daripada Consolidated Plantations Bhd.
Tanah tersebut asalnya adalah di bawah status tanah pertanian. Namun kemudiannya SIME UEP telah menukarkannya kepada status skim pembangunan perumahan.
3. Pada tahun 1992-1993, tanah kuil berkenaan telah dituntut oleh pihak SIME UEP yang bertindak sebagai pemilik tanah setelah membeli tanah tersebut daripada pemilik estet pada tahun 1987.
Maka ditubuhkanlah Komitee Pengurusan Kuil berkenaan dibawah ROS dan Individu bernama, Chellappa a/l K.Kalimuthu telah dilantik sebagai presiden manakala Nagaraju a/l Merganathan telah dilantik sebagai Setiausaha Komitee tesebut.
4. Pada tahun 1996, tuntutan pertama melalui saman sivil : No.MT1-21-353-1996 diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) dan Sime UEP Properties Sdn Bhd, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor Darul Ehsan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, One City Development Sdn Bhd, Merganathan a/l Nallo (Defendants) dan Nagaraju a/l Merganathan (perayu/pencelah).
Kes ini juga sebenarnya pernah diwakili oleh mendiang Karpal Singh.
.
5. Pada tahun 2001, berlakunya salah faham diantara Chellapa dan Nagaraju, di mana Chellapa telah menuduh Nagaraju telah ‘red caught handed’ mencuri duit dan barang dapur Kuil, Nagaraju kemudiannya meletakkan jawatan sebagai setiausaha, namun kemudiannya kembali bersama Mohan dan Vijayakumar dan memaksa ahli komitee termasuklah Chelappa untuk mengosongkan kuil dengan cara paksaan dan ugutan.
.
6. Pada tahun 2007, One City Development telah membeli tanah itu dan telah ada rancangan untuk memindahkan kuil itu telah bermula sejak. Saman sivil pertama iaitu No.MT1-21-353-1996 untuk menuntut hak kuil tersebut diteruskan dan akhirnya dapat diselesaikan pada tahun 2014..

7. Pada tahun 2012, kira-kira 50 penganut Hindu mengadakan protes aman di hadapan bangunan Pejabat Sekretariat Negeri Selangor dan mendesak Kerajaan Negeri Selangor untuk menghalang perobohan Kuil berkenaan dan menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan ura-ura cadangan pemindahan Kuil berkenaan di Persiaran Harmoni di Putra Heights.
    READ MORE
Tun Abdul Hamid Mohamad @ Former Chief Justice Of Malaysia, 'BICARA TENTANG KESAN PENGESAHAN #ICERD'
#BANTAH ICERD; Himpunan Aman Rakyat Malaysia [81218] Dataran Merdeka Kuala Lumpur
#BANTAH ICERD: "Perang Belum Tamat", Mantan Ketua Hakim Ingatkan Bangsa Melayu
<img src="#Sri Maha Mariamman Temple Hicom.jpg" alt="Chronology Tarikh Pembinaan & Isu Panas,Sri Maha Mariamman Temple Hicom, Selangor Malaysia ">

8. Pada tahun 2014, [Mac 2014], kedua-duanya Chellapa dan Nagaraju telah bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut kepada One City selepas syarikat itu bersetuju :

1. Menyediakan dua[2] tanah lain yang terletak berhampiran Kuil yang ada untuk diberikan kepada Persatuan Kuil berkenaan sebagai pampasan(ganti rugi).
2. Mendermakan RM1.5 juta untuk membina Kuil baru di salah satu daripada dua bidang tanah yang diberikan oleh One City.
Mahkamah mengarahkan tapak di mana Kuil itu terletak untuk diserahkan kepada One City dalam masa dua bulan selepas pembinaan kuil baru oleh pemaju.
Julai 2014, sebuah lagi saman sivil yang melibatkan pertelingkahan di antara Chellapa dan Nagaraju telah di: No.MT1-22-491-2001 (MT5) diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) (as Plaintiff) dan Merganathan a/l Nallo, Nagaraju a/l Merganathan, Sangguletchumi isteri kepada Sanggu, Thanabalan a/l Murugiah, Low Kok Beng, Mohan a/l Muniandy, Subramaniam, Subramaniam a/l Sarangabani, Sarathy a/l Muthan, and Vello s (as Defendants). Saman ini telah didengar dan Orders telah dimasukkan pada 25 Julai 2014.
9. Pada tahun 2016, berdasarkan keputusan Mahkahmah pada 2014, Chellappa telah dinobatkan sebagai Pengurus Kuil yang sah.
Persatuan kuil berkenaan juga secara sukarela melepaskan hak mereka ke salah satu tanah yang dijanjikan dan dibayar ganti rugi RM1 juta oleh One City sebagai pampasan.
.
10. Pada tahun 2017, May 2017, pihak One City telah menghantar Notis Pengusiran (Eviction Notice) kepada pihak kuil.
Lokasi baru itu juga telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, sebagai tempat ibadat.
Kawasan tanah untuk lokasi baru adalah satu hektar, dan ruang tambahan 0.86 ekar di sebelah kuil akan membolehkan para penganut memarkir kenderaan mereka.
.
1 Jun 2017, isu menjadi panas semula apabila, Nagaraju bersama beberapa NGO telah menolak untuk mematuhi penghakiman persetujuan untuk berpindah, walaupun beliau telah menyetujui keputusan mahkhamah pada 2014.

Nagaraju dan NGO seperti Malaysian Indian Progressive Association (Mipas),Malaysian Indian Education Transformation Association (Mieta) telah menggunakan beberapa hujah untuk menolak cadangan pemindahan Kuil berkenaan ke tapak baru (2.7 KM) dari tapak lama, berikut adalah hujah mereka:

i. Sebuah pokok Ara yang berusia 140 tahun, ada ditanah tersebut, yang dianggap keramat kepada Masyarakat Hindu.
ii. Mempunyai merit sejarah bahawa Kuil berkenaan adalah berusia lebih 140 tahun dan perlu dikekalkan.
iii. Tapak baru bagi Kuil adalah dikawasan Muslim yang mana acara sambutan dikuil mungkin akan menggangu masyarakat setempat dan mewujudkan racial-tension.
Mereka juga memberi amaran kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah ini jika tidak mahu menerima ‘political backlash’.
6 Jun, Dato Seri Azmin (MB Selangor ketika itu) telah menasihatkan dan memujuk pemaju untuk meletakkan notis eviction mereka sebagai on-hold.
.

Disember 2017, isu ini ‘panas’ sebentar apabila dibangkitkan semula oleh Sivarasa and Santiago yang mana mana Kuil tersebut harus dikekalkan berdasarkan sejarah yang panjang sebagai Kuil di tanah bekas Estet tersebut.
.
11. Pada tahun 2018, 28 September, isu menjadi panas semula apabila satu Notis pengosongan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam,Selangor, yang mengarahkan Penghuni Kuil mengosongkan tapak pada atau sebelum 15 Oktober lalu.
.
16 Oktober, Menteri Perpaduan YB Senator P.Waytha Moorthy menasihatkan Masyarakat India untuk bertenang dan menegaskan bahawa beliau sedang menghubungi kesemua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
.
25 Oktober, Menerusi hantaran yang Viral di laman Facebook,kira-kira 300 individu yang tidak bersetuju Kuil itu dipindahkan bertindak berkumpul di Kuil berkenaan semasa urusan pemindahan dijalankan menyebabkan kesesakan teruk di Laluan Highway LDP
Seramai kira-kira 300 orang anggota Polis ditempatkan di lokasi terlibat bagi mengawal sebarang situasi tegang yang tercetus.
Selepas perbincangan, pemaju (One City) bersetuju untuk menangguhkan perobohan sehingga 22 November iaitu selepas perayaan Deepavali.
Pengurusan Kuil itu akan diambil alih oleh pasukan petugas khas yang diketuai oleh Aktivis Hindraf “Ramaji”, yang nama sebenarnya M Ramachandran.
YB Sivarasa berjanji untuk bertemu dengan MB(Menteri Besar/ Governor) Selangor sebelum 22 November untuk mencari penyelesaian isu tersebut.
.
31 Oktober, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau menasihatkan kepada pihak yang membantah untuk mengikut keputusan dan perjanjian di Mahkahamah pada 2014, beliau juga mengingatkan bahawa arahan untuk Kuil itu dipindah atas arahan Mahkamah bukan arahan Kerajaan Negeri Selangor.
17 November, kumpulan yang membantah persetujuan antara Jawatankuasa Kuil dan "housing developer" untuk berpindah merancang satu tunjuk perasaan(Demo)di luar Bangunan Parlimen minggu depan bagi meminta campurtangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun Mahkamah sudah membuat pada 2014.
Malah ada 2 orang penganut Hindu dikalangan Jawatankuasa juga telah memulakan mogok lapar menentang pemindahan Kuil tersebut.
Kumpulan “Save Seafield Sri Maha Mariamman Temple” berkata Kuil itu, yang dibina lebih 40 tahun lalu, adalah warisan sejarah dan tidak patut dipindahkan.
Ketua kumpulan itu, S Ramaju, menuduh Kerajaan Malaysia tidak peduli akan bantahan mereka.
“Ini adalah kerajaan baharu, tetapi tidak menawarkan penyelesaian dan tidak proaktif,” katanya, dan menambah mereka akan berhimpun di luar Parlimen pada 21 November ini, sehari sebelum perpindahan kuil itu.
“Kami mahu Perdana Menteri campurtangan dan bantu kami cari satu penyelesaian. Tiada orang dengar rayuan kami,” katanya.
.
21 November, sekumpulan penganut Hindu berdemonstrasi di depan Bangunan Parlimen bagi mempertahankan Kuil tersebut daripada dirobohkan pada tarikh akhir iaitu 22 November 2018.
Mereka telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya segera memberi perhatian kepada isu Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman di Ladang Seafield itu.Memorandum tersebut diterima oleh seorang pegawai tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri yang berjanji akan membawa isu itu ke perhatian Mahathir.
.
23 November, sekali lagi memorandum cuba dibawa ke Bangunan Parlimen oleh Ramaji, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman. Namun telah dihalang masuk kira-kira jam 5.50 petang semalam ketika ingin menghadiri perjumpaan bersama Menteri Perpaduan, P Waythamoorthy berhubung isu Kuil.
<img src="#Sri Maha Mariamman Temple Hicom.jpg" alt="Chronology Tarikh Pembinaan & Isu Panas,Sri Maha Mariamman Temple Hicom, Selangor Malaysia ">
                                               Ilustrasi photo
Beliau mendakwa telah dilarang masuk Parlimen kerana berpakaian Hindu.
Pada hari yang sama juga pihak pemaju dari One City telah menafikan bahawa mereka telah menangguhkan tarikh akhir 22 November kepada 29 November
.
25-26 November, telah diadakan mesyuarat tergempar bahawa akan ada usaha daripada pihak pemaju perumahan / 
"housing developer" untuk datang menghalau orang-orang di dalam Kuil dan memulakan kerja pembersihan Kuil mulai Isnin (26 November). Maka ramailah kaum Hindu turun tunggu di Kuil.
Pada pukul 2 pagi, sekumpulan lelaki Melayu (50-100 orang) berpakaian hitam yang dipercayai telah dibayar oleh pihak pemaju telah datang menyerbu Kuil dan mengarahkan orang untuk keluar, keadaan menjadi tidak terkawal dan perkara ini telah diviralkan di media sosial menggunakan fungsi live facebook.
Unsur-unsur Orang Melayu vs India, dan kononnya jeritan Allahu Akbar dijerit oleh kumpulan berkenaan telah didendangkan di dalam seruan meminta bantuan oleh pihak dari dalam Kuil berkenaan.
Maka ramailah dari kalangan orang India yang turun ke Kuil berkenaan dan berlakulah pertempuran dan pergaduhan diantara kumpulan lelaki Melayu tadi dengan orang yang turun memberi bantuan kepada Persatuan Kuil, ada yang cedera parah akibat dipukul secara beramai-ramai dari kedua-dua belah pihak.
Pertempuran tersebut akhirnya telah berjaya dikawal oleh LPF dan Polis Satuan Rusuhan FRU dan beberapa orang telah berjaya digari dan ditangkap oleh pihak Polis.
Di dalam kekecohan tersebut, beberapa buah truck pickup telah diterbalikan dan beberapa buah kereta juga telah dibakar.
.
Sebagai kesimpulan, isu ini bukanlah isu ‘planted’ yang dirancang secara tiba-tiba, Isu ini adalah Isu lama yang sudah berpanjangan sejak bertahun-tahun walaupun sepatutnya telah diselesaikan dengan cara keputusan peradilan Mahkahmah.
Namun mungkin kerana ada agenda daripada pihak-pihak tertentu isu ini menjadi panas dan semakin ‘complicated’
Diharapkan, kita sebagai rakyat Malaysia tidak termakan akan provokasi atau hasutan yang tidak sepatutnya seperti, bahawa kejadian semalam adalah kejadian rusuhan di antara kaum Melayu dan India, orang Melayu nak robohkan Kuil Hindu, ekstrimis Melayu atau Muslim dsbnya..
Walhal ianya adalah pergeseran-perselisihan komitmen di antara pihak pengurusan kuil dan juga pihak pemaju perumahan / "housing developer"  yang telah memakan hampir 20 tahun, namun tidak selesai-selesai lagi
Dan jujurnya saya rasa, ke semua pihak yang terlibat termasuklah pemaju perumahan / "housing developer" harus dipanggil dan disiasat sebelum masalah ini jadi lebih merebak-meluas dan tidak terkawal.
Sekian.
UPDATED:
Rupa-rupanya Kerajaan Selangor dibawah kerajaan BN (Barisan Nasional) sebelum ini, pada tahun 2001 pernah mengeluarkan sebuah surat kelulusan pengekalan tapak Kuil tersebut berdasarkan sebuah Mesyuarat Exco pada 08.08.2001.
Malah pada tahun 1993 sebuah surat daripada Timbalan Menteri Sumber Manusia (Tan Sri M. Mahalingam), juga pernah dikeluarkan daripada pejabat beliau yang telah berpendapat bahawa pihak Kuil berhak untuk menduduki tapak yang diduduki oleh Kuil tanpa sebarang gangguan berdasarkan perjanjian yang telah dimeterai oleh pemaju (SIME UEP) di mana pemaju telah bersetuju dengan syarat yang telah dikenakan oleh Majlis Mesyuarat EXCO Selangor pada tahun 1987 yang berbunyi,
“Pemaju dikehendaki memperuntukkan kawasan bagi maksud Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) seluas kira-kira 5 ekar dan tapak untuk Kuil Sri Maha Mariamman seluas kira-kira 1 ekar di tempat yang sedia ada.”



Courtesy to www.thepatriots.asia/kronologi-isu-sri-maha-mariamman-temple-hicom/
Kredit Photo Kuil Sri Maha Mariamman Temple Hicom ; by 
thepatriots.asia
Kredit Photo Kuil Hindu di Kota Mithi, Pakistan.by www.republika.co.id
Editor by Fortuna Networks.Com
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser