DS Najib Razak Jawab Tuduhan Fitnah & Hoax By Cytors PH "Hutang RM32 Bilion 1MDB Telah Menjahanamkan Malaysia"

DS Najib Razak Jawab Tuduhan Fitnah & Hoax By Cytors PH "Hutang RM32 Bilion 1MDB Telah Menjahanamkan Malaysia"
Walaupun Malaysia disibukkan situasi wabah #WuhanCoronaVirus @ #Covid19 Dan kerajaan juga melaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk membendung merebak atau meluasnya penyebaran Covid19 tersebut. Namun, didunia maya para cybertroopers (Cytors) upahan pro Regime DAP/PH sibuk menebarkan virus ganas berupa berita-berita fitnah & hoax terhadap kerajaan PN khususnya kepada mantan PM Malaysia Dato' Seri Najib Razak.

Dalam page facebook 
Dato' Seri Najib Razak (DSNR) hari ini beliau menulis tentang adanya penulis media sosial PH@Cytors) upahan pro Regime DAP yang menulis dalam komen posting FB DSNR tadi bahwa "hutang RM32 bilion 1MDB telah menjahanamkan Malaysia, kita perlu timbus hutang ini kerana wang sudah hilang dan kita langsung tak dapat apa-apa pulangan daripadanya".

Sebab itu, menurut beliau (DSNR) perlu  jawab tuduhan ini sekali lagi serta mengemukakan soalan-soalan cepumas (simple/quick questions) bagi pemimipin Regime DAP/PH tersebut.

Baca perlahan-lahan. Perhatikan dengan teliti gambar-gambar yang dilampirkan juga.

1. Menyelesaikan masalah perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah peninggalan Zaman PM ke-4 yang menyumbang RM8 bilion hingga RM10 bilion kepada PETRONAS setiap tahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang.

Saksi telah mengaku peranan 1MDB itu dalam Mahkamah. (tengok gambar)

Dengan penyelesaian itu juga, harga saham TNB (Tenaga Nasional Berhad- dulu LLN-Lembaga letrik Negara) naik tiga kali ganda dari RM5 hingga RM16 setelah keuntungan TNB berganda naik. Ini memberi manfaat kepada semua ahli Tabung-tabung rakyat seperti KWSP, PNB, Tabung Haji dan KWAP.
<img src="FORTUNA NETWORKS.COM.jpg" alt="DS Najib Razak Jawab Tuduhan Fitnah & Hoax By Cytors PH "Hutang RM32 Bilion 1MDB Telah Menjahanamkan Malaysia">

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah masalah legasi IPP berat sebelah telah diselesaikan oleh Najib dengan pertolongan 1MDB.

Jika belum, kenapa PH sejak tahun 2012 tidak pernah lagi bangkitkan tuduhan ini yang dulu kalian kata merugikan negara sebanyak RM20 bilion setiap tahun?
Adakah RM20 bilion X 20 tahun itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?

Baca disini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155694068535952


2. 1MDB membina atau menaik taraf lapan(8) Pangkalan Udara Negara termasuk Pangkalan Udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden dalam negara.

FAKTA 1. Kewujudan Pangkalan Udara TUDM (Tentara Udara DiRaja Malaysia) Sendayan dan Pasukan Gerakan Udara PDRM Subang serta 6 pangkalan lain yang dibina atau dinaiktarafkan oleh 1MDB.

Walaupun nyata-nyata sudah siap dan sedang digunakan, pangkalan-pangkalan ini tidak pernah diakui oleh Regime DAP/PH.

Ini ialah kerana regime DAP/PH masih mahu Raykat (para penyokong regime DAP/PH) percaya bahawa #1MDB membeli tanah TUDM Sungai Besi dengan murah.

Tapi yang tidak disebutkan ialah selain harga tanah yang sudah dibayar, syarat pembelian tanah itu juga membabitkan kos pembinaan pangkalan-pangkalan melebihi RM3 bilion yang perlu ditanggung penuh oleh 1MDB melalui sebahagian hutangnya.

Pangkalan-pangkalan ini nyata-nyata sudah dibina dan ada di depan mata tapi Regime DAP/PH buat-buat tak nampak!

Selanjutnya baca disini;
Apa Yang Regime DAP/PH Cuba Sembunyi Dalam Isu Bandar Malaysia?

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Kenapa pemimpin PH tak pernah sebut tentang 8 pangkalan ini yang dibiayai 1MDB? Tak penting ke pangkalan udara bagi negara?

3. Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek ini dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah RM140 bilion dengan keuntungan minima RM92 bilion itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?

Dan adakah projek ini amat penting dan projek jual negara?

Kita tanya PM ke-7:

"Perdana Menteri berkata Bandar Malaysia akan memberikan impak signifikan terhadap ekonomi Malaysia berikutan ia akan berperanan sebagai hab untuk menarik lebih banyak syarikat multinasional berimpak tinggi global serta menawarkan potensi tindakan bersama dalam bidang kewangan, teknologi dan keusahawanan.
“Dengan jangkaan nilai pembangunan kasar atau GDV RM140 bilion, ia akan menjana impak besar terhadap pembangunan bandar untuk Malaysia bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing,” katanya.

17 Dis 2019: Projek Bandar Malaysia bukti kerjasama baik Malaysia-China (masa kerajaan PH menjual sebahagian dari projek Bandar Malaysia ini dengan harga RM7.41 bilion sambil mengambil gambar beramai-ramai untuk claim kredit projek ini, lalu Guan Eng kata semasa bajet 2020 bahawa kerajaan terbeban dengan membayar RM2.7 bilion untuk hutang 1MDB dalam tempoh 3 tahun ini pulak)
https://selangorkini.my/…/projek-bandar-malaysia-bukti-ker…/

4. Projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah projek TRX ini bagus, menguntungkan negara, penting untuk negara dan bukan sekadar satu lubang besar dalam tanah seperti pernah didakwa REGIME DAP/PH?

Kita tengok apa yang Lim Guan Eng jawab:

12 Feb 2019: LGE describes RM40b TRX as one of Malaysia's best assets, beckons investors to take part in development
https://www.nst.com.my/…/lge-describes-rm40b-trx-one-malays…

5. Perjanjian penyelesaian dengan IPIC di mana syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang disyaki hilang sebelum 30 Disember 2020.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Kenapa pula PH tak pernah jawab bahawa Najib dah selesaikan wang yang didakwa hilang dan syarat kembalikan wang ini ada dalam perjanjian penyelesaian?

Kerana jika diberitahu kepada Rakyat, maka 1MDB tiada lagi wang yang hilang (cuma tunggu masa untuk dibayar balik) dan Najib bukan perompak atau penyamun.

SOALAN CEPUMAS TAMBAHAN: Hutang 1MDB adalah RM32 bilion. 'Kenapa dalam masa 22 bulan Regime Gagalkrasi DAP/PH memerintah Negara, mereka tidak pernah membayar balik atau mengurangkan satu senpun prinsipal hutang ini'?


Kerana hutang itu memang belum sampai tempoh untuk dibayar. Siapa yang suruh kita perlu bayar segala hutang ini sekarang?

Hutang ini adalah sampai tahun 2038 - iaitu selaras dengan projek-projek pembangunan TRX RM40 bilion dan Bandar Malaysia RM140 bilion yang juga memerlukan masa 20 tahun untuk diselesaikan dengan sepenuhnya?

Selain wang yang dibayar balik oleh PH, hutang RM32 bilion juga akan dibayar balik dengan keuntungan serta pulangan dari projek-projek tersebut.

Lagipun, 'Kenapa pula hutang RM32 bilion yang banyak aset boleh memufliskan Negara tetapi Regime Gagalkrasi DAP/PH tambah hutang Negara sebanyak RM140 bilion tak memufliskan negara pulak'?

Cuba tanya mana-mana pemimpin PH untuk jawab soalaan-soalan di atas.


Courtesy Article by Najib Razak
Kredit Ilustrasi Image by Najib Razak
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - https://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser

google-site-verification=RIAY10mNu9yf2U8NesbKxCynNT6konqcto6UJBlDgQo