Inilah Jawaban Najib Razak Terhadap Serangan & Tuduhan Hoax Pemimpin PH

Inilah Jawaban Najib Razak Terhadap Serangan & Tuduhan Hoax Pemimpin PH
<img src="FORTUNA NETWORKS.COM.jpg" alt="Inilah Jawaban Najib Razak Terhadap Serangan & Tuduhan Hoax Pemimpin PH">

FORTUNA NETWORKS.COM | Inilah Jawaban Dato' Seri Najib Razak Terhadap Serangan & Tuduhan Hoax Pemimpin DAP@PH


PART 1: Soalan-soalan yang tidak akan dijawab oleh pemimpin PH tentang kes-kes Saya (Dato' Seri Najib Razak).

Oleh kerana penyokong PH tak puas hati bahawa Saya menjawab bakal PM5/6/7/8/9 beberapa hari lepas, tentang desakan Regime DAP/PH untuk mengadakan sesi parlimen dua hari untuk membentangkan pakej rangsangan Covid, mereka telah mengulangkan serangan mereka kepada Saya.

Oleh kerana mereka gagal menyangkal tulisan Saya semalam itu, serangan mereka adalah berbunyi berikut.

"Najib ada berpuluh tuduhan mahkamah terhadap dia. Masih mahu percaya Najib ke?"

Saya nak jelaskan sedikit.
Parti pemerintah boleh menggunakan kuasa kerajaan untuk mengenakan seberapa banyak tuduhan yang mereka mahu ke atas mana-mana individu yang mereka mahu sasarkan.

(Pada masa yang sama, mereka juga boleh gugurkan tuduhan-tuduhan ke atas mana-mana individu seperti dalam kes Guan Eng dan hampir semua pemimpin-pemimpin PH)

Tetapi apabila kita tanya mereka sedikit lagi mendalam tentang tuduhan-tuduhan Mahkamah terhadap Saya, pemimpin-pemimpin PH akan gagal menjawab.
<img src="FORTUNA NETWORKS.COM.jpg" alt="Inilah Jawaban Najib Razak Terhadap Serangan & Tuduhan Hoax Pemimpin PH">

   READ MORE

π“π„π‘π‰π„πŒπ€π‡π€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π ππ„π†π”π€πŒππ„π‹π€ 𝐃𝐒 ππ€π‰πˆπ, 𝐓𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐅𝐄𝐄 πƒπˆ πŒπ€π‡πŠπ€πŒπ€π‡ [πŸπŸ“ π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ—]
FAKTA #BLACKCAMPAIGN @ FITNAH & INFO HOAX KOALISI PARTI DAP/PAKATAN HARAPAN BERJAYA TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL #KES FELDA-1
FAKTA #BLACKCAMPAIGN @ FITNAH & INFO HOAX KOALISI PARTI DAP/PH BERJAYA TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL #KES_ECRL-1
Apakah Wajar Kita Diamkan Saja Regime DAP/PH Menjual Aset-Aset Negara Malaysia Ini?
Chronology Menteri PH Menutup Klinik 1Malaysia [Video]



Saya bagi contoh soalan-soalan yang mereka akan gagal jawab.
SOALAN 1: Apakah sebenarnya tuduhan-tuduhan terhadap Najib dalam kes SRC?

Jawapan Secara ringkas:

1. Saya dituduh salahgunakan kuasa untuk menyokong SRC, meminjam RM4 bilion dari KWAP pada tahun 2011 supaya Saya boleh menerima RM42 juta
(1% dari RM4 bilion) pada akhir tahun 2014, iaitu 3 1/2 tahun selepas SRC menerima wang dana dari KWAP.

Wang itu dibayar kepada Saya oleh sebuah syarikat swasta yang telah dibayar oleh sebuah lagi anak syarikat SRC,

Cuba tanya pemimpin PH. Kenapa Najib perlu tunggu 4 tahun sebelum cuba "mencuri" hanya 1% dari wang RM4 bilion itu dan selepas "mencurinya" kenapa dia letak dalam akaun nama sendiri dan membelanjakannya untuk tujuan politik dan CSR dan bukan untuk kegunaan peribadi?

2. Saya juga dituduh menggunakan wang RM42 juta itu untuk membiayai perbelanjaan untuk pelbagai aktiviti NGO dan politik.
Saya bukan dituduh telah menggelapkan atau menerima RM4 bilion dari SRC walaupun setengah-setengah tajuk berita media dan propaganda PH memberi gambaran begitu.

SOALAN 2: Di manakah baki wang RM4 bilion KWAP dan kenapa tak pernah sekalipun tak pernah dengar kerajaan PH mahu mencari dan mengembalikan wang SRC?

(Cuba Google. Kerajaan PH tak pernah sebut sekalipun tentang dana ini)

Jawapan: Saksi memberitahu dalam mahkamah bahawa sebanyak USD1 bilion dari RM4 bilion itu telah dipindahkan oleh SRC pada tahun 2011 dan 2012 ke pelaburan-pelaburan di sebuah bank di Switzerland, sebelum ianya dibekukan.

(Jika dana USD1 bilion ini dikembalikan sekarang bersama faedah serta pulangannya, nilainya akan melebihi RM4.4 bilion - iaitu lebih tinggi dari RM4 bilion yang dipinjam oleh KWAP kepada SRC. Sebab itu mereka tak nak angkat balik. Nanti terkeluar pulak cerita bahawa lagi banyak Najib "curi", lagi besar pulangan yang diperolehi KWAP)

Bila ditanya tentang dana dalam mahkamah di Switzerland ini, AG (Attorney General) @ Tommy Thomas cuba jawab "dia belum check" pada awal tahun ini. (Belum check tapi dia dakwa saya dulu pulak).

Manakala Latheefah Koya jawab bahawa dia tak tahu atau tak boleh dedahkan tentang baki di Switzerland pulak bila dia ditanya dalam mahkamah pada awal bulan Mac ini.

SOALAN 3: Adakah ianya benar bahawa sebanyak RM600 juta dibayar terus oleh Putera Arab Saudi dan Kementerian Kewangan negara Arab Saudi terus ke akaun di atas nama Saya?

Jawapannya ialah "benar".

Ini telah disahkan berkali-kali dalam mahkamah termasuk oleh pegawai bank serta pegawai SPRM.
"Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kementerian Kewangan Riyadh, ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak."
(bharian.com.my/…/najib-terima-rm642-juta-dari-a…)


SOALAN 4:
Adakah ianya benar bahawa Najib telah pulangkan wang yang digelar RM2.6 bilion itu dan tidak simpan wang itu untuk digunakan secara peribadi atau untuk membeli cincin?

Jawapannya ialah benar. Saya dikenakan 9 tuduhan menerima wang yang disebut RM2.6 bilion itu (kerana ia masuk melalui 9 transaksi berlainan) dan Saya juga dikenakan 7 tuduhan kerana mengembalikan wang yang disebut RM2.6 bilion itu kepada akaun penghantar (sebab 7 transaksi) 4 bulan selepas menerimanya.

(Tidak mungkin akan ada seorang pemimpin PH yang mengaku bawa RM2.6 bilion itu dikembalikan. Ini antara sebab kenapa Kit Siang lari dari debat dengan Saya kerana dia takut Saya tanya soalan ini)

Saya juga dituduh dua kali kerana pernah memindahkan wang tersebut dari satu akaun dalam nama Saya ke akaun lain di bawah nama Saya.

Saya juga dituduh setiap kali Saya menggunakan wang yang diterima dari akaun kementerian kewangan Arab Saudi itu.

Itulah kenapa ada berpuluh-puluh tuduhan terhadap Saya.!

Paling lawak ialah mereka tuduh Saya 7 kali kerana memulangkan Dana yang disebut RM2.6 bilion itu selepas 4 bulan dalam tahun yang sama tetapi LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) tuduh pulak bahawa itu adalah income atau pendapatan (walaupun dipulangkan selepas 4 bulan) dan mereka mengenakan tuntutan cukai dan penalti sebanyak RM1.7 bilion ke atas Saya untuk Dana itu.
(Salah seorang pegawai LHDN yang menghantar notis tuntutan cukai itu kepada Peguam/Lawyer Saya pun banyak kali memohon maaf kerana dia tahu ianya tak masuk akal tapi dia kata dia perlu ikut arahan pihak atas)

Di bawah Undang-undang Malaysia, LHDN ada hak untuk mengenakan seberapa tuntutan cukai yang mereka mahu ke atas sesiapa.

Undang-undang ialah kamu perlu bayar dulu sebelum mereka layan sebarang rayuan.

Jika kerajaan PN (Perpaduan Nasional) mahu, esok pun mereka boleh kenakan tuntutan cukai sebanyak RM2 bilion ke atas mana-mana pemimpin PH (Pakatan  Harapan) dan mereka perlu bayar dulu sebelum mereka boleh rayu jika cukai itu adil atau patut atau sebaliknya.

Itulah antara cara pemerintahan Regime PH(Pakatan  Harapan) dahulu menyalahkan gunakan undang-undang dan kuasa kerajaan untuk mengenakan Saya.

Pun begitu, Saya masih mahu semua kes-kes terhadap Saya dalam Mahkamah diteruskan supaya Saya ada peluang untuk membersihkan sebersih-bersihnya nama Saya, kerana Saya bukan Guan Eng di mana kes rasuahnya digugurkan sebaik sahaja PH menang walaupun kesnya sudah bermula perbicaraan Mahkamah.
Banyak lagi Saya boleh ceritakan nanti tentang tuduhan-tuduhan terhadap Saya.
(BERSAMBUNG)
----------------------
Courtesy article by Najib Razak
Kredit Ilustrasi Image by Helmy Zainuddin
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - https://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser

google-site-verification=RIAY10mNu9yf2U8NesbKxCynNT6konqcto6UJBlDgQo