Susu jenama "Farm Fresh" sebelum PRU14 adalah milik 100% Malaysia

Susu jenama "Farm Fresh" sebelum PRU14 adalah milik 100% Malaysia
<img src="FORTUNA NETWORKS.COM.jpg" alt="Susu jenama "Farm Fresh" sebelum PRU14 adalah milik 100% Malaysia">

FORTUNA NETWORKS.COM | Susu jenama "Farm Fresh" sebelum PRU14 adalah milik 100% Malaysia


Industri bekalan makanan agak selamat dalam era krisis Covid ini - terutamanya bagi jenis makanan yang negara kita masih bergantung kepada import.

Antara matlamat utama dalam Pelan Transformasi kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa Dato' Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia dahulu ialah untuk meningkatkan Kadar sara diri ataupun 'Self-sufficiency level' (SSL) untuk semua jenis makanan sehingga kita sampai tahap100% dan tidak lagi bergantung kepada import.

Ramai mungkin tidak tahu bahawa susu jenama "Farm Fresh" sebelum PRU14 adalah milik 100% Malaysia.

Syarikat Holstein Milk Company yang membina jenama ini adalah antara pelaburan Khazanah Nasional masa Dato' Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia.

Sebelum Dato' Seri Najib Razak jadi PM, kadar SSL untuk susu segar hanya 5% dan Malaysia perlu bergantung kepada import untuk 95% dari keperluan Negara.

Sebelum kita melabur, Syarikat Holstein masih perniagaan yang kecil. Cuma ada 60 ekor lembu sahaja.

Tidak lama kemudian, Khazanah Nasional melabur di dalam syarikat tersebut untuk memiliki kepentingan saham 30%.

Syarikat itu juga dipilih sebagai Projek Permulaan-(EPP) 13 untuk memenuhi sasaran Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) untuk mengurangan kebergantungan Negara kepada hasil tenusu import.

Sebagai sebuah syarikat di bawah EPP negara, syarikat Holstein itu menerima banyak bantuan dari kerajaan BN dahulu.

Selari dengan sasaran itu, kerajaan BN dahulu mewujudkan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Negeri Pahang pada tahun 2012.

Kemudiannya, kawasan itu juga dinamakan sebagai Lembah Tenusu Muadzam.
Lembah tenusu ini amat berjaya dan ramai petani tempatan diberi peluang menternak lembu tenusu untuk membekal kepada syarikat Holstein dan syarikat-syarikat susu yang lain.(www.hmetro.com)

   READ MORE

DS Najib Razak Jawab Tuduhan Fitnah & Hoax By Cytors PH "Hutang RM32 Bilion 1MDB Telah Menjahanamkan Malaysia"
AMERIKA PULANGKAN US$300 JUTA DARIPADA DANA 1MDB KEPADA MALAYSIA

Selain lembah Muadzam, beberapa lagi lembah tenusu juga dirancang di Lembah Muallim, Negeri Perak, Lembah Tenusu Larut-Matang-Selama, Negeri Perak, Lembah Tenusu Ulu Bernam, Negeri Selangor dan Lembah Tenusu Borneo, Negeri Sabah, Negeri Sarawak.

Tak sampai 10 tahun, syarikat Holstein dengan jenama "Farm Fresh" dengan sokongan kerajaan BN dahulu telah berjaya menguasai sehingga 30% dari pasaran susu tempatan dan menjadi jenama susu nombor satu negara serta mengalahkan jenama-jenama Asing terkenal yang sudah berpuluh tahun lamanya.

Pada masa yang sama, kadar SSL kita juga telah naik ke 61% berbanding 5% sebelum transformasi bermula.

Tapi malangnya selepas PRU14 di bawah Regime Gagalkrasi PH, entah kenapa Khazanah tidak ingin terus menyokong projek ini.

Sebaliknya, peluang dibuka kepada syarikat pelaburan Singapura Dymon Asia Private Equity untuk melabur di dalam Syarikat Holstein (reuters.com/brandfeatu)

   READ MORE
Apa Yang Regime DAP/PH Cuba Sembunyi Dalam Isu Bandar Malaysia?
Dengan ini, peratus kepentingan saham Khazanah dalam syarikat ini sudah turun dan syarikat ini tidak lagi 100% milik Negara Malaysia.
Kepada Kita, perkara ini tidak patut berlaku.
Projek ini diwujudkan untuk mengurangkan kebergantungan negara untuk kepada negara Asing untuk hasil tenusu.
Tetapi Regime Gagalkrasi PH membenarkan syarikat Asing untuk membeli syarikat tersebut pula.
Apakah Wajar Kita Diamkan Saja Regime DAP/PH Menjual Aset-Aset Negara Malaysia Ini?
Khazanah bukan tak ada wang untuk menambahkan pelaburan mereka di dalam syarikat itu.
Kenapa nak beri peluang kepada syarikat Singapura pula?
Tapi tak apa, penternak tempatan tidak terjejas kerana mereka masih membekal susu segar kepada syarikat Holstein serta syarikat-syarikat susu tempatan yang lain.

Pasaran tempatan sudah ada. Track rekod kejayaan penternak tempatan juga terbukti. Kawasan untuk program penternakan juga tersedia. Bank tidak akan teragak untuk membiayai industri ini. Program penternakan, latihan serta bantuan dari Jabatan Veterinar dan syarikat-syarikat pemain industri telah diwujudkan.

Sedia maklum, minum susu baik untuk kita semua. Berkhasiat.
Lagipun risiko dijangkit Covid semasa menternak lembu di luar bandar adalah lebih rendah berbanding bekerja di bandar kerana lembu kurang melancong ke luar negara.
Tunggu apa lagi?
NOTA: Projek NFC yang dimulakan sebelum Dato' Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia, lebih kepada pembekalan daging dan tiada kaitan dengan inisiatif bekalan susu segar yang kita sebut di sini. Sebab itu, penyokong Regime Gagalkrasi PH tak perlu serang saya dengan menggunakan isu NFC.

Courtesy Article by Najib Razak
Editor ; HSZ/FortunaNetworks.Com
Ilustrasi Image;
Najib Razak
Follow me at;
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - https://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser

google-site-verification=RIAY10mNu9yf2U8NesbKxCynNT6konqcto6UJBlDgQo