-->

Kes Pertuduhan Lim Guan Eng, Wives and Cronies - The Same Character!

Kes Pertuduhan Lim Guan Eng, Wives and Cronies - The Same Character!
<img src="FORTUNA NETWORKS.COM.jpg" alt=""Kes Pertuduhan Lim Guan Eng, Wives and Cronies - The Same Character!>
Kes Pertuduhan Lim Guan Eng, Wives and Cronies - The Same Character!


FORTUNA NETWORKS.COM-1. Pagi tadi,(Selasa 11/8/2020) Lim Guan Eng bersama isterinya, Betty Chew dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon dipertuduh atas kes rasuah (corruption case) dan pengubahan wang haram (money laundering)

2. Pokok kesnya (the main case) ialah Projek Perkampungan Pekerja (Asrama Pekerja Asing) di Juru (12 ekar) dan Batu Kawan, Negeri Pulau Pinang (18 ekar) dengan nilai RM11.61 juta.

3. Guan Eng dikenakan pertuduhan, telah menggunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Penang Development Corporation (PDC) untuk mendapatkan rasuah bagi memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd ‘dianugerahkan’ projek tersebut.

4. Rasuah tersebut berjumlah RM372,009 diterima oleh isterinya, Betty Chew melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd. Betty mempunyai kepentingan dalam syarikat ini (dilantik sebagai pengarah).

5. Betty pula dipertuduh atas 3 dakwaan pengubahan wang haram, iaitu menerima wang daripada aktiviti haram syarikat Excel Property
(wang rasuah di atas) yang dimasukkan ke akaun Public Bank miliknya (RM87,009 + RM140,000 + RM105,000)

  READ MORE
Mengapa Saya Memilih TIDAK Bertutur Dalam Bahasa Mandarin?     
May Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Ease Everything For You


6. Kedua-dua syarikat Magnificent Emblem dan Excel Property dimiliki oleh Phang Li Koon. Phang dipertuduh atas kesalahan bersubahat dengan Guan Eng. 7. Phang Li Koon, juga adalah orang yang sama dalam kes rasuah banglo (yang telah digugurkan oleh mantan AG, Tommy Thomas).

8. Dalam kes itu, Phang menjual lot tanah dan banglo pada harga RM2.8 juta, sedangkan harga pasaran ialah RM4.27 juta. Pertuduhan pertama Guan Eng adalah bersabit kes ini. 9. Pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri(setaraf Gubernur/Menteri Besar) untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isterinya dengan meluluskan permohonan menukar tanah pertanian kepada zon perumahan awam di barat daya Pulau Pinang kepada syarikat milik Phang, Magnificient Emblem.
10. Ingat dan kenanglah ketiga-tiga watak ini.!
------------
Kertas pertuduhan:
https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/3493859480658085
Surat RFP Phang kepada Guan Eng: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157267222935952 Rep- Editor ; HSZ/FortunaNetworks.Com
Kredit Ilustrasi Image by 
Korek Korek
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - https://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser