DAP Tahu New-Hero Perpaduan Melayu-Islam Dato’ Azwanddin Hamzah Mampu Satukan Kekuatan Melayu Via JMM

DAP Tahu New-Hero Perpaduan Melayu-Islam Dato’ Azwanddin Hamzah Mampu Satukan Kekuatan Melayu Via JMM
<img src="#Dato’ Azwanddin Hamzah.jpg" alt="DAP Tahu New-Hero Perpaduan Melayu-Islam Dato’ Azwanddin Hamzah Mampu Satukan Kekuatan Melayu Via JMM ">

“DAP takutkan tokoh & aktivis yang bernama Dato’ Azwanddin Hamzah kerana khuatir Jaringan Melayu Malaysia akan dapat menyatukan kaum Melayu-Islam bersama Gagasan Tiga (G3)” Raggie Jessy Rithaudeen
KUALA LUMPUR – Tiba-Tiba saja dunia politik Malaysia kembali bergetar dan bergegar dengan hebohnya isu seorang tokoh dan aktivis Melayu di introgasi Polis Daerah IPD Ampang,Kuala Lumpur, [AHAD,25hb November 2018].berkenaan ucapannya yang dilaporkan publik sebagai racis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, Pemimpin Gagasan Tiga [G3] iaitu Presiden Jaringan Melayu Malaysia[JMM] & Penasehat G3,Datuk Azwanddin Hamzah dan Penasehat Kehormat Gagasan Tiga Malaysia[G3] Raggie Jessy Rithaudeen hanya dipanggil untuk diambil keterangan sebagai sebahagian  daripada siasatan polis behubung ancaman rusuhan gaya 13 Mei terhadap penyokong DAP.
“Tiada tangkapan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
G3 ditubuhkan pada 21 November lepas bertujuan mahu menyatukan Umat Islam Melayu dan untuk menentang Parti Racist DAP.
Ia berikutan perdebatan mengenai rancangan awal kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Untuk selanjutnya mari kita telusuri latar-belakang tokoh New-Hero Perpaduan Bangsa Melayu-Islam ini @Datuk Azwanddin Hamzah;
    READ MORE
Tun Abdul Hamid Mohamad @ Former Chief Justice Of Malaysia, 'BICARA TENTANG KESAN PENGESAHAN #ICERD' 
#BANTAH ICERD; Himpunan Aman Rakyat Malaysia [81218] Dataran Merdeka Kuala Lumpur
#BANTAH ICERD: "Perang Belum Tamat", Mantan Ketua Hakim Ingatkan Bangsa Melayu

Kenyataan Exco PPSE Negeri Selangor V.Ganabatirau Veraman 'Kaitkan Orang Islam, Exco 'Gelabah' Edit Semula Status FB'



<img src="#Dato’ Azwanddin Hamzah.jpg" alt="DAP Tahu New-Hero Perpaduan Melayu-Islam Dato’ Azwanddin Hamzah Mampu Satukan Kekuatan Melayu Via JMM ">
                           Penasihat Kehormat Gagasan Tiga Malaysia (G3), Raggie Jessy Rithaudeen berucap pada Solidariti G3 berhubung pengumuman daripada Timbalan Ketua Polis Negara terhadap sembilan individu yang dikehendaki di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 25 NOVEMBER 2018

Biography

Dato' Haji Azwanddin Hamzah merupakan seorang ahli perniagaan, aktivis sosial dan politik. Beliau dikenali sebagai seorang yang lantang membangkitkan isu-isu berkaitan rasuah dan anasir-anasir luar yang mampu menggugat ketenteraman Malaysia 

Latar Belakang

Dato' Azwanddin dilahirkan pada 26 September 1973 di Kuala Lumpur.Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Noor Ainon Mohd Fadzil dan dikurniakan empat orang anak.
Dato' Azwanddin menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Lee Rubber, Gombak.Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa dimana beliau menduduki Sijil Rendah Pelajaran [SRP]. Disebabkan oleh tugasan ayahnya, beliau telah berpindah ke Sekolah Menengah Chong Hwa Sin,Di Kuala Terengganu,Negeri Terengganu, dimana beliau menduduki Sijil Pelajaran Malaysia[SPM] dan mendapat Pangkat Satu.

Dato' Azwanddin seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1995 dari University of Western Ontario, Kanada dan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian daripada universiti yang sama.
Disebabkan oleh Pendidikan awalnya di Sekolah aliran Cina dan kehidupan Universitinya di Kanada, tidak hairanlah apabila beliau mampu menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin dengan lancar.
Dato' Azwanddin juga mempunya minat yang mendalam dalam permainan bola sepak dan menunggang kuda. Beliau merupakan Presiden Jaringan Melayu Malaysia Football Club yang telah menjadi juara dalam Kuala Lumpur Football Association Super League bagi sesi 2016/2017.

Kerjaya

Dato' Azwanddin merupakan Pengerusi Syarikat T&D Construction Sdn. Bhd. sejak tahun 2010. Syarikat ini merupakan salah satu entiti dibawah rangkaian Kumpulan Syarikat T&D. Sektor pembinaan merupakan aktiviti perniagaan utama rangkaian ini disamping mereka mula melebarkan sayap mereka dalam bidang-bidang lain dengan pengkhususan dalam pembinaan berskala besar.
Selain itu juga, beliau merupakan ahli Dewan Perniagaan Malaysia - Indonesia yang berfokus kepada meningkatkan hubungan dua hala sektor swasta di antara Malaysia dan Indonesia menerusi penggalakkan peluang-peluang perniagaan dan pelaburan. Menerusi penglibatannya sebagai Ahli Perhubungan bagi Lanzhou Lanmarch eCommerce Techonology Ltd. yang berpangkalan di China, Dato' Azwanddin juga berjaya mempromosi produk-produk halal di Lanzhou dan China. Beliau juga merupakan Penasihat Kehormat bagi Koperasi Jaringan Melayu Selangor Berhad yang ditubuhkan untuk membantu usaha-usaha membangunkan status sosio-ekonomi masyarakat Melayu.
Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah Amanah Nusantara Nasional dari tahun 2015 ke tahun 2017. Badan ini merupakan badan perunding korporate untuk membangunkan Daerah Cirebon sebagai satu bandar integrasi bagi menampung pembangunan ekonomi nasional Indonesia.

Badan Bukan Kerajaan

Hubungan Serantau
Sebagai ahli Lembaga Yayasan Generasi Amanah Indonesia, Dato' Azwanddin berjaya mempromosikan kerjasama antara Negara -Negara ASEAN seperti MalaysiaIndonesiaSingapuraThailand
dan 
Filipina menerusi aktiviti-aktiviti kebajikan dan ekonomi. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam dalam industri kesenian terutamanya seni kebudayaan Melayu menerusi penglibatannya sebagai Timbalan Pengerusi Yayasan Nusantara

Pendirian Dalam Isu Anti Rasuah

Menerusi penglibatannya dalam pelbagai industri, Dato' Azwanddin merupakan seorang individu yang berpegang teguh kepada prinsip amanah, jujur dan integriti yang tinggi. Sehubungan dengan itu, beliau sangat lantang menyuarakan pandangan terhadap isu rasuah di Malaysia
Beliau merupakan bekas ahli Lembaga Pengarah Gerakan Anti-Rasuah (GERAK Malaysia) yang merupakan salah satu entiti sahabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Kini, Dato' Azwanddin merasakan bahawa usahanya adalah lebih baik disalurkan menerusi posisinya sebagai Pengerusi MyAduan Rasuah JMM yang telah dirasmikan oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia)

Jaringan Melayu Malaysia (JMM)

Jaringan Melayu Malaysia merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang bertujuan untuk mempromosikan keharmonian dan perpaduan kaum dengan menegakkan hak-hak Melayu atau Bumiputra disamping menegakkan Hak-Hak Bangsa lain. Khususnya, JMM menolak unsur-unsur luar yang boleh mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan kaum. JMM juga bertujuan untuk mempromosikan integriti pemimpin-pemimpin negara dalam menguruskan aset-aset negara.

Pada tahun 2011, JMM menerima perhatian media dan masyarakat apabila menentang isu-isu LGBTQ Sebagai seorang beragama Islam, dan menerusi posisinya sebagai Presiden JMM, Dato' Azwanddin menyuarakan kebimbangannya mengenai pengaruh LGBT dalam kalangan belia dan peningkatan kes-kes HIV dalam kalangan komuniti ini serta keruntuhan rumah tangga disebabkan isu-isu ini. Sudah tentu isu-isu ini menjadi kontroversi terutama dalam kalangan generasi Malaysia sekarang dan pandangan global yang liberal mengenai isu terbabit.

Cerebral Palsy

Isu penyakit cerebral palsy merupakan isu yang sangat dekat dihati Dato' Azwanddin disebabkan oleh salah seorang anaknya menghidap penyakit berkenaan. Beliau memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi menerusi penglibatannya sebagai salah seorang ahli Kumpulan Sokongan Keluarga Cerebral Palsy di Hospital Kuala Lumpur.

Pemerkasaan Belia

Dato Azwanddin percaya bahawa belia merupakan aset Malaysia yang terpenting. Pada tahun 2017, beliau menjadi Penaung kepada Rojak United iaitu satu badan perhubungan sukarelawan belia yang berfokus kepada kajian data dan penglibatan mereka dalam isu-isu tempatan.

Anugerah

Dato' Azwanddin menerima anugerah Darjah Indera Mahkota dari Sultan Pahang pada bulan Oktober 2016 yang membawa gelaran Dato'. Pada tahun 2018, beliau menerima pangkat Kolonel Kehormat Pertahanan Awam.[*]
(Courtesy to;ms.wikipedia.org/Azwanddin_Hamzah)
( Kredit Photo Dato' Azwanddin; www.jmm.com.my/)

*Editor by Fortuna Networks.Com
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser