-->

Negara Laos "Stuck Debt Trap" Bank China berkaitan Projek Belt and Road Intiatives

Negara Laos "Stuck Debt Trap" Bank China berkaitan Projek Belt and Road Intiatives


Negara Laos "Stuck Debt Trap" Bank China berkaitan Projek Belt and Road Intiatives
<img src="FORTUNA NETWORKS.COM.jpg" alt="Negara Laos "Stuck Debt Trap" Bank China berkaitan Projek Belt and Road Intiatives">
  

FORTUNA NETWORKS.COM- Negara Laos yang terletak di gugusan IndoChina, Asia Tenggara, kini berhadapan kemungkinan diisytihar bankrap berikutan kegagalannya melunaskan hutang yang dipinjamnya daripada bank-bank RRChina.

Menurut laporan, sehingga June tahun ini Laos hanya memiliki US$864 juta dalam rizab Asingnya (forex) dan adalah tidak mencukupi untuk membayar US$1 billion hutang setiap tahun sehingga akhir tahun 2024.

Negara Asia Tenggara itu meminjam berbillion dollar dengan bank-bank RRChina (kebanyakkannya milik negara) untuk membina empangan-empangan (dam/bendungan) hidro yang menjana elektrik.

Elektrik yang dijana daripada projek-projek empangan hidro Laos ini yang disokong kuat oleh Beijing itu akan dijual kepada negara lain, terutamanya negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia. (menerusi transmission grid Thailand)

Laos ini yang bercita-cita mahu menjadi "Battery of South East Asia" dengan projek menjual kuasa elektrik kepada negara-negara sekitar.

Kuasa elektrik adalah komoditi utama Laos ketika ini, namun negara Asia Tenggara itu nampaknya tersilap langkah dan kini terpaksa menanggung beban hutang yang besar.
READ MORE;
Menelusuri Dan Memahami Sistem Kapitalisme Timur RRChina Dan Posisi Dunia Islam
 
 
Menelusuri Dan Memahami Sistem Kapitalisme Timur RRChina Dan Posisi Dunia Islam[Akhir]

Akibat kegagalan membayar hutang kepada bank-bank RRChina itu, Laos terpaksa melepaskan penguasaan terhadap transmisi bekalan elektrik yang dijana oleh empangan terbabit kepada syarikat China.

Syarikat RRChina kini berhak mengurus transmisi bekalan elektrik Laos.
Pada 1 Sept 2020, satu perjanjian telah ditandatangani oleh Electricite du Laos (EDL) dengan China Southern Power Grid Co, yang memberikan hak transmisi elektrik itu kepada syarikat China.[1]

Hidupnya Kembali Mimpi Bangsa China: Pengokohan atas Kapitalisme Timur dan State Capitalism ala RRChina Komunis 
 
 Inilah kerangka pemikiran dan idea mantan Presiden RRChina, Xi Jinping dan Li Keqiang, secara resmi mengumumkan rencana “Jalan Sutra” Belt and Road (OBOR) pada 2013 yang menyasar Negara-negara tetangga yang kemudian sering disebut sebagai "Marshall Plan" versi RRChina Komunis, Dimana Marshal Plan adalah inisiatif Presiden AS (nama diambil dari Sekretaris/Setiausaha Negara AS saat itu: George Marshall) pasca Perang Dunia II untuk membangun kembali dan memulihkan ekonomi Negara-Negara Eropah Barat yang hancur akibat perang, ini memiliki kemiripan dengan OBOR kerana sama-sama merupakan projek mercusuar raksasa dalam aspek ekonomi yang berkaitan dengan ekspansi pembangunan infrastruktur.
 
The New Silk Road ini mengusung semboyan One Belt, One Road (OBOR) mencakupi dua konsep yaitu Silk Road Economic Belt dan The 21st Century Maritime Silk Road. Keduanya adalah strategi RRChina dalam kerjasama ekonomi melalui route-route yang sudah ditentukan.[2]
Konsep Silk Road Economic Belt akan melalui jalur darat sedangkan The 21st Century Maritime Silk Road melalui jalur laut. Istilah OBOR kemudian diperhalus oleh pemerintahan RRChina Komunis menjadi Belt and Road Initiative (BRI) lantaran khawatir kata ‘one’ bisa disalahartikan.
Menurut satu laporan, Electricite du Laos (EDL) kini dibeban dengan hutang berjumlah US$12.6 billion, iaitu 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara Laos.Perjanjian itu adalah sebahagian jalan penyelesaian kepada masalah hutang yang membelenggu Laos.

Ini adalah satu lagi contoh "debt trap" yang sering dikaitkan dengan projek-projek infrastruktur China terutamanya yang berkait rapat dengan projek Belt and Road Intiatives.

Sebelum Negara Laos ini banyak sudah beberapa negara yang menjadi mangsa Investor RRChina Komunis ini seperti negara-negara Afrika Barat, Zimbabwe, Angola, Sudan, Tanzania, Sudan, Maldive (itu sebagian saja saya sebut;) Dan Sri Langka via projek Pelabuhan Hambantota, adalah salah satu contohnya, di mana RR China Komunis mengakuisisi saham pengendali dan sewa 99 tahun pada 2017 setelah kegagalan Pemerintahan Sri Lanka untuk membayar kembali pinjaman. Mencerminkan kegelisahan yang berkembang tentang Belt Road Initiative (BRI), Contoh-contoh ini menunjukkan bahwa persyaratan untuk Pinjaman RRChina Komunis lebih banyak merusak Kedaulatan sesebuah Negara yang menerima pelaburan/investasi dari Investor RRChina Komunis. 
 
Negara Laos, bukan hanya hutang untuk membina empangan-empangan hidro, Laos juga meminjam daripada bank-bank Swasta RRChinaKomunis untuk membina laluan kereta api daripada Ibunegaranya, Vientiane ke sempadannya dengan RRChina Komunis. Laluan sepanjang 417km itu dianggarkan bernilai US$6.2 billion. Juga berhutang, hutang dan hutang[hsz]

Sources; 

[1] DEFENCE SECURITY ASIA
[2] Menelusuri Dan Memahami Sistem Kapitalisme Timur RRChina  
Editor ; HSZ/FortunaNetworks.Com
Admin
Founder https://FortunaNetworks.Com. An Active Blogger Writing Issues Indonesia, Malaysia and The World in General, Journalism, Traveler Author, Blogging Tutorials and Motivational Articles. Can be Addressed on Twitter @helmysyamza

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - https://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

0 Comment

Add Comment

Show Parse Tool Hide Parse Tool


Advertiser