-->

Kenapa PPE Perlu Ada Piawaian-Standard?

Kenapa PPE Perlu Ada Piawaian-Standard?
<img src="FORTUNA NETWORKS.COM.jpg" alt="Kenapa PPE Perlu Ada Piawaian-Standard?">

FORTUNA NETWORKS.COM | Kenapa PPE Perlu Ada Piawaian-Standard?



Apa itu 'PPE'?
PPE adalah singkatan 'Personal Protective Equipment '(PPE)
@ 'Kelengkapan Perlindung Diri' (KPD).

Kenapa PPE perlu ada piawaian (standard)?

Standard ini merupakan satu kayu ukur kepada prestasi produk mengikut fungsi masing-masing. Oleh itu, kalau produk tersebut tiada standard, bagaimana kita sebagai pengguna nak tau sejauh mana produk PPE itu boleh melindungi kita?

Kenapa perlu tahu standard yang betul untuk setiap 'PPE'?

Setiap PPE mempunyai standard yang berbeza-beza mengikut fungsi khusus masing-masing. Saya pernah terjumpa di pasaran, terdapat satu PPE yang meletakkan info standard yang salah iaitu pengeluar meletakkan standard BS EN ISO 20345 pada Helmet Keselamatan Industri / Industrial Safety Helmet, padahal standard ini adalah untuk Kasut Keselamatan / Safety Footwear.

    READ MORE

Tips Sukses Budidaya Ternak Cengkrik Untuk Pemula
TIPS Pengobatan Batuk Dan Penjagaan Diri Saat Dijangkiti Batuk


Berapa jenis 'PPE' dalam pasaran-market?

Terdapat 7 jenis PPE iaitu Perlindungan Pernafasan, Pendengaran, Mata, Tangan, Kaki, Badan dan Kepala. Setiap satu jenis PPE pula mempunyai pelbagai standard yang berbeza mengikut kegunaan masing-masing. Sebagai contoh, Perlindungan Pernafasan, respirator BS EN 143/149 (particle filter) adalah tidak sesuai digunakan dalam bidang yang melibatkan penggunaan bahan kimia yang berbahaya dan yang sesuai adalah salah satunya respirator BS EN 14387.

Antara contoh lain standard yang digunakan:

1) Safety Footwear: BS EN ISO 20345 / MS ISO 20345 Personal protective equipment. Safety footwear.

2) Industrial Safety Helmet: BS EN 397 / MS 183 Industrial safety helmets.

3) Safety Goggle: BS EN 166 / MS 2050 Personal eye protection. Specifications.

4) Full Body Harness: BS EN 361 / MS 2311 Personal protective equipment against falls from a height. Full body harnesses.

Terdapat banyak lagi standard antarabangsa yang digunakan seperti BSI, EN, ISO, ASTM dan lain-lain.

Tiada lupa juga ada standard mengikut negara seperti MS (Malaysia), SNI (Indonesia), TIS (Thailand), GB (China) dan banyak lagi.

Cuba Anda check PPE yang ada dirumah. Apa marking yang tertulis pada PPE yang Anda gunakan dan cuba search info.
Jadilah pengguna yang bijak.
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - https://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser