-->

Kenyataan Rasmi YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman

Kenyataan Rasmi YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman

<img src="FORTUNA NETWORKS.COM.jpg" alt="Kenyataan Rasmi YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman">

FORTUNA NETWORKS.COM | Kenyataan Rasmi YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman

Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman hari ini (29 July 2020) mengumumkan telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Sabah itu.

Beliau berkata pihaknya akan membuat satu bentukan dan menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam satu sidang media tergempar yang dibuat di rumahnya sebentar tadi.
“Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana akhirnya dengan izin Tuhan, ingin memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah di bentuk bersama dengan ADUN dari pelbagai parti.

   Lihat juga;
May Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Ease Everything For You

Kenyataan Rasmi YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman.

1. Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana akhirnya dengan izin Tuhan, ingin memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah di bentuk bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) dari pelbagai parti.

2. Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada 
Perdana Menteri, telah membuat Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi, untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru. 

3. Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka.

<img src="FORTUNA NETWORKS.COM.jpg" alt="Kenyataan Rasmi YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman">


4. Saya telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka menyokong gabungan baharu yang saya ketuai.

5. Melangkah ke hadapan, kerajaan gabungan baru akan berusaha memperbaiki dan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk membawa Sabah keluar dari keadaan ekonomi yang getir pada saat ini akibat kelemahan Kerajaan Parti Warisan termasuk dalam mengatasi penularan wabak Covid19.


6. Bersama dengan bantuan kerajaan Persekutuan, saya percaya kita bersama-sama dapat mengatasi cabaran yang berlaku, melonjakkan ekonomi, mewujudkan peluang2 pekerjaan dan meningkatkan kehidupan masyarakat.


7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang secara konsisten mempercayai dan menyokong saya. Saya tidak mengharapkan apa-apa kecuali komitmen dan dedikasi sepenuhnya dari semua Wakil Rakyat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.[hsz]

Rep: Admin FortunaNetworks.Com 
Editor; Romy Mantovani
Kredit Image; 1, SuaraTV.com
                     2, 
Nabeel Naqie
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - https://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser