Apa Yang Pakatan Harapan @Regime DAP Benci Sangat Pada Penjawat Awam?

Apa Yang Pakatan Harapan @Regime DAP Benci Sangat Pada Penjawat Awam?

"Setelah Melihat Nasib Malang Penjawat Awam Di bawah Pentadbiran PH, Soalnya, Apa yang PH@ Regime DAP Benci Sangat Pada Penjawat Awam?"

1. Pada Hari Juma'at (13/12/2019) , Timbalan Menteri JPM, Hanipa Maidin dilaporkan berkata, kerajaan sedang merancang untuk mengurangkan 5% perjawatan awam secara berperingkat sehingga 2021. (malaysiakini.com/news/503576)

2. Menurut Ahli Parlimen Sepang (AMANAH) yang tidak tahan sejuk di Dewan Rakyat itu, setakat ini kerajaan menanggung 1.7 juta perjawatan awam. Jumlah penjawat awam ialah 1.57 juta.

3. Tidak dijelaskan bagaimana pengurangan ini dapat menampung lambakan siswazah/graduan nanti. Paling kritikal ialah, Negara kekurangan kakitangan hospital awam, khususnya doktor dan jururawat.

4. Apapun, rekod menunjukkan PH@Regime DAP sememangnya zalim terhadap penjawat awam.

5. Pada 1 November 2011, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua pernah mendesak agar jumlah penjawat awam dikurangkan (laporan Sin Chew Daily). Pada 25 Oktober 2016, Tony mengulangi kenyataan yang sama (laporan Free Malaysia Today).
6. Selepas Tony Pua berkuasa di MOF sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan, ternyata desakannya mula dilaksanakan.

7. Pada 26 Disember 2018, JPA keluarkan pekeliling arahan Regime DAP/ PH supaya saiz perkhidmatan awam dikecilkan 1% pada 2019.

8. Seawal Regime DAP/PH menguasai Putrajaya, seramai 17,000 penjawat awam hilang pekerjaan kerana diberhentikan atas alasan mereka ini lantikan politik. Manakala itu, 92 agensi di bawah JPM (Jabatan Perdana Menteri) dikurangkan kepada 40 agensi dan 19 dimansuhkan.
Berapa ramai lagi yang hilang pekerjaan atas rombakan dan pemansuhan ini? Berapa ramai pula yang kontraknya tidak disambung?

9. Beberapa Agensi di bawah kementerian lain turut mengalami nasib serupa. Ramai yang diserap agensi lain, menerima gaji yang jauh lebih rendah (sehingga 60%) daripada sebelumnya.

10. Pada 4 September 2019, kerajaan cadang mahu hentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu bermula tahun 2020.

11. Penjawat awam turut dituduh mensabotaj kerajaan. Contohnya, KSU MOA 'disejuk beku' ke JPA pada hujung November lepas berikutan terbongkarnya flip-flop tender Menteri Pertanian-NAFAS.

12. Pada 13 Julai 2019, Penjawat Awam Undang-Undang ditekan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang berikutan kes rayuan balas pendakwaan Kes Hina Raja Wan JI Wan Hussin. Lim mahu Timbalan Pendakwa Raya mematuhi Manifesto DAP/PH.

13. Pada 6 Disember 2019, Peguam Negara, Tommy Thomas berikrar mahu ambil tindakan ke atas pegawai-pegawainya di Pejabat Peguam Negara berhubung kes BAFIA-NFC Rafizi Ramli.

14. Pasukan Polis turut menerima tekanan daripada Regime DAP/PH, khususnya pemimpin DAP dalam kes LTTE-SOSMA, kes penjenayah ditembak dan usaha menubuhkan IPCMC.

15. Penjawat Awam terus dikambing hitamkan. Pada 27 November 2019, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa (Sg Buloh-PKR) mendakwa penahanan 12 individu terlibat LTTE adalah disebabkan wujudnya gerakan daulah terpendam (deep state) dalam pasukan polis dan pegawai di Pejabat Peguam Negara.

16. Melihat kepada kepada isu sara hidup dan kebajikan pula, Apa lebihnya yang dinikmati penjawat awam di bawah kerajaan PH? Kali terakhir sebelum bertukar kerajaan, penjawat awam terima RM1,500 bayaran khas pada 2018.

17. Setelah melihat nasib malang penjawat awam di bawah pentadbiran PH, soalnya, Apa yang PH@DAP benci sangat pada penjawat awam?

18. Alasan 'penjawat awam terlalu kenyang' adalah satu penghinaan. Alasan penjimatan juga tidak munasabah apabila 'Jutaan Wang Rakyat Malaysia' telah dibelanjakan untuk projek tidak berpulangan seperti "Kempen Sayangi Sawitku", Lawatan ke luar Negara, projek jalur lebar dan banyak lagi.

Rakyat Malaysia Jangan Mahu Tertipu Lagi dengan Dakyah Songsang, Fitnah & Info HOAX by Cybaitors & Pimpinan Regime DAP/PH.

#MalaysiaAmanSejahteraTanpaParti_BangsaDAP

#MuafakatNasional
=====

Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser