-->

AMERIKA PULANGKAN US$300 JUTA DARIPADA DANA 1MDB KEPADA MALAYSIA

AMERIKA PULANGKAN US$300 JUTA DARIPADA DANA 1MDB KEPADA MALAYSIA
Malaysia telah menerima US$300 juga dari Amerika Syarikat hari ini - bermakna jumlah wang yang dikembalikan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat; DOJ (United States Department of Justice; DOJ) sehingga kini adalah US$620 juta.
Perkembangan ini jelas menyangkalkan tuduhan Regime Pakatan Harapan (PH) sebelum ini bahawa DOJ tidak akan teruskan kerjasama dengan Kerajaan PN (Perikatan Nasional) ataupun Kerajaan PN tidak akan teruskan usaha untuk mendapat semula semua dana yang dikatakan hilang..

Namun, US$620 juta hanya sebahagian kecil daripada US$4.5 bilion yang sepatutnya dikembalikan kepada 1MDB sebelum 30 Dec 2020, jika perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi diteruskan.

Namun, Regime pemerintahan PH dahulu telah batalkan perjanjian penyelesaian asal yang ditandatangan pada masa Kerajaan BN (Barisan Nasional).

Regime PH juga menolak tawaran IPIC yang disyorkan oleh DOJ sekali lagi pada tahun lepas seperti didedahkan minggu lepas:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156920228715952

Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC) milik penuh kerajaan Abu Dhabi.

Kalau niat utama kerajaan adalah untuk mendapat kembali segala wang, perjanjian penyelesaian ini patut dipatuhi.

Bergantung kepada DOJ Amerika Syarikat untuk kembalikan wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh IPIC bermaksud kita tak mungkin dapat kembali keseluruhan dana yang didakwa hilang.

DOJ hanya mampu mendapatkan kembali sebahagian dari dana tersebut. Itupun dengan cara sedikit demi sedikit.

Tetapi niat pemerintahan regime PH berlainan.
Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka mantan PM Malaysia Dato' Seri Najib Razak tak rompak apa-apa.
Itu bercanggah dengan propaganda PH, selama kempen jelang PRU-14 lepas.

Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.

Sebab itu, pemerintahan PH dahulu sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DOJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekaligus seperti dalam perjanjian penyelesaian.

Kerajaan patut meneruskan perjanjian penyelesaian dengan IPIC jika kita mahu mengambil balik semua wang 1MDB yang di dakwa hilang secara sekaligus - bukan dengan meneruskan cara regime PH untuk mengambil balik sedikit demi sedikit.[1]

<img src="FORTUNA NETWORKS.COM.jpg" alt="AMERIKA PULANGKAN US$300 JUTA DARIPADA DANA 1MDB KEPADA MALAYSIA">

Sementara itu, Perdana Menteri Kerajaan Malaysia hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jumlah itu merupakan dana diperoleh semula hasil daripada penyitaan Aset berkaitan 1MDB di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kerajaan Malaysia oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
“Pada 30 Okt 2019, penjenayah dikehendaki Malaysia, Jho Low telah mencapai penyelesaian dengan DOJ berkenaan beberapa tuntutan pelucutan hak yang telah difailkan oleh jabatan itu ke atas aset-aset yang telah dibeli Jho Low menggunakan dana 1MDB".

“Jumlah AS$300 juta ini merangkumi beberapa aset yang telah dilucut hak dan dijual, serta juga aset berkaitan 1MDB yang telah disita dan diserahkan kembali oleh individu tertentu berkait dengan Jho Low,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PM Muhyiddin berkata. pemulangan US$300 juta itu bermakna dana 1MDB yang telah dikembalikan kepada Malaysia sama ada dalam bentuk hasil proses penjualan ataupun aset secara keseluruhannya kini berjumlah US$620 juta.
Perdana Menteri berkata proses untuk menjual baki aset yang disita daripada Jho Low masih diteruskan atas keputusan penghakiman DOJ.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Amerika, terutamanya kedutaan negara itu di Kuala Lumpur atas bantuan dan kerjasama utuh dalam melancarkan pemulangan wang berjumlah US$300 juta ini.

“Saya juga berterima kasih kepada Menteri Kewangan Malaysia dan Peguam Negara atas peranan mereka dalam proses rundingan yang berkaitan,” katanya.

Muhyiddin berkata usaha untuk mendapatkan semula aset 1MDB di seluruh dunia masih berjalan, dan kerajaan akan terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat, DOJ dan agensi luar negara untuk membawa pulang lebih banyak aset 1MDB pada masa akan datang.[2]

---------
RESOURCES;
[1] Najib Razak
[2] MalaysiaGazette.Com
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - https://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser