MUAMMAR GADDAFI Supreme Leader Libya Korban Propaganda, Fitnah Hoax Kapitalis Barat & Zionis

MUAMMAR GADDAFI Supreme Leader Libya Korban Propaganda, Fitnah Hoax Kapitalis Barat & Zionis

<img src="fortunanetworks.com.jpg" alt="MUAMMAR GADDAFI Supreme Leader Libya Korban Propaganda, Fitnah Hoax Kapitalis Barat & Zionis">

FORTUNA NETWORKS.COM | COLONEL MUAMMAR GADDAFI Supreme Leader Libya Korban Propaganda, Fitnah Hoax Kapitalis Barat & Zionis

"KUASA MIS-INFORMATION DAN FITNAH HOAX DI ERA INTERNET DAN DUNIA TANPA SEMPADAN""RENUNGAN PENGAJARAN DAN TAULADAN" 

Hari Ini, Mari Kita Kenang pula Kisah Kejatuhan COLONEL MUAMMAR GADDAFI, seorang Supreme Leader di Negeri Merdeka Libya.
Pemimpin yang pro rakyatnya, namun menjadi korban propaganda dan fitnah Hoax Kapitalis Barat dan Zionis.
20 Oktober 2011.
"Jangan tembak, jangan tembak,” kata Gadaffi kepada sejumlah tentera NTC yang menyeretnya keluar dari lubang saliran itu.

(1) Gaddafi diarak di jalanan setelah diseret dari lubang saliran. Dengan kepala bersimbah darah, dengan pakaiannya nyaris tanggal keseluruhannya. Gaddafi diarak sejumlah tentera yang bersorak puas dengan kemenangan mereka. Ada yang mengacukan pistol. Ada yang menarik rambutnya. Beberapa kali Gaddafi terjatuh sambil mengusap wajahnya yang bersimbah darah.

Semasa tertangkap, Gaddafi sudah pun bersimbah darah. Terluka saat menghindari serangan tentera NATO dan NTC, beberapa minit sebelumnya.

Ketika Gaddafi ditangkap dan pemberontak mengelilinginya seperti orang tawanan.
Gaddafi didera secara membabi buta oleh rakyatnya sendiri. Rakyat yang telah dibelanya sebagai pemilik pendapatan GDP per-kapita tertinggi di dunia, Rakyat yang diberi segala kemudahan sehingga memiliki angka harapan hidup terpanjang dan angka kemiskinan yang lebih rendah dibanding Kerajaan Belanda.

Dia ditikam dengan pisau oleh rakyatnya sendiri yang sudah diprovokasi oleh pemberontak propaganda Barat AS[ Amerika Syarikat] & NATO Barbarian. Rakyatnya rela membunuh orang yang mengusahakan untuk rakyatnya menikmati pendidikan percuma, layanan kesihatan percuma, letrik & air percuma, pinjaman tanpa faedah & riba, hinggakan waktu mereka bernikah pun akan diberikan apartment percuma.

Dia ditembak di kepala dan di dada oleh rakyatnya sendiri, rakyat yang dihantarkannya memenuhi universiti, yang dikuliahkannya ke luar negara lengkap dengan gaji bulanan dan mobil-kereta, Dan yang tetap diberi elaun sara hidup walaupun masih menganggur setelah tamat pengajian.

Tahun 1986, Gaddafi pernah terselamat dari maut. Jet tempur AS menjatuhkan bom seberat 1 tan di khemah Gaddafi di Bab al-Azizya. Bom itu tepat jatuh di tempat tidurnya, membunuh putrinya yang berusia 2 tahun, yang sering tidur bersamanya. Malam itu, dengan kuasa Allah SWT, dia tidak berada di tempat itu. Kegagalan AS itu nyata melahirkan dendam berterusan terhadapnya hingga akhirnya dia diguling & dibunuh rakyatnya sendiri yang termakan hasutan fitnah hoax rekaan AS-Kapitalis Barat dan Zionis.

Baik atau buruk, Gaddafi hanyalah seorang Arab-Badwi yang lahir dalam khemah. Ia membenci kemiskinan dan korupnya Kerajaan dunia Arab, yang didominasi dan dieksploitasi oleh AS, Perancis dan Britain. Ia juga merupakan pendukung Palestine, Nelson Mandela, Tentera Republik Ireland.

"Kini Rakyat Libya telah menyesal menggulingkan pemimpin pro Rakyatnya Muammar Gaddafi, kerana percaya kepada provokasi dan propaganda fitnah keji & Hoax USA dan sekutunya. Kini Libya telah hancur. Libya telah berada dalam genggaman Barat AS-NATO. Rakyat menjadi budak suruhan. Yang menikmati adalah elit-elit yang rakuskan kekuasaan. Apa yang dijanji sirna belaka, Rakyat yang rugi dan menderita. AS dan sekutunya sedang memunggah kekayaan Negara Libya".

"Kini Rakyat Libya sedang papa-kedana, merempat penuh kehinaan. Tiada lagi kesenangan seperti Zaman Muammar Gaddafi. Dulu, Libya Negeri Merdeka tiada hutang dengan Bank Dunia. Pemerintahan Muammar Gaddafi yang pro-rakyatnya memberikan segala tunjang kehidupan rakyatnya secara percuma alias gratis; percuma kos perubatan, pendidikan, elektrik percuma, pinjaman-loan tanpa faedah & riba/interest, subsidi untuk pengantin baru membeli rumah pertama, Ibu mendapat duit bila melahirkan bayi, kenderaan-kereta separoh harga dan lain-lain. Tapi Rakyat Libya tak mahu itu semua. Tidak bersyukur.
Walau apapun jasa kebaikan dicurahkan. Kalau sudah benci, tetap benci. Kini kebahagiaan dan kesenangan hidup itu sudah tiada lagi.."

"Ketika kami berdemonstrasi menjatuhkan Gaddaffi kami bermimpi akan menikmati kekayaan Negara ini seperti yang dijanjikan, sekarang kami menyesal," kata rakyat (tamak! sudah kaya dan senang tetapi mahu lebih lagi).
Menyesal yang tiada ertinya lagi. Kuasa Politik dan Pemerintahan yang sudah tiada lagi.!!

"Kini kami di kelilingi oleh penjahat yang hauskan perang, hauskan akan minyak. Kehidupan rakyat sangat susah, kemiskinan meningkat menjadi papa dan siang malam kami hidup dalam ketakutan," keluhan rakyat lagi.
<img src="fortunanetworks.com.jpg" alt="MUAMMAR GADDAFI Supreme Leader Libya Korban Propaganda, Fitnah Hoax Kapitalis Barat & Zionis">
(Photo-Atas; Muammar Gaddafi, mengimamkan sholat berjamaah bersama rakyatnya. Memang selalu juga beliau menjadi Imam Sholat.

Photo-kiri bawah; Saat Muammar Gaddafi baru saja ditangkap rakyatnya sendiri ,yang mengerumuninya untuk menyiksa beliau.
Photo-kanan bawah; Gambar kegembiraan Anak-anak muda Libya, meraikan kematian Muammar Gaddafi disisi mayatnya./ Kredit image;thepatriots.asia)


BELAJARLAH DARI PENGALAMAN dan BELAJARLAH DARI SEJARAH
JANGAN TERTIPU DENGAN 'SYURGA' CIPTAAN ZIONIS & WAKIL²NYA.

"Cukup sudah Libya, Iraq, Syria, Sudan, Afghanistan dan beberapa lagi negara di Timur Tengah yang hancur dihancurkan oleh rakyat sendiri".
"Menyesal yang sudah termakan propaganda Barat fitnah hoax".
"Malaysia, Insya-Allah, tidak akan mengikuti jejak kehancuran akibat kebodohan ini...."
"Dengan syarat Ummah bersatu-padu dibawah Panji Ulama' & Umara'
"Sadarlah!!!"
"Waspadalah"!!!
"Jangan kita- Bangsa Melayu-Bumiputra/Islam & Anak Pribumi Sabah, Sarawak mahu lagi diadu-dombakan sehingga kita jadi terpecah-belahnya Bangsa Melayu ini. Marilah kita fikirkan kesejahteraan Anak-Anak, Cucu kita kedepannya..."
#SALAM PERPADUAN UMMAH...
(2) Bila membaca perkongsian tersebut, Saya teringat pelbagai teori kejatuhan dan pembunuhan Muammar Gaddafi, Ada yang mengaitkan ia dengan rancangan Gaddafi menggunakan emas sebagai ganti kepada USD di dalam urus-niaga sesama Negara Afrika.

(3) Teori beliau seorang diktator kejam, "the mad dog", pembunuh rakyat sendiri dan seumpamanya memang sudah lama tersebar di media-media dikuasai Zionis & Barat.

(4)  Yang pasti mimpi-mimpi indah pra-kejatuhan Colonel Muammar Gaddafi jelas bertukar kini, menjadi igauan-igauan ngeri pasca-kejatuhan beliau yang dipercepatkan dengan serangan udara Amerika & NATO dan fatwa-fatwa berdarah yang kelihatan tidak lagi bertunjangkan hukum dan kaedah, sebaliknya diseret kepentingan dan apa yang diarahkan.

(5) Seolah-olah apa yang berlaku telah menjawab pertanyaan bagaimana suatu masa nanti manusia ramai yang tertipu dengan pendustaan-pendustaan Dajjal.
(6) Penipuan disuntik kuasa media dan internet untuk membenihkan kekeliruan dan menumbuhkan penyesalan.
اللهم ارحم أمة محمد
اللهم أصلح أمة محمد
اللهم فرّجْ عن أمة محمد

Share sebanyaknya agar Masyarakat Malaysia amnya, memahami situasi dengan belajar dari pengalaman Negara lain.
Kaum Munafik dan Kafir tetap memusuhi Islam, itu janji Allah dalam Al Quran*
======
Adaptasi dari Artikel pelbagai sumber
Editor ; HSZ/FortunaNetworks.Com

Ilustrasi Image thumbnail by pinterest.com/pin
Follow me at;
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser