[Video] Sidang Media Khas Mantan Ketua Polis Negara Malaysia #KesAltantuya2015

[Video] Sidang Media Khas Mantan Ketua Polis Negara Malaysia #KesAltantuya2015
<img src="FortunaNetworks.Com.jpg" alt="[Video] Sidang Media Khas Mantan Ketua Polis Negara Malaysia #KesAltantuya2015">

FORTUNA NETWORKS.COM | [Video] Sidang Media Khas Mantan Ketua Polis Negara Malaysia #KesAltantuya2015

Adakah Hukuman Mati Bakal Di Tarik Balik atau Ditangguhkan Dengan Akuan Bersumpah Ini?
Inilah Sidang Media Khas; Keterangan Mantan Ketua Polis Negara Malaysia @Tan Sri Musa Hassan tentang kes pembunuhan Altantuya pada tahun 2015.
Senang cerita,
Dulu Regime DAP/PH kata kerajaan BN(Barisan Nasional) mengawal Mahkamah serta Peguam Negara.

Jika benar-benar Saya (DS Najib Razak) terlibat, tak perlulah kerajaan BN mendakwa dua(2) anggota Polis itu di Mahkamah Tinggi.

Boleh gugurkan macam Kes Korupsi Menteri Kewayangan @Lim Guan Eng.

Jika benar-benar Saya ada penglibatan, tak perlulah kerajaan BN merayu sampai ke Mahkamah Persekutuan apabila dua anggota polis itu menang di Mahkamah Rayuan.

Boleh tarik balik rayuan seperti Kes Rafizi Ramli.

Secara logik, jika Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri masa itu begitu berkuasa dan begitu kejam sehingga mengarahkan pembunuhan seorang wanita yang sedang mengugut US$500,000 dari seorang kenalan Saya, kenapa ahli-ahli politik PH semua sihat-sihat belaka masa Saya lebih berkuasa sebagai Perdana Menteri?
Via, FB/NajibRazak
*****
Pembunuhan Altantuya telah berlaku 13 tahun dahulu.
Telah melalui ratusan hari perbicaraan selama bertahun-tahun di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan sampai ke Mahkamah Persekutuan yang memutuskan hukuman mati lima tahun dahulu.

Sudah 19 bulan kerajaan regime DAP/PH memerintah.
Saya telah mengarahkan pegawai Saya membuat laporan polis terhadap saya tentang kes ini tahun lepas.
Pihak Polis juga mengesahkan tiada bukti untuk kaitkan Saya dengan kes tersebut.
22 Feb 2019: 'Tiada bukti kaitkan Najib kes pembunuhan berprofil tinggi'
Seorang lagi Pegawai Polis yang dijatuhkan hukuman mati dalam ke ini pun pernah bersumpah bahawa Saya tidak terlibat.
Jan 30, 2016;
Sirul ‘bersumpah’ Najib tak terlibat pembunuhan Altantuya
Tiba-tiba Kini Ada Cerita Perisik Spy Rusia terkeluar pula.
Dakwa Saya yang arahkan pembunuhan Altantuya kerana dia perisik Rusia.
Ada Akuan Bersumpah tiba-tiba keluar dari pihak Polis yang telah dijatuhkan hukuman mati.
Peguam-Bela sekian lama dia juga terkejut dengan Akuan Bersumpah tertiba dari anak guamnya :
16 Dec 2019: "When contacted, Azilah’s lawyer Hazman Ahmad told FMT that he had no role in the preparation of the statutory declaration cited by Malaysiakini, adding that they last met “two or three years ago”.
Kalau Hendak percaya akuan bersumpah dari seorang yang sudahpun dijatuhkan hukuman mati. Maka adakah kita juga perlu percaya akuan bersumpah bahawa bakal PM ke-8 telah mencabul bekas pegawai lelaki dia tahun lepas?
Adakah hukuman mati bakal di tarik balik atau ditangguhkan dengan akuan bersumpah ini?
Secara logik, jika Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri masa itu begitu berkuasa dan begitu kejam sehingga mengarahkan pembunuhan seorang wanita yang sedang mengugut US$500,000 dari seorang kenalan Saya, Kenapakah ahli-ahli politik PH semua baik-baik belaka sahaja masa Saya lebih berkuasa sebagai Perdana Menteri?
Tak dijelaskan juga kenapa perisik Rusia perlu ugut dibayar US$500,000.

Saya diberitahu bahawa perbicaraan kes 1MDB dan SRC Saya tidak memberi impak yang diinginkan oleh Regime DAP/PH. Manakala usaha cybaitrooper serta propaganda mereka juga jauh ketinggalan.

Apa yang Saya tulis dalam media sosial yang disertakan fakta dan bukti serta apa yang Saya ucap dalam ceramah-ceramah Saya amat sukar untuk dibalas atau disangkal oleh Para gerombolan regime DAP/PH.

Ada penganalis yang berpendapat juga bahawa fakta-fakta yang Saya keluarkan merupakan antara senjata paling tajam yang menyumbang kepada kekalahan teruk PH di PRK Tanjung Piai, Johor Baru.
19 Nov 2019: "PH hilang fokus, ditenggelami populariti 'bossku'"
Para gerombolan regime DAP/PH sekarang amat fobia dengan gelaran kerajaan sepenggal.
Oleh itu, mereka perlu keluarkan lagi 'konspirasi baru' untuk menentang dan memfitnah Saya.

Saya juga diberitahu bahawa cerita baru regime DAP/PH ini membuka jalan kepada kerajaan regime DAP/PH untuk menahan dan penjarakan Saya tanpa jaminan kerana kes pembunuhan tak membenarkan jaminan.
Barulah Saya boleh disenyapkan oleh PH.
#MalaysiaAmanSejahteraTanpaPartiBangsaDAP
=====

Adaptasi Artikel by FB/NajibRazak
Editor ; 
HSZ/FortunaNetworks.Com
Kredit Image by FB/korekmalaya
Follow me at;
 

twitter.com/helmysyamza
facebook.com/helmy.zainuddin

facebook.com/Media-Fortuna-NetworksCom

linkedin.com/in/helmy-syamza
pinterest.com/hsyamz

[VIDEO]Sidang Media Khas; Keterangan Mantan Ketua Polis Negara Malaysia @Tan Sri Musa Hassan tentang kes pembunuhan Altantuya pada tahun 2015.
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser