Beberapa Insiden Panik Dicetuskan Politisi DAP/PKR @ PH Ketika Barisan Nasional Memerintah Malaysia

Beberapa Insiden Panik Dicetuskan Politisi DAP/PKR @ PH Ketika Barisan Nasional Memerintah Malaysia

Ada beberapa asas yang mencetus rasa cemas Rakyat Malaysia, terutama dalam kes #Wuhan Coronavirus. Tempohnya berlaku ketika Negara masih:

Diserang influenza A ditambah kekontangan bekalan vaksin; Rakyat marah dengan lambakan pelancong China masuk Malaysia tidak keluar-keluar; Pengecualian visa setahun kepada pelancong China (masuk kurang 15 hari), dan hilang percaya pada kemampuan PH mengurus Negara.

Namun rasa cemas ini hanya diluahkan pada media sosial. Tiada Rakyat Malaysia yang mengamuk, serbu KLIA atau Kementerian Kesihatan, serang warga China atau tindakan agresif lain. Ia berbeza dengan insiden panik yang dicetuskan oleh pemimpin Pakatan Harapan ketika mereka pembangkang dulu:

1. Masih ingat kes pengeluaran panik simpanan Tabung Haji yang dicetuskan Pesara Politik, Rafizi Ramli merangkap Naib Presiden PKR?

Pada 9 Februari 2016, Rafizi menyiarkan artikel 'Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015' yang mendorong pendeposit panik dengan kedudukan kewangan Tabung Haji (kemudian diheret mahkamah atas kesalahan fitnah).
Sehari selepas itu, RM41 juta wang simpanan dikeluarkan dan berlanjutan saban hari RM49.8 juta (11 Februari) dan RM27.9 juta (12 Februari) dengan keseluruhan 3,954 pendeposit telah menutup akaun Tabung Haji mereka.
Rafizi turut mengeluarkan sejumlah RM530,000 dari akaun simpanan Tabung Haji miliknya.
Akibat tohmahan dan panik yang dicetuskan ini, 3,105 pendeposit hilang kelayakan menunaikan haji.

2. Pengundi hantu dari Bangladesh? Tiga hari sebelum undi dalam PRU (PilihanRaya Umum) 2013, portal berita PKR, Keadilan Daily lapor Anwar Ibrahim dedah JPM seludup 40,000 pengundi hantu. Dalam siri kempennya juga, Anwar mendakwa BN menaja 16 penerbangan khas setiap hari, membawa masuk pengundi hantu dari Bangladesh dan Indonesia.

Akibatnya, pada hari pengundian, berlaku siri serangan dan kekecohan kerana pengundi sebenar disangka warga Bangladesh. Ia cetusan panik yang ditimbulkan hasil dakyah Pakatan.

3. Malaysia akan bankrap? Pada 11 Januari 2012, Lim Guan Eng mendakwa Malaysia akan muflis pada tahun 2019. Dakwanya, hutang negara pada paras kritikal dan akan mencecah 100% daripada KDNK negara. 'Malaysia akan bankrap' kemudiannya diulang-ulang sehingga mencetuskan rasa cemas rakyat.

Akibatnya, ia menjadi salah satu sebab kerajaan ditukar. Namun hasilnya, Now, hutang negara semakin berganda tambah dalam masa yang singkat
(Mei 2018: RM690.6b & Jan 2020: RM769.7b)

___________
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser

google-site-verification=RIAY10mNu9yf2U8NesbKxCynNT6konqcto6UJBlDgQo