TUN MAHATHIR Hanya Cetus Polemik Dan Kekeliruan Tentang "Sekolah Kebangsaan Telah Berubah Menjadi Sekolah Agama"

TUN MAHATHIR Hanya Cetus Polemik Dan Kekeliruan Tentang "Sekolah Kebangsaan Telah Berubah Menjadi Sekolah Agama"

<img src="TUN MAHATHIR.jpg" alt="TUN MAHATHIR Hanya Cetus Polemik Dan Kekeliruan Tentang "Sekolah Kebangsaan Telah Berubah Menjadi Sekolah Agama">

#FORTUNA NETWORKS.COM | KITA Tak pernah lupa, Tun Mahathir (Tun M) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 Memerintah selama 22 tahun (1981-2003) Dan selama itu juga beliau memimpin  Persidangan Umno sebanyak 22 X ,Tun M sentiasa akan berpidato dengan melempar polemik ke masyarakat Melayu khususnya ,Hingga mencetus pelbagai kekeliruan pandangan masyarakat. Satu doktrin yang beliau selalu ulang-ulang setiap berpidato pada Persidangan Umno tersebut , yang saya tak boleh lupa adalah; "Melayu Pemalas, Melayu Pemalas" dan pelbagai symbol tentang kerendahan dan melecehkan watak Orang Melayu yang selalu beliau ucapkan berulang-ulang (tak sanggup nak tulis lagi,..)  
(Kalau kita bicara pasal sikap "pemalas", Pak Arab di Timur Tengah tu lagi pemalas daripada Bangsa Melayu Nusantara Ini, Tapi kenapa hidup Pak Arab tu boleh senang lenang, kaya raya, lahir-lahir saja dah ada wang dalam akaun Bank bayi-bayi mereka..Sampai disini faham-faham saja Anda sebabnya..!!)
Walau demikian kita Bangsa Melayu/ Malaysia ini ,bukanlah bangsa yang tak mengenang jasa-jasa orang/pemimpin negara kita yang telah menabur bakti kepada Negara Malaysia Tercinta ini. Sebagai teladan, Tun M ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau juga telah berjaya membawa pelbagai pembangunan melalui Dasar-Dasar dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan Negara-Negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah Negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah Negara 'Harimau Ekonomi Asia'[1]

Seperti ulasan saya diatas, dimana Tun M, selalu (malah, seperti kebiasaan beliau) melontar polemik ke masayarakat hingga mencetuskan kekeliruan, seperti pada 
pada 21 Disember, 2018 lalu, Tun M dalam laporan akhbar tempatan beliau berucap di Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) dengan berkata “Sekolah Kebangsaan telah berubah jadi sekolah agama”

Ucapan Tun M tersebut mendapat ulasan dan tanggapan meluas dikalangan masyarakat khususnya Masyarakat Islam/ Melayu diantaranya adalah ulasan 

Mohamad Raimi Ab Rahim,Presiden NGO-ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)  menyifatkan kenyataan Tun M tersebut yang mendakwa sekolah kebangsaan bertukar menjadi sekolah agama hanya akan mencetuskan kekeliruan.

"ABIM tidak menafikan keperluan kajian semula kurikulum yang mana perlu mengambil kira perubahan di peringkat global seperti penguasaan kemahiran tertentu dalam menghadapi Revolusi Perindustrian keempat.
"Bagaimanapun, kenyataan yang mengatakan bahawa sekolah kebangsaan telah bertukar menjadi sekolah agama hanya akan mencetuskan kekeliruan yang boleh menutup ruang kepada sebarang penyelesaian di atas sebarang persoalan berkaitan yang diketengahkan," katanya dalam kenyataan media saat itu (Via, MKini 23 Dis 2018)

Selanjutnya, untuk melengkapi pembahasan tentang polemik dan ulasan ucapan Tun M tersebut, Mari kita simak berikut ini, ulasan yang cukup bernas dan komplit oleh Tun Abdul Hamid Mohamad,Mantan 
Ketua Hakim Negara Malaysia (Former Chief Justice of Malaysia);

Be Smart,Read More;
Tun Abdul Hamid Mohamad @ Former Chief Justice Of Malaysia, 'BICARA TENTANG KESAN PENGESAHAN #ICERD'
#BANTAH ICERD: "Perang Belum Tamat", Mantan Ketua Hakim Ingatkan Bangsa Melayu
#ICERD Tidak Memberi Kesan Kepada Agama?Teladani Pengajaran Dari Iran, Qatar, Tunisia & Arab Saudi

<img src="TUN MAHATHIR.jpg" alt="TUN MAHATHIR Hanya Cetus Polemik Dan Kekeliruan Tentang "Sekolah Kebangsaan Telah Berubah Menjadi Sekolah Agama">


"Saya merujuk kepada berita yang disiarkan di akhbar-akhbar internet yang melaporkan ucapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bertajuk “Sekolah Kebangsaan telah berubah jadi sekolah agama” atau yang serupa dengannya. Berita itu adalah laporan ucapan beliau di majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) pada 21 Disember, 2018.

 Katanya:

 “Sekolah Kebangsaan di Negara ini telah berubah menjadi ke arah Sekolah Agama.

Justeru bagi memperkasakan kembali sistem pendidikan di negara ini, Kerajaan akan mengkaji semula Kurikulum Sekolah yang sedia ada.

Jelas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad Kurikulum di Sekolah perlu memberi penekanan untuk menguasai mata pelajaran yang boleh menghasilkan graduan yang berkualiti dan tidak memberi tumpuan semata-mata kepada Mata Pelajaran Agama.

 “Seseorang telah mengubah Kurikulum Sekolah dan sekarang Sekolah Kebangsaan telah berubah menjadi Sekolah Agama.

"Mereka semua hanya belajar tentang Agama Islam dan tidak mempelajari yang lain dan keputusannya lepasan pelajar tidak berapa pandai Mata-Pelajaran yang berguna untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya pada Majlis Makan Malam pada Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) 2018 di sini pada hari Jumaat.

 “Hasilnya, pelajar tidak berapa mahir dalam subjek-subjek yang akan membantu mendapatkan kerja, tetapi mereka menjadi Ulama,"

 Perenggan terakhir ini adalah seperti yang dilaporkan oleh Media Kosmo online. Tiga perkataan terakhir itu tidak terdapat dalam beberapa laporan lain. Saya percaya, mereka merasa tidak selesa untuk melaporkannya.

 Media Malaysiakini serta merta menyokong kenyataan itu. Dalam ulasannya, Malaysiakini, antara lain, berkata: "Dr Mahathir Mohamad betul. Sekolah Kebangsaan telah menjadi "sekolah agama" dan ramai pasti gembira bahawa Perdana Menteri berhasrat untuk membetulkan keadaan.

Mahathir sebenarnya telah menyentuh nota yang betul, kerana banyak kumpulan telah menyatakan keprihatinan mengenai keterlaluan memasukkan 'agama' dalam sukatan pelajaran(syllabus/silabus) sekolah semasa. "
 (Terjemahan Tun Abdul Hamid)



Saya juga temui rencana yang ditulis oleh seorang berketurunan Cina dan seorang yang berketurunan India yang menyahut baik kenyataan Tun Dr. Mahathir itu dan mendesak supaya keadaan itu dipatah balik semula.
Penulis berketurunan India itu mendesak pula supaya sekolah Aliran Bahasa Inggeris diwujudkan semula, di samping sekolah-skolah Aliran Cina dan India.

Ketua Party DAP, Lim Kit Siang menyatakan "bahawa membetulkan keadaan itu merupakan cabaran yang paling besar. Ia mungkin akan membangkitkan bantahan seperti bantahan ratifikasi ICERD sekali lagi".

Saya hanya menemui seorang berketurunan Melayu yang menulis dan mengatakan bahawa Tun Dr. Mahathir tersilap fakta atau confused dengan Sekolah Kafa (Kelas Fardhu 'Ain). Sebagai seorang yang mempunyai anak bersekolah, beliau tahu kenyataan Tun Dr Mahathir itu salah, katanya.

Kita tumpukan kepada apa yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir itu dahulu.

 Saya percaya ucapan Tun Dr. Mahathir itu bukan satu ucapan bertulis yang dibacanya. Jika tidak, saya percaya ayat ini tidak berbunyi demikian:

 “Mereka semua hanya belajar tentang agama Islam dan tidak mempelajari yang lain.”


Tetapi, sama ada disengaja atau tersilap fakta atau beliau confused dengan Sekolah Kafa atau Sekolah Ma’had Tahfiz, ia telah diucapkan, disiarkan dan dijadikan alasan oleh penulis-penulis bukan Islam untuk mengunanya bagi menyokong agenda mereka.

Kita kena menerima bahawa Tun Dr. Mahathir telah mengeluarkan kata-kata yang dipetik itu dan bertanggungjawab mengenainya. Maka ulasan saya ini adalah berdasarkan apa yang dikatakannya itu.

Tun Dr. Mahathir mengatakan Sekolah Kebangsaan telah berubah menjadi Sekolah Agama semata-mata berdasarkan Kurikulum Sekolah itu dan bukan atas alasan-alasan lain seperti pakaian, aktiviti keagamaan dan lain-lain. Maka ulasan ini pun tertumpu kepada alasan itu sahaja.

 Sama ada Sekolah Kebangsaan telah berubah menjadi Sekolah Agama atau tidak adalah, "soal pendapat". Saya tidak akan berhujah mengenainya. Saya akan lebih menumpukan kepada alasan yang diberinya.

Kurikulum Pelajaran memang perlu dikaji semula dari semasa ke semasa dengan tujuan menambahbaikkan dan mengemaskini.

Saya tiada masalah dengan perenggan empat petikan ucapannya di atas.

Kenyataan bahawa “Seseorang telah mengubah Kurikulum Sekolah dan sekarang Sekolah Kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama” adalah 'TIDAK BETUL SAMA SEKALI',!. Sejarah menunjukkan Kurikulum Sekolah Rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). (Ambil perhatian, Tun Dr. Mahathir menjadi Menteri Pendidikan daripada tahun 1974 hingga 1978 dan Perdana Menteri daripada tahun 1981 hingga 2003.)

 Selaras dengan ucapan YAB Perdana Menteri (Tun Abdullah Badawi) di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2006, KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011.

Sekurang-kurangnya Tun Dr. Mahathir tentu tahu apa yang berlaku daripada tahun 1974 hingga tahun 2003.

 Kenyataan Tun M, bahawa "Mereka semua hanya belajar tentang Agama Islam dan tidak mempelajari yang lain….” adalah sangat keliru dan salah sama sekali,!.

Carian rambang melalui internet menghasilkan peruntukan masa bagi mata-mata pelajaran berkenaan adalah seperti berikut (Supaya ringkas saya hanya menunjukkan mata-mata pelajaran teras asas sahaja):

Tahun 2 dan 3 Sekolah Rendah Kebangsaan:

Pengurusan Kehidupan: 240 jam setahun

Asas 3M (BM, BI, Mat: 192 jam setahun

Pendidikan Seni Kreatif: 240 jam setahun

Pendidikan Moral/ Islam: 96 jam setahun

Pendidikan Jasmani: 64 jam setahun

Dalam kata-kata lain masa yang diperuntukkan bagi Pendidikan Islam hanya 96/832 jam setahun atau 11.5%.

Bagi Tahun 4,5 dan 6 Sekolah Rendah Kebangsaan:

Bahasa Malaysia: 96 jam setahun

Bahasa Inggeris: 64 jam setahun

Matematik: 80 jam setahun

Pengurusan Kehidupan: 96 jam setahun.

Pendidikan Seni Visual: 32 jam setahun

Pendidikan Music: 32 jam setahun

Pendidikan Moral/Islam: 96 jam setahun

Pendidikan. Jasmani dan Kesih: 48 jam setahun

Pendidikan. Sains, Alam Sekitar : 80 jam setahun

Teknologi Maklumat: 32 jam setahun

Dalam kata-kata lain masa yang diperuntukkan bagi Pendidikan Moral/Islam hanya 96/656 jam seminggu atau 14.6%.

Bagi Sekolah Menengah Rendah pula:

Bahasa Melayu: 4 jam seminggu

Bahasa Inggeris: 3.5 jam seminggu

Pendidikan Moral/Islam: 4 jam seminggu

 Metamatik: 3.5 jam seminggu

Sains 3.5 jam seminggu

Sejarah 2 jam seminggu

Dalam kata-kata lain masa yang diperuntukkan bagi Pendidikan Moral/Islam hanya 4/20.5 jam seminggu atau 19.5%.

Bagi Sekolah Menengah Atas pula (mata pelajaran teras sahaja):

 Bahasa Melayu: 4 jam seminggu

Bahasa Inggeris: 3.5 jam seminggu

Pendidikan Moral/Islam: 3 jam seminggu

Metamatik: 3.5 jam seminggu

Sains 3.5 jam seminggu

Sejarah 2 jam seminggu

Dalam kata-kata lain masa yang diperuntukkan bagi Pendidikan Moral/Islam hanya 3/19.5 jam seminggu atau 15.3%.

Angka-angka ini dengan jelasnya menunjukkan keadaan sebenar.! 

Mengenai ayat terakhir yang beliau dilaporkan berkata, Pelajar-pelajar itu “tidak berapa mahir dalam subjek-subjek yang akan membantu mendapatkan kerja,” Pengajaran Ilmu Agama tidak boleh disalahkan kerana premis hujah beliau bahawa “Mereka semua hanya belajar tentang agama Islam dan tidak mempelajari yang lain….” Adalah salah.!
 Dalam kata-kata lain, kita tidak boleh menyalahkan Pembelajaran Ilmu Agama Islam jika pelajar-pelajar itu tidak berapa mahir dalam subjek-subjek lain.

Phrasa “tetapi mereka menjadi ulama," nyata salah tempatnya. Beliau bercakap berkenaan sekolah, bukan Universiti. Seorang pelajar berkelulusan Sekolah Menengah Kebangsaan tidak menjadi atau digelar Ulama'. 

Saya pun pernah mengkritik penyalahgunaan perkataan “Ulama'” di Negara ini. Tetapi, itu berlainan daripada apa yang dikatakan beliau.

 Adalah menyedihkan mendengar Seorang Negarawan seperti Tun Moohamad membuat ucapan seperti itu. Itu bukanlah mutu ucapan yang kita harapkan daripada beliau. Mungkin, di umur beliau dan sebagai Perdana Menteri, beliau tidak patut menerima jemputan jamuan makan malam bekas pelajar sekolah lagi, walaupun sekolahnya sendiri. Malah, beliau patut mengelak membuat kenyataan akhbar, apatah lagi menjawab soalan-soalan secara spontan. Tidak dapat tidak kesilapan akan berlaku.

Di Malaysia, daripada ingatan saya, 'amalan Perdana Menteri menjawab soalan-soalan wartawan secara spontan itu dimulakan oleh beliau. Tetapi, dahulu beliau masih muda'.

Yang gembira adalah pengaran-pengarang akhbar online dan pembaca-pembaca yang menunggu sesuatu yang tidak baik dikatakan mengenai Islam. Mereka ada agenda sendiri. Apabila Perdana Menteri membuat kesilapan dan berkata sesuatu yang tidak baik terhadap Islam, mereka terus melompat dan menyahut “betul” dan mengambil kesempatan membuat desakan bagi mencapai agenda mereka, termasuk menuntut dikurangkan masa untuk pelajaran Agama Islam dan diadakan semula Sekolah Aliran Inggeris, bersama-sama Sekolah Aliran Cina dan India.

Yang menghairankan ialah mengapa mereka begitu gembira menyahut ucapan Perdana Menteri itu? Mereka tidak menghantar anak-anak mereka belajar di Sekolah Kebangsaan. Jika anak-anak mereka belajar di Sekolah Kebangsaan pun, anak-anak mereka dikecualikan daripada kelas-kelas agama itu. Adakah semua itu disebabkan oleh kebencian mereka terhadap Agama Islam yang mendalam?

Saya belajar di Sekolah Roman Catholic selama dua tahun semasa dalam tingkatan enam. Setiap pagi, selama 45 minit, diadakan kelas agama untuk pelajar-pelajar beragama Roman Catholic. Pelajar-pelajar lain, termasuk Islam, diletakkan dan kelas “Moral Instruction”. Tiada sesiapa menyalahkannya.

 "Sekarang, di Sekolah-Sekolah Kebangsaan, hampir kesemua pelajarnya adalah Melayu/Islam, Mengapa orang bukan Islam menyibuk?

Adakah mereka tidak suka Pelajar Islam diajar Pelajaran Agama Islam? Sampai Pelajaran Agama Islam yang diajar kepada Pelajar-pelajar Islam pun mereka hendak campur tangan!

Kepada Lim Kit Siang, Saya katakan dan tekankan, Jika jadual untuk Pembelajaran Agama Islam dikurangkan atas alasan yang salah, tentu sekali Orang Melayu marah. "Jangan lupa betapa besarnya cabaran yang akan dihadapi jika Kerajaan hendak menutup Sekolah-Sekolah Aliran Cina dan India, sedangkan itulah antara sebab utama polarisasi kaum"!

Mengatakan bahawa Pelajar-Pelajar Sekolah Kebangsaan hanya diajar Ilmu Agama Islam adalah tidak betul. Mengatakan, oleh sebab itu pelajar-pelajar lulusan sekolah kebangsaan “tidah fasih” (lemah) dalam mata pelajaran lain juga adalah tidak tidak betul.!

Daripada pemerhatian Saya, latar belakang, keadaan sekitar, tahap akonomi dan availability sumber pembelajaran adalah factor penting. Sebab itu, pelajar-pelajar kampung yang dipilih untuk belajar di MRSM (Maktab Rendah Sain Mara) mencapai prestasi cemerlang. Memanglah mereka pelajar-pelajar terpilih. Tetapi, apabila diletak dalam persekitaran dan kemudahan sumber yang lebih baik, mereka mencapai kejayaan yang lebih baik. 'Jangan lupa Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah itu jugalah yang memenangi berbagai-bagai pertandingan, termasuk Sains, di peringkat Antara Bangsa, malah Dunia'.! 

Saya akui, umumnya, terdapat kelemahan dalam penguasaan Bahasa Inggeris, terutama sekali dalam percakapan atau lisan di kalangan Pelajar-pelajar Melayu.. Sepatutnya, seorang pelajar yang diajar bahasa itu daripada darjah satu hingga ke tingkatan lima, selama 11 tahun, paling kurang boleh bercakap dengan fasih. !

Tetapi, dari pemerhatian saya, pelajar-pelajar luar bandar, di mana bahasa Inggeris tidak digunakan langsung di rumah dan di kampungnya, malah mungkin dianggap sebagai “kurang-Islam” atau “tak-Islam”, tidak yakin atau “malu” untuk bercakap Inggeris walaupun setelah mereka lulus Universiti dan bekerja berpuluh-puluh tahun hingga menjadi Professor, Hakim dan Doctor.

 Sebaliknya, semasa di Sekolah Rendah Inggeris di Daerah Prai, Pulau Pinang, Saya dapati pelajar-pelajar keturunan India yang tinggal di Prai, walau pun Bapa mereka hanya pekerja sebagai buruh Keretapi Tanah Melayu, bercakap dalam bahasa Inggeris dengan lancar dalam perbualan harian, walaupun mereka bukanlah pandai dalam darjah, termasuk Bahasa Inggeris.

Sebabnya ialah kerana mereka hidup dalam satu masyarakat yang merasa megah apabila bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Kesimpulannya, kita tidak boleh menyalahkan Pengajaran Pendidikan Agama Islam sebagai sebab kelemahan Pelajar-pelajar Melayu dalam mata-mata pelajaran lain, jika mereka betul lemah dalam mata-mata pelajaran lain sekali pun.

====================

Penulis Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad.( www.tunabdulhamid.my /26 12 2018)
Editor by Admin FortunaNetworks.Com

Kredit Image ;‘Gadis Kerbau Pink’ & Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom
by (
https://www.gpsbestari.com)
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser