Apa yang Regime DAP/PH Cuba Sembunyi Dalam Isu Bandar Malaysia?

Apa yang Regime DAP/PH Cuba Sembunyi Dalam Isu Bandar Malaysia?

<img src="FortunaNetworks.Com.jpg" alt="Apa yang Regime DAP/PH Cuba Sembunyi Dalam Isu Bandar Malaysia?">

FORTUNA NETWORKS.COM | Apa yang Regime DAP/PH Cuba Sembunyi Dalam Isu Bandar Malaysia?

"Individu-individu dalam gambar hari ini [diatas] Mereka juga yang fitnah Dato' Seri Najib Razak jual Negara. Apabila tuduh Dato' Seri Najib Razak jual Bandar Malaysia kepada RRChina Komunis".
Namun, petang tadi (Selasa 17/12/2019), mereka telah tandatangan perjanjian untuk jual Bandar Malaysia.
- Projek yang sama
- Nilai RM140 bilion yang sama
- Pembeli yang sama
- Peratusan(%) jualan yang sama.
Hari ini, mereka mengeluarkan siaran media bahawa projek ini banyak bagus untuk pembangunan Negara dan bakal membawa keuntungan besar kepada Malaysia.
Keuntungan hampir RM100 bilion besarnya - jauh lebih tinggi berbanding hutang RM32 bilion 1MDB.

Apa yang Regime DAP/PH Cuba Sembunyi Dalam Isu Bandar Malaysia?


Kalau kita perhatikan, Ada dua(2) fakta yang regime DAP/PH tak pernah sebut - baik sebelum PRU14 atau selepas menjadi pemerintah:

FAKTA 1. Kewujudan Pangkalan Udara TUDM (Tentara Udara DiRaja Malaysia) Sendayan dan Pasukan Gerakan Udara PDRM Subang serta 6 pangkalan lain yang dibina atau dinaiktarafkan oleh 1MDB.

Walaupun nyata-nyata sudah siap dan sedang digunakan, pangkalan-pangkalan ini tidak pernah diakui oleh Regime DAP/PH.

Ini ialah kerana regime DAP/PH masih mahu Raykat (para penyokong regime DAP/PH) percaya bahawa #1MDB membeli tanah TUDM Sungai Besi dengan murah.

Tapi yang tidak disebutkan ialah selain harga tanah yang sudah dibayar, syarat pembelian tanah itu juga membabitkan kos pembinaan pangkalan-pangkalan melebihi RM3 bilion yang perlu ditanggung penuh oleh 1MDB melalui sebahagian hutangnya.
Pangkalan-pangkalan ini nyata-nyata sudah dibina dan ada di depan mata tapi Regime DAP/PH buat-buat tak nampak!
FAKTA 2: Pemerintahan Regime DAP/PH yang benar-benar jual Sg Besi kepada syarikat RRChina Komunis- bukan kerajaan Barisan Nasional(BN).
Memang benar kerajaan BN pernah menjual sebahagian projek Bandar Malaysia di Sg Besi itu pada bulan Disember 2015 kepada sebuah konsortium Malaysia-China.
Namun, penjualan itu sudah dibatalkan pada bulan Mei 2017 kerana kerajaan BN mahu memajukan projek ini melalui kaedah penjualan hak pembinaan dan bukan penjualan tanah. (freemalaysiatoday.com/)


Dengan kaedah ini, Negara boleh menjana keuntungan yang jauh lebih tinggi.
Bagaimanapun, Regime DAP/PH telah menjual balik sebahagian projek Bandar Malaysia pada bulan April 2019 kepada konsortium Malaysia-China yang sama.

Harga penjualan itu juga tidak pernah didedahkan oleh Regime DAP/ PH (Saya (DS NajibRazak) diberitahu ianya sekurang-kurangnya RM7.41 bilion).

Semasa Regime DAP/PH menjual, Editor Kinibiz P Gunasegaram yang merupakan pengkritik tegar Saya pun tanya kenapa PH jual balik projek itu dan tidak mengikut langkah Najib untuk kerajaan memajukan projek itu sendiri.
23 Apr, 2019: Puzzling reinstatement of RM140b 1MDB project
(malaysiakini.com/columns/473316)

Dia kata kalau ikut cara Dato' Seri Najib Razak , projek itu boleh menjana sekurang-kurangnya pendapatan RM105 bilion (sebenarnya rancangan kita RM140 bilion) dengan keuntungan RM96 bilion.

Kenapa tergesa-gesa jual sekarang dan melepaskan sebahagian besar dari keuntungan amat tinggi projek tersebut?

Keuntungan RM96 bilion dari projek ini sahaja (belum masuk lagi projek RM40 bilion TRX dan perjanjian penyelesaian IPIC) boleh membayar balik 3 kali ganda Hutang RM32 bilion 1MDB.

Siapa yang pernah dihasut dan ditipu oleh Regime DAP/PH dengan isu Bandar Malaysia ini bahawa BN dan Dato' Seri Najib Razak jual negara, sila angkat tangan.?!
Adaptasi Artikel by FB/NajibRazak
Editor ; 
HSZ/FortunaNetworks.Com
Kredit Image by FB/NajibRazak
Follow me at;

Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser