#Anti-ICERD Rally Updates [8/12/2018] "Himpunan #Anti_ICERD Hanya Satu Langkah Permulaan"

#Anti-ICERD Rally Updates [8/12/2018] "Himpunan #Anti_ICERD Hanya Satu Langkah  Permulaan"
<img src="#Anti-ICERD Rally.jpg" alt="#Anti-ICERD Rally Updates [8/12/2018] "Himpunan #Anti_ICERD Hanya Satu Langkah  Permulaan">

 FORTUNA NETWORKS.COM | PADA 13 Julai 2018 yang lalu, Pusat Penyelidikan Parti PAS (PPP) telah mengunjurkan akan berlaku satu Himpunan Umat Islam mengulangi himpunan seumpamanya yang telah berlaku pada tahun 1946. Himpunan ini digembeleng sebagai tindak balas Umat Islam terhadap usaha Parti DAP yang berterusan berusaha merealisasikan "Gagasan Malaysian Malaysia" dalam kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) pada hari ini.
Parti DAP secara terang ataupun secara sembunyi cuba untuk merungkaikan Empat[4] Sendi Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjadi perjanjian kontrak sosial terbentuknya negara ini.

<img src="#Anti-ICERD Rally.jpg" alt="#Anti-ICERD Rally Updates [8/12/2018] "Himpunan #Anti_ICERD Hanya Satu Langkah  Permulaan">
 (Unit Amal Parti PAS (Unit Keselamatan PAS,seperti KOKAM nya Muhammadiyah) Siap -Siaga untuk menjaga dan mengawal perhimpunan Aman #Anti_ICERD)
Dan terbukti kini, pada Sabtu [8 Disember 2018], Himpunan Umat Islam tersebut benar-benar telah berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Himpunan yang digerakkan oleh UMMAH, gabungan NGO-NGO Melayu-Islam, turut menarik penyertaan dua parti yang terbesar di Malaysia iaitu PAS dan Umno, serta turut disertai oleh ramai tokoh-tokoh negara yang terkenal. Diyakini himpunan kali ini akan mengulangi himpunan besar Umat Islam seperti pada tahun 1946, yang seterusnya akan menjana kesan yang besar kepada lanskap politik Malaysia.

Meskipun perkara yang menarik Umat Islam berhimpun pada kali ini adalah untuk menolak #ICERD, hakikat sebenar perjuangan mereka ialah untuk menghumban ke laut "Gagasan Malaysian Malaysia" yang didukung oleh DAP.

Selama mana DAP terus memperjuangkan gagasan tersebut seperti mana yang tersurat dalam Perlembagaan Parti DAP dan menjadikan #Deklarasi_Setapak sebagai matlamat mereka, maka ancaman seumpama ICERD ini ke atas Umat Islam tidak akan berakhir. PPP melihat ICERD ini hanya satu instrument untuk mencapai gagasan Malaysian Malaysia.
<img src="#Anti-ICERD Rally.jpg" alt="#Anti-ICERD Rally Updates [8/12/2018] "Himpunan #Anti_ICERD Hanya Satu Langkah  Permulaan">
                                     (DR MOHD ZUHDI MARZUKI )

Sehubungan dengan itu, PPP (Pusat Penyelidikan Parti PAS) mendesak DAP meninggalkan gagasan Malaysian Malaysia yang mereka warisi daripada Parti PAP, sebagaimana yang dipelopori oleh Lee Kuan Yew sewaktu Singapura berada dalam Malaysia. 

DAP harus meminda perkara-perkara tertentu dalam perlembagaan parti itu, yang berkaitan langsung dengan gagasan Malaysian Malaysia yang mereka perjuangkan. Perjuangan DAP tersebut jelas bertentangan dengan empat tonggak dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kontrak sosial terbentuknya Negara Malaysia yang aman dan saksama.

Sekiranya DAP berterusan memperjuangkan gagasan Malaysian Malaysia yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, maka Himpunan Umat Islam pada 8 Disember 2018 tersebut, hanyalah sebagai satu permulaan.

Sekiranya DAP enggan berbuat sedemikian, dengan kedudukan mereka sebagai parti yang mendominasikan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan-kerajaan Negeri, diyakini mereka akan terus berusaha merealisasikan gagasan tersebut secara terang atau sembunyi. ICERD adalah satu contoh usaha mereka secara terang yang mengundang kemarahan Umat Islam.
       
Oleh; DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser