Loading Adstriton.com

China's Largest Development Project in the Belt and Road Initiative in Cambodia

China's Largest Development Project in the Belt and Road Initiative in Cambodia


<img src="FORTUNA NETWORKS.COM.jpg" alt="China's Largest Development Project in the Belt and Road Initiative in Cambodia">

China's Largest Development Project in the Belt and Road Initiative in Cambodia

FORTUNA NETWORKS.COM | Regim pemerintahan RRChina Komunis, kini semakin jelas untuk melakukan investasi besar-besaran di Negara-Negara Asia, bermula di Sri Langka, Maldives, Laos, Indonesia, Timor Leste, Papua Nugini, Fiji, kini di Kamboja dan menyusul Thailand. Dimana investasi besar China ini adalah tujuan regime Komunis tersebut untuk membina kekuatan pertahanan militer laut dan udara dari kawasan Asia hingga Kepulauan Pasifik.

Dan kini, konflik penguasaan Laut Natuna Utara (Laut China Selatan)  oleh Tentara Laut Regime China Komunis ini, jelas membuat beberapa negara-negara yang memiliki 'hak laut dan hasil bumi-lautnya' seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam, merasa terancam. Hingga membuat Amerika ikut campur tangan dengan mengantar kapal tentara lautnya ke kawasan Laut Natuna tersebut.

Sementara itu, kenyataan Amerika Syarikat dalam kes pembangunan /investasi besar China di Kamboja, telah bertindak menyenarai-hitam(black list) sebuah syarikat China yang sedang membangunkan satu projek yang kontroversi di Kemboja membabitkan pembinaan pelabuhan, lapangan terbang dan kompleks peranginan yang besar bernilai US$3.8 billion.

Syarikat China yang disenarai hitam oleh Washington itu adalah Union Development Group Co Ltd yang sedang membangunkan projek Dara Sakor, berhampiran kawasan pesisiran pantai negara Asia Tenggara itu.[1]

Menurut Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat, syarikat China itu merupakan entiti milik kerajaan.

Projek infrastruktur multi-billion dollar Amerika itu digambarkan sebagai projek pembinaan terbesar dalam Inisiatif Belt and Road anjuran Beijing.

Menurut Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo, terdapat banyak laporan kredibel mengatakan kompleks Dara Sakor itu “akan digunakan untuk menempatkan aset-aset tentera China.”

“Jika ini benar, ia bertentangan dengan Perlembagaan Kemboja dan boleh mengancam kestabilan di kawasan Indo-Pasifik dan mengancam kedaulatan Kemboja serta keselamatan sekutu-sekutu Amerika Syarikat,” kata Pompeo.

READ MORE; Negara Laos "Stuck Debt Trap" Bank China Berkaitan Projek Belt And Road Intiatives

<img src="FORTUNA NETWORKS.COM.jpg" alt="China's Largest Development Project in the Belt and Road Initiative in Cambodia">

Pemerintahan Kamboja serta kedutaan China di negara Cambodia itu telah menafikan segala dakwaan yang diperkatakan oleh Mike Pompeo itu.

Amerika Syarikat merujuk kepada pembinaan landasan kapal terbang di Dara Sakor sepanjang lebih 3,000 meter yang boleh menerima kapal-kapal terbang tentera yang besar termasuk pesawat pengebom.

Landasan kapal terbang di Dara Sakor itu adalah lebih panjang daripada landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnon Penh.

Sekiranya benar lapangan terbang itu akan digunakan oleh pesawat tentera China, ia akan memudahkan tugas Beijing dalam memantau Laut Natuna Utara (dulu laut China Selatan) dan Laut Andaman serta Selat Melaka.

Terdapat juga laporan kerajaan Kamboja pimpinan Perdana Menteri Hun Sen telah menyewakan kemudahan tentera laut Kemboja berhampiran Dara Sakor untuk dijadikan tempat persinggahan kepada kapal-kapal tentera laut China.

Jika ini benar maka persaingan Amerika dan China bagi menguasai Laut Natuna Utara ( North Natuna Sea) akan menjadi lebih sengit.

Sources; [1] DEFENCE SECURITY ASIA

Editor ; HSZ/FortunaNetworks.Com
Kredit Image; 
 DEFENCE SECURITY ASIA

Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - https://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser