#YADIM;"Pelantikan Ahli Politik Kontroversi" Akan Undang Masalah Kepada Institusi Islam & Negara

#YADIM;"Pelantikan Ahli Politik Kontroversi" Akan Undang Masalah Kepada Institusi Islam & Negara
#FORTUNANETWORKS.COM | PELANTIKAN ahli-ahli politik daripada parti komponen Pakatan Harapan(PH) diletakkan untuk menerajui Institusi atau badan penting Negara dan Awam dilihat bukan lagi langkah intervensi untuk kepentingan sosial dan mencapai tujuan organisasi. Sebaliknya pelantikan sepenuhnya melibatkan kalangan ahli politik di kedudukan berkaitan jelas menunjukkan perlumbaan rakus membolot jawatan antara parti-parti berkenaan.
Sikap ‘kebulur’ jawatan dengan memfaraidkan kedudukan yang ada ternyata bersifat untuk memenuhi keperluan dan kepentingan parti. Natijahnya, diyakini usaha ke arah menggerakkan urus tadbir yang profesional dan mencapai matlamat penubuhan Institusi berkenaan akan terkandas. Hanya akan membiakkan lagi "Kronisme", "Nepotisme" dan "Kleptokrasi" yang dulu ditentang kini kembali berulang.
Harapan Rakyat Malaysia bagaikan musnah melihat segala janji dan komitmen dinyatakan dahulu semuanya adalah kepalsuan dan penipuan. Hasrat melihat Institusi atau Badan/Lembaga berkenaan bebas dari pengaruh politik, berintegriti dan diyakini awam, profesional dan cemerlang, kini hanya tinggal kenangan. Sedangkan, ianya dinyatakan sendiri oleh pemimpin-pemimpin yang sedang memegang tampuk kuasa ketika ini.
<img src="#YADIM&PH.jpg" alt="#YADIM;"Pelantikan Ahli Politik Kontroversi" Akan Undang Masalah Kepada Institusi Islam & Negara">
#YADIM, "Sudah boleh ditukar nama kepada YAHARAPAN.Tahniah kepada para pengundi2 pada PRU14 lalu". 
"Semua jawatan hendak disapu dan diberi kepada anak-bini. Sehingga dalam Yayasan Islam pun nak dibahagi-bahagi kepada orang-orang mereka".

Be Smart,Read More;
DAP Tahu New-Hero Perpaduan Melayu-Islam Dato’ Azwanddin Hamzah Mampu Satukan Kekuatan Melayu Via JMM
Tun Abdul Hamid Mohamad @ Former Chief Justice Of Malaysia, 'BICARA TENTANG KESAN PENGESAHAN #ICERD'


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika di Langkawi pada November tahun lalu(2018) menjamin bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan melantik "Penyokong Parti" memegang jawatan dalam Jabatan atau Institusi di bawahnya. Sebaliknya tegas beliau, mahukan ia dianggotai kalangan mereka yang terlatih dan cekap bagi mengembalikan pentadbiran terbaik dan menjamin masa hadapan.
Nada seumpama pernah disuarakan juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Sadiq Syed Abd Rahman dan Naib Presiden PKR (Parti Keadilan Rakyat), Rafizi Ramli yang menolak lantikan ahli politik ke jawatan berkaitan sukan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Namun kini, pelantikan yang sedang dilakukan mencabuli pendirian sendiri dan hasrat banyak pihak khususnya rakyat atas impian perubahan diharapkan.
Sekaligus, "Reformasi Institusi" yang dilaungkan PH hanyalah retorik manis memperdayakan Rakyat Malaysia. Malang lagi, bukan sahaja dilantik dalam kalangan ahli politik, tetapi juga mereka yang terkenal dengan kontroversi. Paling ketara adalah kelayakan profesionalisme dan kepakaran individu yang dilantik itu. Hampir pasti, mereka itu sebenarnya dilihat sebagai proksi mewakili motif parti masing-masing.

Demikian itu, campur tangan secara eksklusif bakal berlaku. Paling dirisaukan terkini adalah atas Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang menyaksikan ‘penguasaan’ langsung ahli politik PAN dan Parti DAP, sedangkan ia Institusi berkaitan kepentingan Islam. Apakah kredibiliti DAP terhadap hal ehwal Islam di Negara ini, sedangkan PAN pula bukan lagi rahsia adalah ‘khadam’ yang mengikut telunjuknya.
Apakah tiada lagi kalangan pakar dalam Negara ini sesuai dilantik di kedudukan berkenaan? Atau inilah petunjuk bahawa PH mengenepikan mereka yang berkelayakan? Atau sebenarnya PH gagal mendapat kepercayaan golongan tersebut? Mungkin inilah sebabnya dapat dilihat berlakunya perletakan jawatan ramai profesional dan pakar dari institusi atau badan berkaitan sejak PH memerintah.
Wallahu'Alam bissawab.
“Islam Memimpin”
“Terus Mara”
Penulis; IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia -
Via, HARAKAHDAILY 30/1/2019

Editor by Admin www.fortunanetworks.com
Kredit Image by TunCarlos/FB
____________________

Be Smart,Read More;
TUN MAHATHIR Hanya Cetus Polemik Dan Kekeliruan Tentang "Sekolah Kebangsaan Telah Berubah Menjadi Sekolah Agama"


#ICERD Tidak Memberi Kesan Kepada Agama?Teladani Pengajaran Dari Iran, Qatar, Tunisia & Arab Saudi

Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser