-->

KENAPA MAHU DISELEWENG LAGI MAKNA DAN TUDUH KETUANAN MELAYU SEPERTI FAHAMAN ZIONIS, NAZI DAN WHITE SUPREMACY?

KENAPA MAHU DISELEWENG LAGI MAKNA DAN TUDUH KETUANAN MELAYU SEPERTI FAHAMAN ZIONIS, NAZI DAN WHITE SUPREMACY?

Kenapa mahu diseleweng lagi makna Ketuanan Melayu?

1. Pada 8 Disember 2010, dalam titah baginda Sultan Johor merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta'zim, baginda menjelaskan tuntas makna ’Ketuanan Melayu’ serta mengingatkan orang Melayu supaya bermuhasabah diri, memandangkan ada orang Melayu sendiri yang mahu menolaknya.
2. Ia berikutan terdapat yang salah tafsir dan menyeleweng makna sebenarnya. Baginda bertitah, konsep Ketuanan Melayu bukan ‘tuan-hamba’ (‘Supremacy’) tetapi kedudukan Raja-raja Melayu dan rakyatnya (‘Sovereignity’).
3. Titah baginda: “Ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di Negeri Melayu dengan kedudukan Raja sebagai puncak Kerajaan Negeri-Negeri Melayu.
“Apabila British memberikan Kemerdekaan kepada Negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada Tuannya iaitu Raja-Raja Melayu dan Rakyatnya.”
"Sejak dulu lagi, ketika Negeri-Negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan Rakyatnya menerima orang luar sebagi tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu. Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan.”
3. Baginda Sultan turut bertitah, lebih sesuai konsep ini disebut Kedaulatan Melayu (berikutan salah tafsir makna ‘ketuanan’).
READ MORE Mengapa Saya Memilih TIDAK Bertutur Dalam Bahasa Mandarin? 4. Akan tetapi, selepas lebih 10 tahun, pemimpin-pemimpin Parti Amanah masih mahu mempolitikkan hal ini dengan penyelewengan makna, yang dititah baginda Sultan.
5. Baru-baru ini dalam Dewan Rakyat, Presidennya, Mohamad Sabu menyebut, “Kalau kita pergi ke Ketuanan Melayu, ia pergi kepada white supremacy. Sekarang kita tak lihat bahaya itu kerana ia di peringkat permulaan.”
6. Lebih parah lagi, Khalid Samad menyamakan Ketuanan Melayu dengan Ketuanan Yahudi – Zionisme, Ketuanan Aryan – Nazi Hitler, Ketuanan Kulit Putih – White Supremacist Trump.
7. Apa tujuannya? Ringkas sahaja. Modal pilihan raya. Anda nampak-kan?

Courtesy and adaptation of articles by facebook.com/korekmalaya
Rep, Editor, Romy Mantovani
Kredit Image;
korekmalaya 
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - https://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser